FAKULTI Undang-Undang gamat dengan bisikan dan sorakan para pelajar perempuan apabila Shauqi yang sememangnya datang dari fakulti berbeza itu tiba-tiba sahaja memunculkan diri di fakulti lain. Begitu gamat seperti menyambut artis terkenal sahaja gaya mereka.
Kakinya laju sahaja menampak kearah lecture theatre yang terletak tidak jauh darinya. Dia sudah dapat menghafal tempat belajar Fatin kerana dia juga boleh dikatakan kerap datang kesini. Bezanya dulu, dia lebih tersorok dan tidak ramai tahu kehadiran dia disitu.
Alasan dia munculkan diri hari ini pun kerana dia ingin tahu apa niat Fatin beritahu akan perkara yang jelas tiada kaitan dengan diri Fatin sama sekali kepada Tan Sri Iman. Tidak fasal-fasal, teruk dia dibelasah menggunakan kayu besbol semalam. Mujur tidak mengalami kecederaan yang teruk sahaja.
Sebaik sahaja dia tiba di lecture theatre yang menempatkan pelajar-pelajar undang-undang itu, dia terus masuk. Mujur jugalah tiada pensyarah pada ketika itu, mungkin juga kerana mereka baru sahaja selesai dengan kelas yang baru sahaja berlangsung. Kelihatan semua pelajar yang sedang mengemaskan barang masing-masing juga turut terpaku melihat Shauqi berada disitu.
"Apa niat kau? Apa sebenarnya yang kau nak dari aku ni? Kau nak duit aku ke?" soal Shauqi tanpa segala mukadimah atau ucapan salam. Tegak sahaja dia berdiri dihadapan Fatin yang masih duduk dan sibuk menyalin nota dalam bukunya.
"Awak tak nampak ke apa yang saya tengah buat sekarang ni? Sangat tidak berkelas untuk seseorang seperti awak datang serang orang macam ni." ujar Fatin, dingin. Dia masih berkeras untuk bangun dan menjawab segala soalan yang ditanya oleh Shauqi. Banyak lagi perkara yang hendak diselesaikan.
Shauqi berang. Dia membuat keputusan untuk merampas buku nota dari tangan Fatin. Sementelah Fatin pula hanya mampu mengeluh berat. Dia bersandar pada kerusi dan berpeluk tubuh. Tajam sahaja mata itu merenung wajah Shauqi.
"Aku tak kisahlah! Sekarang ni, aku nak tahu apa niat kau bagitahu semua tu dekat papa aku? Kau nak apa sebenarnya? Kau ni memang kemaruk nak bercinta dengan aku ke? Atau kau marah kita putus sebab kau tak sempat nak rampas harta aku, macam tu?" sinis Shauqi menyoal.
Semua pelajar yang masih berada didewan itu hanya diam tidak berkutik untuk mendengar isu antara mereka berdua.
"Come on, Shauqi. Ceteknya pemikiran awak kalau awak asyik fikir saya bercinta dengan awak sebabkan harta yang sementara tu. Awak ni cukup kemaruk dengan harta kan? Maaf cakaplah, tapi kalau saya ni kemaruk harta dan duit dari MK Foundation tu, saya takkan merelakan diri saya sendiri digugurkan dari penerima biasiswa MK. Kalau tidak, sekarang ni, saya dah meratap, merayu dan menangis pada kaki awak untuk terima saya. Tapi malangnya, saya tak macam tu. Saya ada harga diri. Saya nakkan keadilan atas apa yang awak dah buat pada saya." kata Fatin.
"Atas apa yang awak dah buat pada saya? Apa yang Shauqi dah buat?"
"Mereka dah melampaui batas ke?"
"Fatin takkan buat perangai macam tulah."
Begitulah persoalan yang muncul dalam benak fikiran mereka semua yang mendengar dengan tekun tadi.
"Kalau aku dah tak suka kau, takkan aku nak teruskan juga hubungan tu?" sinis Shauqi berkata.
"Siapa kata saya nak teruskan hubungan ni. Saya cuma nak awak bersihkan balik nama saya pada kawan-kawan saya. Bersihkan nama saya yang awak dah calit najis tu!" kata Fatin seraya menolak bahu Shauqi. Tubuh lelaki itu terdorong ke belakang.
"Ah, kau nak nampak diri kau baik ke? How pity~ Tapi, berangan sajelah untuk aku buat semua tu ya. Sebab aku memang takkan minta maaf, that's for sure."
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Fiksi UmumTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...