73 | Kembali Padamu

4 2 0
                                    

STERENG keretanya dipegang dengan erat. Lama dia menarik nafas untuk meredakan pergerakan jantung yang begitu laju mengepam darah. Sesungguhnya, Nadhirah benar-benar trauma akan kawasan yang terdapat orang ramai. Entah kenapa dia dapat merasakan dadanya pasti akan terasa ketat dan sukar untuk bernafas. Dia yakin yang dia ada panic attack dan anxiety berdasarkan dari apa yang telah terjadi dulu. Namun, Nadhirah dapat atasi traumanya apabila ada yang menemani.

Kini, tiada yang menemani dia. Asyraf tiada disini, apatah lagi mama dan papanya. Dia tidak mahu disebut sebagai anak manja dan tidak mampu untuk mengatasi traumanya dan dengan itu, Nadhirah hendaklah berdiri dengan kakinya sendiri. Berani untuk menempuh orang ramai.

"Aku boleh. Aku nak tengok Zahran. Bare in mind. Kau datang sebab Zahran, kau boleh Nad!" Nadhirah memberikan semangat kepada dirinya sendiri. Dia memegang dadanya yang semakin ketat dan cuba untuk diurut perlahan pada bahagian yang terdapat jantung. Dia membetulkan aliran pernafasannya.

Kemudian, mata Nadhirah jatuh pada keychain yang dihadiahi Zahran dulu. Ia tergantung cantik laksana rantai pada cermin untuk melihat belakang. Dia mengusap rantai kunci itu sebelum mencabutnya dan masukkannya kedalam poket seluar.

"Awak ada dengan saya, Zahran." kata Nadhirah. Dia menepuk dadanya berkali-kali sebelum yakin dengan keputusannya untuk keluar daripada perut kereta.

Dia membetulkan seluarnya yang berkedut. Cermin kereta menjadi alat bantu dia membetulkan tudungnya yang agak senget-benget sebelum cantik terletak seperti sebelumnya. Kemudian, kaki melangkah perlahan kearah kawasan taman tema itu.

Nadhirah cuba bertenang dengan menekur jalan sehinggalah ke pintu masuk. Usai membeli tiket, Nadhirah masuk kedalam kawasan tersebut bersama niat untuk mencari kelibat Zahran dan Alya. Langkahnya tidak begitu laju kerana masih cuba untuk menyeimbangkan ritma jantungnya. Kepalanya terasa pening kerana terasa seperti dihimpit orang ramai.

Kotak memorinya laju sahaja membawa Nadhirah kembali ke situasi dimana dia dipukul secara beramai-ramai. Keadaan ketika itu sama seperti apa yang dirasakannya sekarang. Ramai yang menghimpitnya. Pukulan demi pukulan diterima disetiap anggota badannya. Baik pada tubuh mahupun dipukul. Sakit tidak terperi.

"Kau boleh, Nad." mata Nadhirah dipaksa untuk melihat sekeliling demi mencari Zahran.

Namun, entah mengapa langkahnya dirasakan semakin berat. Sepatutnya, rancangan ini menjadi rancangan tersorok. Mungkin Nadhirah perlu bersembunyi didalam tong sampah, berpura-pura membaca suratkhabar yang terbalik atau bermain permainan disitu tanpa ragu-ragu. Itu sepatutnya apa yang Nadhirah patut lakukan.

Tetapi, ini bukan apa yang dia bayangkan. Melihat tong sampah pun dia rasa macam tong sampah itu bergerak dan bergolek-golek. Kepalanya pening. Dia terhuyung-hayang.

"Cik okey ke?"

"Kenapa dengan dia?"

"Ada sesiapa boleh tolong ke?"

Setiap bunyi pada sistem pendengaran Nadhirah kedengaran begitu bingit. Berkali-kali Nadhirah memukul telinganya untuk membuang bunyi tersebut. Namun, gagal.

'Seseorang tolong...' lirih hati Nadhirah memanggil. Suaranya tidak terkeluar.

Matanya laju sahaja memandang sekeliling. Semua orang sedang memerhatikan dirinya.

"Itu bukan ke anak Tan Sri Hasif?"

"Apa dia buat dekat sini?"

"Mana pengawal dia?"

Bertubi-tubi masuk kedalam otaknya.

Kemudian, Nadhirah dapat melihat beberapa khemah yang menyediakan permainan pukul-memukul. Ada yang menggunakan kayu besbol untuk memukul sesuatu demi mendapatkan hadiah. Ada pula permainan yang memerlukan si pemain untuk berlumba-lumba memukul tikus yang muncul pada lubang tersebut. Semuanya berkaitan dengan pukulan.

Through Our Metaphysics ✔Where stories live. Discover now