HARI demi hari berlalu hanya dihiasi dengan Airil, Fatin serta ahli keluarganya yang datang melawat. Kadang-kala keluarga Nadhirah datang bersama buah tangan. Kemudian, beberapa hari seterusnya Shauqi pula munculkan diri bersama hadiah-hadiah seperti buku, lampu angkasa untuk terangi bilik wad tersebut dan juga jambangan bunga. Semua orang sangat mengambil berat terhadap Damia.
Airil. Rasanya sejak bermulanya pertandingan sukan antara negeri, memang Airil agak sibuk dan jarang menemani Damia di hospital. Kadang-kadang Airil memang selalu telefon dan melaporkan aktivitinya pada hari itu dari jauh sahaja.
Kadang-kadang dia ada latihan untuk mempersiapkan dirinya demi pertandingan kebangsaan yang akan datang. Dan sememangnya normal untuk semua pertandingan sukan kebangsaan untuk menampilkan kontinjen negeri masing-masing. Bangga sungguh Airil menunjukkan baju yang dia pakai ketika perarakan masuk tersebut.
Damia, see? Aku pakaikan untuk kau!
- AirilAku tak pakai baju lelaki :(
- DamiaBegitulah aktiviti mereka hampir sepanjang masa. Bukan itu sahaja, malah Airil juga membuat vlog mini ketika dia tidak mempunyai latihan untuk Damia. Dia akan berjalan ke serata tempat dan merakam aktivitinya pada hari tersebut.
My Life as an Athlete Ep01 | Special for Damia
My Life as an Athlete Ep02 | Special for Damia
Dan ia berlanjutan sepanjang perlawanan berlangsung. Damia bangga kerana dia tidak pernah tertinggal walau satu pun pertandingan Airil. Dia akan tontonnya secara langsung dari telefonnya dan kadang-kala ditemani oleh Fatin.
"Uhuk! Uhuk!" Damia terbatuk secara tiba-tiba. Laju sahaja dia memegang kepalanya apabila terasa seperti otak bergegar dan sekaligus memberikan sakit yang melampau. Tidak lama selepas itu, titisan darah keluar dari hidung Damia.
Fatin yang sememangnya menjaga Damia, laju sahaja mencapai tisu untuk Damia. Cepat-cepat dia membaringkan katil Damia agar keadaan Damia terlentang dan meredakan hidungnya yang dikotori darah.
"Kau okey, Damia?" soal Fatin, risau.
Damia mengangguk lemah.
"Kau batuk-batuk, mesti kau sakit kepala kan?" soal Fatin.
"Sikit." balas Damia.
Laju sahaja Fatin meletakkan sedikit minyak angin ke kepala Damia dan perlahan-lahan dia mengurut kepala kawan baiknya itu. "Sakit ke weh?"
Damia membuat jari 🤏 menandakan sakit yang dia rasakan tidaklah begitu parah. Dia masih mampu mengawalnya.
Namun, Fatin yang sememangnya sedang rapuh kerana keadaan Damia dan neneknya tidak mampu menahan sebak. Entah kenapa dia rasakan nenek dan Damia sama sahaja. Kedua-dua mereka selalu berkata yang mereka baik-baik sahaja. Mereka tidak sakit. Sakit sedikit sahaja. Kemudian, mereka berdua sama-sama dalam fasa kritikal.
Fatin yang sedang mengawal airmatanya itu akhirnya gagal apabila dia secara tidak sengaja tersedut hingus. Laju sahaja tangan Damia mencapai tangan Fatin yang sedang mengurut kepalanya.
"Kau nangis ke, bro?" soal Damia.
"Mana ada." jawapan yang diselangi dengan bunyi hingus disedut memang menimbulkan salah faham.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...