PERTANDINGAN mocktrial diadakan di dewan universiti untuk memberikan aura mahkamah itu dengan lebih lagi. Begitu ramai pelajar yang hadir untuk memberikan sokongan padu kepada rakan-rakan mereka yang terlibat.
Termasuklah Shauqi yang hadir tanpa dijemput kerana sibuk ingin memberikan sokongan kepada Fatin. Demi mengelakkan kehadirannya disedari oleh sesiapa, Shauqi membuat keputusan untuk duduk dikawasan tempat duduk yang berada di aras dua. Selain daripada kedudukannya yang tinggi, tempat itu juga tidak menjadi pilihan kepada pelajar untuk duduk disitu. Terlalu sunyi.
Mata Shauqi fokus melihat keadaan dewan besar yang gamat dengan semua pelajar yang baru masuk dan mencari tempat duduk. Dalam pada semua orang sibuk dengan kerenah masing-masing, Shauqi pula menyibukkan diri dengan mencari kelibat Fatin dikalangan ramainya manusia dibawah sana.
Kemudian, matanya terpaku melihat seorang gadis yang berpakaian laksana seorang peguam. Segak berjubah hitam dan reben putih dileher. Dia nampaknya sibuk menghafal skrip sebelum bertanding.
"Cantik betul dia." puji Shauqi.
Tidak lama kemudian, dia dapat melihat Fatin menghidupkan telefonnya dan mengajak semua ahli kumpulan untuk selfie bersama.
Serentak jari-jemari Shauqi membuka aplikasi Instagram. Dia yakin gambar itu akan dimuat naik kedalam story Fatin sebentar sahaja lagi.
Ligat jari Shauqi reload wall Instagram palsunya sehinggalah muncul profil Fatin yang terdapat gelung warna senada. Dia tersenyum melihat gambar yang dimuat naik oleh Fatin itu. Laju sahaja tangannya menekan butang like pada hujung kanan gambar tersebut.
Kemudian, Shauqi menyimpan kembali telefonnya kedalam poket seluar. Matanya fokus memandang Fatin dan pentas dewan tersebut sebanyak beberapa kali. Dia terlalu fokus menyaksikan pemandangan dibawah sehingga dia tidak sedar kawasan tempat duduknya hampir penuh dengan beberapa orang pelajar yang baru sahaja tiba.
Setelah memastikan peserta yang terlibat sudah tiba memenuhi kerusi yang disediakan, pertandingan akhirnya bermula. Seorang pengerusi majlis memberikan beberapa ucapan sebelum menyatakan beberapa peraturan dalam mocktrial tersebut.
Kelihatan kumpulan pertama memulakan mocktrial mereka. Mocktrial adalah sebuah perbicaraan palsu seolah-olah berada dalam mahkamah bersama para pelajar undang-undang sebagai pelakonnya. Ada yang akan memegang watak sebagai saksi, pesalah, tertuduh, peguam, pendakwa raya dan hakim.
Jujur, Shauqi memang suka melihat acara sebegini memandangkan Fatin kerap juga mengajaknya menonton acara sebegini ketika mereka masih bersama dulu. Lama-kelamaan, Shauqi semakin biasa dengan keadaan sebegini.
Biasa dengan pemandangan Fatin sebagai pedebat dan peserta mocktrial. Malah, dia juga biasa dengan pemandangan Fatin yang memakai jubah peguam.
"Dia nampak cantik dengan jubah tu." Shauqi memuji lagi.
Kumpulan pertama akhirnya selesai dengan persembahan mereka. Kini, tibalah masa untuk kumpulan Fatin pula yang membentangkan kes olok-olok mereka.
Sepanjang 15 minit masa berlalu, Shauqi tidak dapat menipu betapa dia sangat suka melihat gelagat Fatin yang memegang watak sebagai pendakwa raya dalam mocktrial mereka itu. Sangat berkarisma.
Ala-ala menonton drama Korea pula apabila melihat Fatin bangun sambil memegang mikrofon dan membentangkan hujahnya. Ada masanya dia mempamerkan reaksi marah apabila saksi tidak membalas apa yang ingin dia soal. Sungguh tegas.
Shauqi tidak terlepas dari merakam setiap gelagat Fatin yang berada diatas pentas sana. Dia tidak merakam sepenuhnya pemandangan tersebut. Shauqi cuma rakam Fatin. Hanya Fatin.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...