JAM loceng yang berbunyi nyaring mengejutkan Fatin dari lenanya. Lantas, laju sahaja tangannya menekan butang 'off' yang terdapat pada bahagian belakang komponen jam tersebut. Dan perlahan-lahan juga matanya menganalisis jarum jam menunjuk kearah nombor berapa. Kerana aneh juga bila melihat Damia yang tidak bangun-bangun. Biasanya dialah bangun untuk mematikan jam mereka. Entah kenapa hari ini dia membiarkan sahaja.
Sememangnya diantara katil single mereka berdua, tersusunnya sebuah meja tidur untuk diletakkan telefon, lampu dan jam loceng mereka. Jadi, memang wajarlah Damia sentiasa bangun dulu untuk matikan jam loceng itu.
Melihatkan Damia yang tidak berkutik, buatkan hati Fatin dilanda resah. Dia cakna dan peka akan kesihatan kawan baiknya yang hari demi hari bertambah merosot. Sekarang ini, Damia lebih kerap demam dan pengsan. Dua minggu yang lepas dia demam hampir tiga hari lamanya. Kemudian, minggu lepas pun dia demam sekali lagi. Malah, semalam dia demam untuk kesekian kalinya. Berbuih sudah mulut Fatin menasihati Damia untuk ke hospital dan buat rawatan lanjut serta sentiasa ikuti rawatan kemoterapi itu. Tapi, dia degil. Damia tetap Damia. Degil itu dah sebati sangat. Dia rela sakit begitu daripada perlu ke hospital dicucuk jarum dan dimasukkan ubat kemudian kehilangan rambutnya.
"Damia. Hari ni bukan kau punya battle dengan Airil, ke? Kita dah janji nak pergi sama-sama. Dah pukul berapa dah ni." kata Fatin.
"Damia." Fatin memanggil nama Damia dengan lebih kuat. Risau tidur terlampau lena ini.
Lantas, Fatin bingkas bangkit dari duduknya. Dia menggeliat untuk seketika sebelum kakinya memijak lantai. Kemudian dia melangkah kearah katil Damia dan bahu Damia itu ditolak dengan perlahan-lahan.
"Mia oh Damia... aku kejut kau ni. Bangunlah." Fatin memaksa.
Setelah hampir lima minit mengejut Damia, tetap tiada tanda yang gadis itu akan bangun dan buka matanya. Fatin lelah. Jaranglah Damia nak buat perangai macam ini. Dia ada rasa nak tarik diri dari pertandingan dengan Airil itu, ke? Takkanlah pada minit akhir begini? Ini kalau Airil tahu yang Damia tarik diri, memang habis tunggang-terbalik kampus mereka itu nanti. Sudahlah si Damia ini cerita yang dia pergi serang Airil sekaligus dengan buat kecoh dekat tempat kerja lelaki itu. Kalau sesiapa yang dengar pun memang panas hatilah. Dah buat hal, tak nak datang pula.
Fatin mengeluh perlahan seraya memegang tangan Damia. Anehnya, tangan itu sejuk.
"Damia?" jantung Fatin sudah mula berdetak laju.
"Kau kenapa ni, weh? Kau okey tak?" Fatin segera menekan pergelangan tangan Damia untuk mengesan nadinya.
Ada! Namun, nadi Damia begitu lemah berdenyut. Sangat perlahan buatkan Fatin semakin risau. Jantungnya semakin laju mengepam darah. Peluh adrenalina turun dengan sangat laju seperti bilik mereka itu terlampau panas. Sesungguhnya Fatin tidak dapat memikirkan walau apa pun ketika ini. Dia resah, dia takut untuk memikirkan apa-apa yang akan terjadi pada Damia.
Tanpa berfikir panjang, laju sahaja tangan Fatin mencapai telefon bimbitnya untuk menelefon ambulans. Kemudian, barulah dia mendapatkan ahli keluarga Damia.
"Damia, bukalah mata." paksa Fatin. Dia memegang dahi Damia. Memang panas.
"Kau dengar suara aku tak?" Fatin masih lagi memaksa Damia untuk buka mata dan menjawab soalannya.
Damia langsung tidak menyahut. Buatkan Fatin semakin tidak keruan. Ambulans pun dia rasa macam nak marah sebab ambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke rumah mereka. Kemudian, laju sahaja Fatin mencari kain tuala yang bersih dan juga sebaldi air. Setelah merendam dan perah, Fatin letakkan kain tersebut diatas kepala Damia.
"Panasnya badan kau ni." keluh Fatin.
Tidak sampai beberapa minit ambulans pun tiba dikawasan perumahan mereka. Beberapa orang paramedik menurunkan katil beroda dan ditolak masuk ke ruang tamu rumah tersebut. Mula-mula mereka masuk untuk memeriksa keadaan Damia. Untuk memastikan betapa kritikal keadaan Damia dan sekaligus memastikan yang mereka sempat tiba di hospital.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...