"AWAK tak perlu takut, kami perlukan maklumat ni dari awak memandangkan nama awak dilihat sebagai pemanggil terakhir yang Cik Nadhirah telefon berkali-kali. Malah, awak pun ada mesej dia. Jadi, kami assuming yang awak kenal rapat dengan Cik Nadhirah. Betul ke?" Detektif Bahar menyoal. Telefon Nadhirah diletakkan diatas meja berhadapan dengan Zahran.
Telefon itu sentiasa menjadi bahan bukti untuk pihak polis bawa kemana-mana memandangkan telefon Nadhirah adalah bukti terakhir yang polis jumpa dibawah tong sampah besar.
Zahran melihat telefon Nadhirah dengan sangat lama. Hatinya terdetik sesuatu yang tidak baik. Dia mengandaikan bahawa gadis itu sedang merajuk dengannya, sebab itulah Nadhirah menghilangkan diri untuk masa yang agak lama.
Dia tidak pernah membayangkan istilah 'hilangkan diri' yang dia sangka itu boleh jadi seburuk ini. Polis yang dikenali sebagai Detektif Bahar ini pun tidak menceritakan lebih tentang Nadhirah. Apa yang terjadi pada dia sampai telefonnya ada pada pihak polis?
Kalau bukti ada pada pihak polis, biasanya seseorang itu telah diisytiharkan mati. Tapi, ah!
"Zahran? Awak dengar apa saya cakap tadi?" soal Detektif Bahar.
"Ya, tuan. Saya.. S-Saya kekasih dia." balas Zahran. Ajaibnya, lidah dia mampu mengakui sendiri tanpa perlu berdalih seperti kebiasaannya.
"Baiklah, boleh saya tahu... bila kali terakhir awak jumpa dengan mangsa?" soal detektif itu lagi. Pen ditangannnya diconteng-conteng keatas buku nota mini untuk mencatat penjelasan saksi yang terlibat. Senang nak kaitkan satu demi satu nanti.
"Saya jumpa dengan Nad, kira-kira seminggu yang lepas." kata Zahran.
"Masa awak berjumpa dengan mangsa untuk kali terakhir tu, ada tak perkara pelik yang awak nampak pada dia? Mungkin, dia ada mengadu pada awak yang dia dikejar orang aneh? Atau sekumpulan gangster?"
Zahran agak tersentak apabila detektif itu menyebut perkataan 'kali terakhir'. Hatinya resah, jantung berdetak lebih laju dari biasa. "Tak, dia nampak biasa saje."
Detektif Bahar menganggukan kepala, "Dalam beberapa minggu ni, awak ada berjumpa dengan sesiapa yang nampak musykil? Atau awak diugut dan diekori sesiapa?"
Zahran menelan liur. Dia bukan tidak mahu mengaku tapi dia takut akan apa yang The Nameless mampu lakukan pada keluarganya. Dia tidak mahu perkara sama berulang kembali. Tapi, dia tidak menyangka pula The Nameless akan mengusik Nadhirah sampai polis pun terlibat sama.
Mesej yang diterima ketika di asrama tadi bermain-main dalam benak fikiran Zahran.
Living your happy life, heh?
Jangan cabar orang. History repeats itself. Don't blame us. Till then, adios.
- Unknown Number"Erm, tak ada. Saya tak terima apa-apa. Saya ada dekat asrama saje. Tuan boleh cari kawan-kawan sebilik dan pensyarah saya untuk alibi yang lagi kuat. Nadhirah pun saya dah lama tak jumpa sebab kami ada salah faham sikit." jelas Zahran.
"Pasal duit?" tebak Detektif Bahar, keningnya ditolak keatas.
Zahran menggeleng. Dia tidak akan sesekali menyebut tentang duit dalam hal ini. Dia dah berhutang dengan The Nameless serta memeras duit Nadhirah. Takut nanti dia pula yang akan disabit kesalahan lain. Dia tidak mahu membebankan lagi masalah yang sedia ada.
"Baik, terima kasih sebab beri kerjasama. Kalau pihak kami perlukan bantuan lagi, boleh awak beri kerjasama lagi?" soal Detektif Bahar. Dia bangkit dari duduknya dan menghulurkan salam.
Zahran mengangguk sebagai tanda dia bersetuju untuk bekerjasama dengan polis yang kusut-masai itu. Ada masalah apalah agaknya sampai tidak sempat untuk menguruskan diri sendiri, haih.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...