Amaran : Bab ini menggunakan perkataan yang kasar!
PUAN Sri Nabihah menolak kerusi roda yang membawa Nadhirah itu keluar dari wad dan menuju ke ruangan lobi hospital. Dia lebih selesa untuk berjumpa ditempat yang luas berbanding di wad yang tertutup itu. Rimas dan tidak selesa untuk bercerita panjang.
Tan Sri Hasif setia disisi Nadhirah untuk menemani anak gadisnya bertemu polis.
"Kamu nak cakap apa dengan polis nanti?" soal Tan Sri Hasif. Dia mengusap kepala Nadhirah yang berbalut tudung itu dengan lembut.
"Banyaklah, papa. Nanti papa dan mama dengarlah sekali. Mana tahu ada benda yang papa dan mama tahu. Boleh tolong Nad untuk dapatkan bukti kes Nad ni." kata Nadhirah.
"Mestilah, Nad. Kalau papa dapat tahulah siapa yang buat kamu macam ni, papa akan pastikan satu keluarga dia termasuk pelaku tu sendiri meringkuk dalam penjara dan mengemis. Papa akan pastikan nama dia kena senarai hitam dan diterima bekerja dimana-mana." tegas Tan Sri Hasif berkata.
"Awak tak rasa ke yang awak tu harsh sangat?" soal Puan Sri Nabihah. Seriau pula dia mendengar ugutan suaminya itu. Bukan setakat ugutan dengan muka sekali berkerut-kerut. Walaupun selama ini Tan Sri Hasif tidaklah begitu berkeras dengan sesiapa, tapi jika ia melibatkan anaknya... memang ini namanya mencari fasal!
"Mestilah saya kena harsh. Dia dah usik anak perempuan kita. Hampir mati anak kita dibuatnya." tegas Tan Sri Hasif.
Nadhirah hanya mengangguk perlahan. Dia setuju dengan apa yang diluahkan papanya. Jika dia boleh koma, bermaknan insiden yang terjadi itu memang teruk dan hampir meragut nyawanya. Malah, kepalanya asyik diganggu dengan bunyi hentaman yang kuat. Seolah-olah ia menghentak tengkorak kepalanya dengan kuat.
"Assalamualaikum, tuan." suara Tan Sri Hasif yang menyapa Detektif Bahar itu menyedarkan Nadhirah dari lamunan jauhnya.
Setelah mempersilakan masing-masing duduk dikerusi di ruangan lobi, Nadhirah meletakkan telefonnya yang memaparkan sejarah panggilan dia.
"Saya cuma nak tahu adakah tarikh saya masuk hospital dan kes direkodkan sama dengan tarikh sejarah panggilan ni?" soal Nadhirah.
Detektif Bahar memerhatikan tarikh-tarikh tersebut dan mengangguk. "Ya, panggilan ini dibuat sama hari dengan tarikh cik dilaporkan cedera."
"Saya rasa lelaki yang datang semula tu macam penting dengan masalah ni."
"Dia penting juga dalam kes ni tapi, saya tak faham kenapa cik tanya tentang tarikh dan budak lelaki tu?" Detektif Bahar menyoal dengan muka penuh kekeliruan.
"Saya rasa, benda ni bukan sebab lelaki tu boyfriend saya saje. Saya rasa, the incident must relate to him so much that I decided to call him at the first place." luah Nadhirah.
"Saya tak rasa saya bodoh sangat untuk telefon dia dulu sedangkan saya tahu, saya ada pengawal peribadi. I'm very sure, this is simply not because of love." tegas Nadhirah berkata lagi. Keningnya bertaut.
Tan Sri Hasif mengangguk laju, "Saya pun setuju dengan apa yang Nadhirah cakap tu, tuan. Saya tak rasa budak lelaki tu tak tahu penyebab dan pelakunya. Kalau dilihat dari cara dia yang selalu datang melawat Nadhirah di hospital dengan sangat kerap, saya yakin dia tahu sesuatu cuma dia tak nak bagitahu."
"Saya tak boleh nak conclude apa-apa lagi sebab kami masih belum dapat waran tangkap dan bukti kukuh. Sebelum ni pun, balai kami ada terima kes yang hampir sama dengan Nadhirah cuma pelakunya senang diberkas. Kali ini, ia mungkin melibatkan pihak ketiga. Jadi, kami nak jalankan siasat mendalam terhadap pihak ketiga tu. Atas niat apa dan penglibatan mereka semua."
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Fiksi UmumTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...