PUSAT latihan pada hujung minggu itu cukup sunyi tanpa ada sesiapa. Memang sudah menjadi rutin hari minggu untuk semua atlet agar mereka direhatkan. Satu hari pun cukuplah agar mereka dapat membina semula semangat dan tenaga untuk mempersiapkan diri untuk pertandingan yang akan datang.
Airil terkocoh-kocoh berlari dari asramanya menuju ke pusat latihan yang dinyatakan oleh Damia. Dia memakai baju sukan lengkap seperti kanak-kanak tadika yang tidak sabar untuk bersukan dengan kawan sekelas. Baju masuk dalam seluar, seluar sukan kembang dan rambut pula bukan main berkilat lagi dengan minyak rambut.
Damia yang setia menanti dalam pusat itu hanya termenung melihat gaya fesyen Airil. Nak gelak macam berdosa, nak mengejek lagilah macam tidak kena. Macam tiada masa depan betullah fesyen si Airil ini pun.
"Maaf, lambat! Saya tengah sibuk-"
"OP!" telapak tangan Damia laju sahaja berhenti tepat dihadapan wajah Airil. Mujur bukan muhrim, kalau tidak memang dah melekat tangan ini dekat muka lelaki tidak berfesyen ini.
"Kenapa, Damia?" soal Airil, terpinga-pinga.
Damia berjalan perlahan mengelilingi Airil. "Aku suruh kau datang sini bukan suruh kau bagi rumusan kenapa kau datang lambat tadi."
"Oh, saya takutlah kalau awak marah atau tak selesa dengan cara saya-"
"Memang pun, mana ada coach yang tunggu atlet dia. Atlet yang patut tunggu coach dia tau. Kalau ikutkan, kau ni kena masuk kelas bina akhlak. Tapi sebab aku ni jenis yang boleh bawa berbincang, aku takkan tanya kau apa-apa. Sebab aku pun tak berminat." balas Damia.
Melihatkan dari gaya Airil, memang sukar untuk diberikan peluang bercakap. Risau nanti bukan alasan yang dia bagi tapi rangka karangan mengapa dia datang lambat. Hah, tidak ke menyusahkan dan membazir masa Damia yang harus menjadi coach tidak berbayar ini?
"Maaf, saya tak sengaja." kata Airil, polos.
Damia mengangguk perlahan, "Okey, tak apa. Kau pergi simpan segala barang kau dekat tempat duduk aku tu. Lepas tu, kita akan mulakan asas-asas taekwondo kita pada hari ini. Cepat!"
Damia meniup wisel dengan kuat. Serentak itu, Airil yang terkejut dengan bunyi wisel tadi pantas sahaja berlari untuk menyimpan barangnya sebelum berlari semula kearah Damia yang bercekak pinggang laksana seorang pengetua sekolah.
Terkulat-kulat dia memandang wajah Damia untuk menerima arahan seterusnya.
"Jadi, hari ni kita akan belajar asas tendangan dan aku akan ajar kau untuk tendang punch pad." kata Damia. Dia menunjukkan arah lantai dimana terletaknya peralatan untuk mereka berlatih pada hari itu.
Airil mengangguk sebagai tanda yang dia faham akan arahan Damia itu. Tanpa melengahkan masa, mereka berdua mengambil tempat masing-masing. Dan Damia sebagai senior kepada Airil, terus sahaja mengajar asas-asas tendangan terlebih dahulu. Selepas belajar tentang teknik tendangan, Airil perlulah praktikannya sehingga kakinya boleh fleksibel dan melentur dengan baik. Kalau kayu, macam mana nak menendang dengan lembut tapi padu kan?
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
Zahran tiba disebuah bengkel basuh kereta yang sudah lama terbiar. Disekelilingnya cuma dipenuhi dengan semak-samun dan besi-besi yang tidak lagi berguna. Jika kanak-kanak main disitu, pasti berbahaya sebab banyak peralatan tajam seperti paku.
Zahran menoleh ke sekelilingnya untuk memastikan tiada kawan-kawan satu kolej atau pensyarah yang lalu-lalang disitu nampak kelibatnya. Agak musykil bila melihat budak muda sepertinya jalan di kawasan yang sunyi di tengah malam.
Namun, dia harus tempuhi juga dengan cara menutup wajahnya menggunakan topi dan topeng muka.
Setelah lebih setahun tersepit dalam masalahnya yang tiada penghujung ini, dia membuat keputusan sendiri dimana dia perlu berbincang agar dirinya dibebaskan dari cengkaman The Nameless.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...