"KAU ni betul ke dia akan lalu sini?" soal Hana. Dia letih hendak menanti manusia yang dikatakan oleh Loy. Naik lenguh juga betis dan pehanya kerana mencangkung terlalu lama. Bukan dia sahaja, kawan-kawannya yang sudah bersedia... turut sama letih menanti.
"Betul. Kau tunggu saje situ. Aku dah plan baik punya. Amirul pun dah intip dia selalu. Dia memang takkan biarkan pengawal peribadi dia hantar sampai depan pagar dan dia juga tak akan expose-kan kereta mewah dia tu. Jadi, dia akan parking jauh dari kawasan kampus." jelas Loy.
"Ada sebab ke dia buat macam tu?" soal Hana.
"Well, mungkin tak nak show off yang dia kayalah tu. Kau ni macam tak faham budak-budak acah baik dan bendul macam tu. Kalau orang miskin macam si Zahran tu lainlah. Tahu sengkek tapi berlagak kaya kebas duit girlfriend dia tu." tambah Loy lagi.
Hana yang mendengar Loy menyebut perkataan girlfriend untuk mendefinisikan gadis yang dikenali sebagai Nadhirah itu terus sahaja berang. Kalau dapat Loy depan mata ini, memang habis kena lempang.
"Perlu ke kau sebut perkataan girlfriend tu? Diorang bukannya ada apa-apa pun kan? Kau sendiri cakap Zahran bercinta dengan dia sebab nak duit saje." getus Hana.
"Kalau setahun lebih bercinta, takkanlah tak ada perasaan langsung kan? Cubalah fikir logik sikit, perempuan. Susahlah muka cantik macam kau ni tapi payah nak pakai otak dengan baik. Bagus lagi si Nadhirah girlfriend Zahran tu." Loy sengaja membakar lagi api kemarahan yang sedia marak dalam diri Hana.
"Kau ni kan-" Hana sudah bersedia untuk menghentam Loy.
Dia memang sukakan Zahran sejak jejaka itu melibatkan diri dalam The Nameless dan rajin juga Zahran melayannya. Mungkin kerana dia memang playboy atau sejenis yang peramah dengan semua orang. Sebab perempuan yang dia cuma akan layan dengan baik adalah golongan elit seperti Nadhirah ini.
Namun, ajaibnya hubungan mereka bertahan dengan sangat lama. Mungkin betul kerana duit, tapi kalau kerana hati dan perasaan? Fuh, ini yang buat dia lagi marah ini!
"Hana! Itu bukan budak perempuan tu ke?" soal salah seorang ahli kumpulannya. Dia laju sahaja tunjuk seorang gadis yang sedang berjalan perlahan diluar lorong yang mereka sedang berkampung ketika ini.
Hana memilih lorong kerana mudah untuk dia menjalankan modus operandinya. Apa yang lebih baik lagi adalah lorong itu langsung tidak mempunyai kamera litar tertutup. Maka, rancangan mereka akan menjadi lebih mudah dari yang dibayangkan.
"Betullah tu. Pergi cepat kejar dia!" arah Hana.
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
Beberapa hari sudah berlalu sejak Nadhirah dan Zahran bergaduh. Ini adalah kali pertama Zahran tampak begitu berang dengan apa yang diucapkan oleh Nadhirah tempoh hari. Namun, perang dingin yang dilancarkan oleh Zahran kali ini nampaknya lebih serius. Jika dulu Zahran sekurang-kurangnya akan baca mesej Nadhirah meskipun tidak membalas, lain pula dengan situasi sekarang. Jangan nak balas, baca pun langsung tidak.
Nadhirah menepis segala apa hadir dalam benak fikirannya ketika ini. Dia hendak kosongkan fikiran agar dapat fokus dengan ilmu yang dapat dia serap ketika di acara Olimpiad Matematik Universiti Awam nanti.
Dia tidak masuk bertanding kerana sibuk dengan tugasan kursusnya. Namun, dia masih lagi mencari masa untuk melibatkan diri dalam acara seperti itu agar dapat menimba ilmu dari peserta yang terlibat. Sekali gus dapat melatih diri sendiri untuk baiki apa yang kurang dalam dirinya. Acara Olimpiad Matematik, kursus Ekonomi dan seangkatan dengannya sangat penting buat Nadhirah memandangkan Tan Sri Hasif sudah bercadang untuk menjadikan dia pengganti mutlak MK Group nanti.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...