48 | Three Cold-Blooded Humans

3 1 0
                                    

DEWAN MK Empire Hotel menjadi gamat dengan orang-orang kenamaan yang hadir untuk bersama-sama menyedekahkan doa-doa buat Nadhirah yang baru sahaja sedar dari komanya. Malah, mereka merasa bangga apabila Nadhirah mampu hadir meskipun dalam keadaan yang tidak berupaya.

Memandangkan hotel tersebut berada dibawah naungan MK Construction, maka majlis tersebut turut dibuat untuk Damia. Begitu banyak masalah yang menghimpit mereka berdua dan mereka perlu bersama-sama datang untuk memberi semangat pada mereka.

"I'm glad there was nothing happened to you, unlike the other two successors. If so, please, behave yourself." tegas Tan Sri Iman memberi amaran.

Shauqi yang berjalan disamping Tan Sri Iman mengangguk memahami arahan tegas yang satu itu. Sejujurnya, dia agak takut hendak menghadirkan diri ke sini. Setelah Airil mengingkari janjinya, Airil langsung tidak kelihatan dimana-mana.

Dia turut yakin, kehadiran mereka semua disini bukan sahaja untuk mengadakan majlis doa selamat. Malah, untuk membincangkan hal-hal yang terjadi.

"I'm watching you, Shauqi. If you are involved in these incidents, only you know what will happen to you." kata Tan Sri Iman seraya meninggalkan Shauqi bersendirian ditengah-tengah dewan. Sementara Tan Sri Iman pergi membawa diri ke meja para CEO.

"Baik, papa. Terima kasih." ucap Shauqi lalu tunduk sebagai tanda hormat.

Dalam hatinya tidak berhenti menyumpah seranah Airil. Jejaka itu memang sedang mencari nahas. Semestinya, dia tidak akan lepaskan Airil begitu sahaja.

Dalam pada mulut sibuk membebel, kakinya membawa dia ke meja biasa yang telah ditetapkan setiap kali MK mengadakan majlis penting. Tidak kiralah apa-apa majlis sekalipun, dia pasti akan duduk semeja dengan semua pewaris yang lain. Paling kerap dia jumpa, sudah tentulah Nadhirah dan Damia.

Kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan kekerusi. Damia sibuk termenung memandang cawan kaca berisi air kosong diatas meja.

"Aku simpati dekat kau Nadhirah." ucap Damia.

Nadhirah tersenyum nipis, "Terima kasih. Kau pun sama. Aku faham apa yang kau rasa dan aku pun turut bersimpati."

Shauqi merenung dua orang gadis dihadapannya, "Well, I'm sympathetic to both of you. Those were such hard times, right?" soal Shauqi.

"Kalau kau tak buka mulut, tak susahlah hidup aku. Am I right?" soal Damia, sinis. Kening dijungkit memandang wajah kosong Shauqi itu. Meja itu sungguh suram dengan mereka bertiga yang tidak tersenyum mahupun ingin memandang wajah satu sama lain.

"Aku dah agak kau nak salahkan aku. Tapi, that b*st*rd, told the media everything. I had warned him earlier. Dia yang tak makan saman. It is really not necessary for you to accused me such things." balas Shauqi dengan berani.

Damia tersenyum sinis, "Kalau mulut kau tak bangkai sangat, tak adalah dia pun nak buka cerita dekat media."

"Suka hati kaulah. Aku datang sini sebab papa aku. Aku tak ada intention untuk bergaduh dengan sesiapa. Kalau kau ada niat nak buat hal, MK Construction akan terkesan banyak. You decide." ujar Shauqi.

"Same goes to you then. Kau jangan buat-buat bodoh macam aku tak tahu eh, bukan main liar kau kalau dekat belakang papa kau. Berani pula tu kau game kawan baik aku. Ingat sikit, kawan aku tu mungkin tak kaya macam orang lain. Tapi, dia ada otak yang bijak daripada kau. Kalau tak, tak adalah kau boleh kalah dengan dia untuk biasiswa MK kan? Menang pada duit, tak bermakna kau menang pada hati dan keikhlasan." sindir Damia.

Shauqi berang, "AP-Apa masalah kau ni?"

"Masalah aku, kaulah! Seronok juga dapat tengok Tan Sri Iman belasah kau sekali-sekala."

Through Our Metaphysics ✔Where stories live. Discover now