9 | Teruntuk Awak Yang Istimewa

4 2 0
                                    

"TINGGI lagi kaki tu, Damia." tegur Coach Hanafi. Dengan gaya bercekak pinggang, dia memerhatikan gaya Damia yang sedang berusaha untuk menendang kepingan kayu yang dipegang oleh atlet senior taekwondo. Matanya mencerlung meneliti setiap teknik Damia.

Damia membetulkan baju dan tali pinggang hitamnya yang sudah senget-benget. Tudung pula tidak lagi dihiraukan sebab tudunglah antara bahagian yang paling susah untuk diuruskan. Kalau diurus kemudian kemas, lega juga hatinya. Tapi, kalau lagi barai? Dengan dia sekali ikut barai dan tak ada mood nanti.

"Hak! Hah!" suara Damia keluar sekali.

Teknik skipping axe kick menjadi salah satu jenis sepakan yang perlu Damia fokuskan selalu. Memandangkan dia sering hilang fokus dan memberi kesan pada tendangannya, maka itulah yang Coach Hanafi sangat tekankan.

Damia berundur beberapa kali, kemudian kaki kanan ditendang ke udara sebelum kaki kiri turut sama mengikuti. Habis semua kayu-kayu itu terbelah dua.

"Damia, sekarang saya nak awak fokus untuk buat kicking drills menggunakan body shield." jelas Coach Hanafi.

Kini, bukan lagi atlet senior yang membantu malah Coach Hanafi sendiri yang ingin membantu Damia untuk berlatih. Coach Hanafi memegang body shield dengan erat kemudian dia membuat kekuda untuk memberi ketahanan yang tinggi ketika atlet menendang.

"Hah!"

"Hah!"

"Hah!"

"Kena pantas lagi, Damia!" tegur Coach Hanafi. Dia agak kecewa apabila tendangan Damia tidak mempunyai tekanan yang tinggi seperti ketika Damia mula-mula menjadi atlet universiti. Kemudian, bila sampai bahagian nak landing, Damia sentiasa tersasar sebelum jatuh terduduk. Aneh sungguh.

"Baik, coach." balas Damia.

"Kita rest." balas coach lagi. Mereka berdua bersurai untuk seketika bagi memberikan Damia untuk mengambil nafas baru sebelum memulakan latihan lagi.

Di satu sudut dalam pusat latihan itu, ada beberapa orang yang sedang memerhatikan gaya Damia berlatih. Pelbagai reaksi yang mereka berikan. Ada yang ketawa, tersenyum sinis dan tidak kurang juga yang sibuk mengutuk setelah melihat Damia menendang.

"Skil dia makin lama makin teruk." ucap Aiza seraya tersenyum sinis.

"Itulah pasal. Aku sebenarnya tak nampak langsung dah masa depan dia dalam kumpulan kebangsaan. Jangan kata nak kekal dalam kumpulan ni, nak survive sampai antarabangsa pun macam nyawa-nyawa ikan saje." balas Azrul pula.

"Apa sebenarnya yang jurulatih-jurulatih dalam sukan kita ni nampak dekat dia? Nampak yang dia akan berubah? Well, I don't think so." balas Aiza lagi.

Mata mereka semua masih kekal memerhatikan gelagat Damia. Gadis itu masih menunjukkan ketidakseimbangan dalam setiap tendangannya. Malah, gaya landing langsung tidak kemas. Semuanya nampak berterabur.

"Dia kaya kut. Mungkin, parents dia rasuah pensyarah dan jurulatih kita? Who knows?" tebak Mimi pula yang baru sahaja datang usai mengemas alatan taekwondo.

"Kau ingat ni macam drama Korea ke? Stop your obsession please." soal Aiza.

"Aku tak cakap berdasarkan drama Korea atau ketaksuban aku ya. Tapi aku bercakap berdasarkan kemungkinan yang ada. Itu hanya kebarangkalian, tak semua tepat okey." balas Mimi, melindungi dirinya dengan hujah-hujah aneh.

"Kau nak cakap dia kaya? Apa kata kau pergi usya motor buruk dia? Dah macam nazak saje aku tengok. Itu pun kau nak cakap dia main rasuah?" soal Azrul.

"Sheesh, nak tengok besi buruk dia tu? Malaslah. Buat sakit mata aku saje tengok. Heh, patutlah dia dengan kawan baik dia Si Fatin tu selalu sangat datang lambat ke kelas. Dah tak ada transport rupanya." ejek Mimi.

Through Our Metaphysics ✔Where stories live. Discover now