"TERIMA kasih sebab sudi hadir untuk berikan kerjasama penuh, Tan Sri dan Puan Sri." ucap Detektif Bahar. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan kedua-dua figura ternama itu. Tidak sangka dia akan temui mereka berdua dalam keadaan yang tidak menyenangkan seperti ini, pasti sakit hati mereka berdua lihat keadaan anak sendiri sebegitu rupa.
"Sama-sama. Detektif tak perlulah panggil pangkat kami disini. Cukup dengan tuan dan puan sahaja. Lagi selesa, kan?" kata Tan Sri Hasif, dia tidak mahu ada sebarang jarak antara dia dan Detektif Bahar. Tidak suka dirinya dipandang tinggi kerana pangkat, pandanglah dia tinggi kerana sumbangannya pada orang sekeliling dan negara.
"Baik, tuan." balas Detektif Bahar bersama senyuman manis.
Puan Sri Nabihah yang berdiam diri sejak tadi, pantas membuka mulut untuk mengetahui apa yang ingin dikatakan detektif itu sehingga perlu memanggil mereka di hospital. Mujurlah sebelum mereka ke sini, Asyraf sempat dihubungi. Jadi, Asyraf bersama beberapa orang pengawal peribadi mereka akan berkawal di wad Nadhirah.
"Tuan, apa sebenarnya yang tuan nak tanya kami?" soalnya.
"Sebelum ni, ada tak Nadhirah menunjukkan sikap yang dia diganggu oleh sesiapa? Atau mungkin diperas ugut?" soal Detektif Bahar.
Puan Sri Nabihah cuba untuk mengingati sikap anaknya sebelum ini, "Dia tak nampak macam ada masalah pun sebelum ni, tuan. Dia okey dan dia happy macam biasa."
Detektif Bahar mencatatkan informasi kedalam buku notanya. "Macam ni, puan dan tuan. Selepas kami selidik dan dengar sendiri apa yang dikatakan oleh Dr. Helmi di hospital... berdasarkan kecederaan Nadhirah tu, memang jelas dia dipukul."
Tan Sri Hasif tunduk memandang lantai dan tangan laju memegang kepala yang tiba-tiba sahaja diserang sakit kepala.
"Kecederaan yang ada pada tubuhnya, jelas tak menunjukkan yang dia dilanggar atau jatuh dari mana-mana. Tapi dia memang dipukul. Malah, kami menemui beberapa kesan tapak kasut pada seluar dan baju Nadhirah." Detektif Bahar meletakkan beberapa keping gambar keatas meja untuk ditilik sendiri oleh Tan Sri Hasif dan Puan Sri Nabihah.
Menggigil tangan Tan Sri Hasif ketika memegang gambar Nadhirah yang diambil dalam keadaan lebam sana sini serta muka dan kepalanya yang lebam berdarah.
"Apa lagi bukti kukuh yang tuan dapat?" soal Tan Sri Hasif.
"Kami menemui sebatang kayu besbol yang dibuang tak jauh dari kawasan pihak kami temui Nadhirah. Kayu besbol itu juga antara bukti kukuh kepada kecederaan pada kepala Nadhirah, kami percaya dipukul menggunakan objek tumpul. Sekarang, kami sedang dalam proses mencari kesan jari dan tapak tangan suspek pada kayu besbol tu." jelas Detektif Bahar lagi.
"Ya Allah, kayu besbol pula tu." keluh Tan Sri Hasif. Tidak terbayang dia, anak yang disayangi dipukul macam haiwan liar oleh orang tidak berperikemanusiaan.
Kemudian, Detektif Bahar ambil satu lagi barang bukti dalam kotak dan diserahkan kepada Tan Sri Hasif dan Puan Sri Nabihah.
Sebuah telefon bimbit yang dipenuhi dengan pasir dan retak pada skrinnya dipegang oleh Puan Sri Nabihah. Lama dia menatap telefon bimbit itu dengan hati yang penuh terluka. Semakin tercarik-carik hatinya apabila membayangkan bagaimana anaknya itu ketakutan hendak meminta bantuan sambil memegang telefon ini.
"Pihak kami temui telefon anak tuan dan puan tersorok dibawah tong sampah besar. Ketika kami temui telefonnya, ada dua individu yang cuba Nadhirah telefon. Yang pertama adalah Asyraf dan dialah saksi utama yang nampak keadaan Nadhirah dan bawanya terus ke hospital. Kedua pula adalah, lelaki bernama Zahran. Melalui dari rekod panggilan terakhir Nadhirah, dia cuba untuk menelefon lelaki ni hampir 10 kali tapi tak berjawab." kata Detektif Bahar.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Ficción GeneralTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...