SUASANA dalam restoran Kenny Roger Roasters itu begitu meriah dengan pelanggan. Ada yang sibuk menjamah makanan yang terhidang, ada yang masiu beratur untuk membuat pesanan. Tidak kurang juga yang ingin beredar pergi usai membuat bayaran.
Mata Fatin melilau mencari kawasan yang dipenuhi muka-muka pelajar universiti mereka. Keadaan sesak sampai mereka berdua hampir hilang jejak pelajar-pelajar itu.
"Kau sure ke hari ni? Entah-entah salah hari kau tengok." Damia cuba untuk menebak benda yang jelas sekali Fatin sukar untuk tersilap. Fatin seorang yang cermatlah, mana pernah dia terlepas tarikh-tarikh penting atau tersalah info.
Manusia yang selaluh tersalah info cuma Damia sahaja. Suka hati main bantai ikut mak nenek dia. Orang suruh hantar assignment hari ini, dia pergi hantar lusa. Orang suruh kemas pusat latihan pagi-pagi, dia pergi kemas malam. Bertuah betul.
"Aku yakinlah diorang memang buat malam ni. Aku dah baca tarikh dan masa tu banyak kali." Fatin cuba untuk meyakinkan.
"Kalau macam tu, mestilah diorang ada dekat sini. Restoran ni bukannya kecil weh. Banyak lagi ceruk yang kita boleh duduk. Aku rasa kita berdua kena masuk sampai kawasan meja untuk pelanggan ramai tu kut." ujar Damia.
Fatin mengangguk, "Okey, jomlah kita gerak."
Fatin dan Damia bersama-sama melangkah masuk meneroka restoran itu dengan lebih dalam. Sehinggalah mereka berdua tiba dikawasan yang jelas terdapat begitu ramai pelajar universiti mereka. Masing-masing sedang duduk bertentangan jantina. Hah macam mana tu?
Macam ini, pelajar lelaki semua duduk sebaris dan berhadapan dengan pelajar perempuan yang duduk sebaris.
Ramai juga yang datang petang itu, jauh sekali seperti apa yang Fatin bayangkan. Ingatkan semua orang anggap benda ini macam main-main dan malas nak datang. Sekali sangkaannya pergi jauh meleset. Meja panjang itu sangat meriah dengan kehadiran mereka yang datang secara sukarela.
"Fatin! Damia! Sinilah." panggil Siti.
Sebaik sahaja Siti melambaikan tangannya, terus sahaja Damia dan Fatin mendapatkan gadis itu. Mujurlah dia sudah menyimpan dua tempat kosong buat mereka berdua. Cis, punyalah laju Damia merempit dari rumah ke pusat membeli belah, tetap juga lambat sampai. Damialah puncanya, siapa lagi. Sakit perutlah, tudungnya hilang pin dan sebagainya. Banyak betul fi'il!
Apabila Damia dan Fatin melabuhkan punggung, terus sahaja penganjur acara iaitu seorang pelajar di universiti itu bergegas bangun. Mungkin untuk membuka majlis.
"Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua pelajar yang sudi melibatkan diri dalam sesi suai kenal di hari menghargai seperti hari ini. Saya ini malaslah bermuqadimah panjang-panjang, takut semua letih. Cuma ingin saya jelaskan disini bahawasanya, majlis ini dibuat sekadar untuk mengeratkan silaturrahim dan menambah kenalan antara kita. Kalau ada yang berminat untuk sampai ke jinjang pelamin, apa salahnya!" usik Azim selaku pengerusi majlis itu.
"Dah, dah. Tanpa membuang masa lagi, marilah kita bertukar-tukar pendapat dan cuba berkenalan. Masa bermula sekarang!" sambung Azifah iaitu pasangan pengerusi majlis.
Fatin hanya diam di tempat duduknya. Dia sibuk bermain dengan tangannya dan mata kekal tunduk memandang lantai. Haish, masa inilah dia nak rasa segan dengan semua orang. Sebelum datang, tak nak pula rasa malu.
Cis, Damia jom balik!
"Hai, nama saya Shauqi."
Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Shauqi itu menghulurkan salam perkenalan pada Fatin. Memang dari tadi dia duduk dihadapan Fatin, memerhatikan gadis itu. Tepat seperti apa yang dia jangka, Fatin tidak mempunyai kenalan lelaki seperti pelajar perempuan yang datang ke situ.
"Oh, erm.. saya tak salam lelaki. Apa pun, nama saya Fatin." Fatin menundukkan badannya sebagai tanda hormat. Dah macam gaya orang Korea berkenalan lah, aduhai.
Shauqi menganggukan kepalanya dan tangan yang menghulur salam tadi ditarik perlahan. Malu sikit, tapi tak apalah.
"Semua orang dah dapat kawan masing-masing. Jom kita berkenalan?" soal Shauqi.
Fatin mengangguk dan cepat sahaja membuntuti langkah Shauqi yang sudah berada dihadapan.
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
Damia yang sudah mengantuk menghadiri majlis yang boleh dikatakan sebagai not her cup of tea itu membuat keputusan untuk baring sahaja di meja makan. Dia kan memang sejenis manusia yang semberono sahaja. Itu yang ikut suka hati dia sahaja nak baring walaupun itu jelas meja makan.
Ketika Damia sedang melayan perasaannya, dia dapat melihat Fatin bangun daripada kerusi dan mengikut langkah seseorang.
Pantas dia menarik lengan Fatin, "Weh, kau nak pergi mana?"
"Aku nak pergi sembang kat tempat lain sekejap. Alah, tak jauh mana pun. Aku duduk dekat luar sahaja." balas Fatin.
"Haih, dah lain dah ni. Kata nak date, date kat sini sajelah. Tak payahlah jauh-jauh. Jenuh aku nak cari kau nanti." Damia menghalang Fatin dari pergi. Risau jadi apa-apa, habis haru. Budak-budak universiti pun bukan boleh dipercayai sangat.
"Aku tak jauh weh. Aku janji aku tak menyimpang tempat lain. Nanti kau cari saje aku kat luar. Lagipun, kau kata kau tak nak berkepit dengan aku kan? Takut segala kunyit, ginseng, halia bagai kan? Kau pun pergilah cari kawan." asak Fatin.
Damia menoleh kearah meja mereka. Semua tengah sibuk buat sesi cari jodoh.
"Kau ni, kalau lambat datang sini 0.01 saat. Aku tinggal." ugut Damia.
"Apa-apa sajelah, Damia. Aku pergi eh, bye!" Fatin melambaikan tangannya sebelum bergerak meninggalkan Damia.
Damia melayani perasaan sendiri sehinggalah dia ternampak wajah yang cukup dia kenali.
"Macam pernah nampak... ah, lelaki yang kena belasah tu!" bisik hati Damia. Niatnya hendak pergi menyapa lelaki yang pernah dia selamatkan itu. Namun secara tiba-tiba, jalannya telah dihalang oleh seseorang. Terbantut terus kakinya hendak bergerak.
"Tolong tepi sikit." getus Damia.
"Eh sekejaplah, kenapa awak tergesa-gesa sangat ni?" soal lelaki yang bertubuh tinggi lampai dan sedang memberikan senyuman manis kepada Damia itu. Dia masih berdiri statik dihadapan Damia, mengharap agar gadis itu memberi perhatian kepadanya.
"Oh, erm, aku nak pergi jumpa kawan sekejap. Kenapa kau halang jalan aku ni, tepi sikit!"
"Saya nak berkenalan dengan awak, tak salah kan? Lagipun, awak tergesa-gesa ni nak kejar siapa? Semua orang dah ada partner masing-masing." lelaki itu masih lagi menghalang jalan Damia.
"Aku ni sebenarnya tak berminat nak kenal dengan sesiapa. Aku datang pun sebab teman kawan saje. Minta maaf eh." ujar Damia, cuba mengekalkan kesopanan dalam berbicara walaupun dia awal-awal dah panggil 'aku kau' dengan stranger itu.
"Oh, jadi sayalah antara peserta majlis ni yang malang ya?" lelaki itu membuat suara seolah-olah dia berjauh hati.
"Pardon?"
"Yalah, orang lain datang betul-betul cukup ikut jumlah peserta yang dikehendaki. Saya hadir ke sini untuk cari kawan. Awak dan saya adalah antara yang tertinggal. Saya assumed awak boleh jadi partner saya. Tapi, saya cuma peserta yang malang saje."
Damia menggaru kepalanya yang berbalut tudung itu sambil membuat muka penuh keliru. Dia tidak tahu kalau dia perlu ikut cakap lelaki ini. Tapi, bila lihat mukanya macam kesianlah pula. Adeh, apa 10 sen sangat muka kau ni bang?
"Erm, ha yalah." Damia mengalah.
Lelaki itu tersenyum manis. "Terima kasih! By the way, nama saya Airil."
"Damia."
Kemudian, mereka mengambil keputusan untuk duduk di meja yang sahaja. Malas nak bergerak jauh-jauh.
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...