FATIN dapat merasakan tidurnya terganggu dek kerana bunyi bising yang datang daripada arah tandas rumah mereka. Pantas Fatin bangkit dari tidur, memaksa matanya untuk dibuka. Dia mencapai telefon bimbitnya yang terdapat diatas meja belajar yang disusun disebelah katilnya.
Jam di telefonnya jelas menunjukkan waktu satu pagi. Wajarlah Fatin masih lagi rasa mengantuk dan tidak berhenti menguap. Lantas tanpa melengahkan masa, Fatin menapak turun dari katil. Tapak kakinya terasa sejuk apabila terpijak lantai bilik tidur.
"Damia?" panggil Fatin apabila dia menyedari kawan baiknya sudah hilang dari katil.
"Kau okey?" Fatin menyoal lagi apabila dia tidak menerima balasan apa-apa dari Damia.
Fatin teruskan melangkah apabila dia langsung tidak menerima balasan daripada Damia. Itu menambahkan lagi kemusykilan dia apabila melihat tubuh seseorang terkulai layu dihadapan bilik air. Pada mulanya, dia berasa mamai dan merasakan yang dia sedang mengantuk serta berhalusinasi.
Namun, ia bukan lagi halusinasi apabila dia dapat melihat dengan jelas bagaimana individu yang sedang terkulai layu dihadapan pintu bilik air itu adalah Damia.
"Ya Allah, Damia!" laju sahaja kaki Fatin berlari kearah Damia. Kemudian, kepalanya diletakkan diatas riba sekaligus menampar lembut pipi Damia untuk menyedarkan gadis itu.
"Damia, kau boleh dengar suara aku tak?" soal Fatin sekali lagi. Jantungnya bergerak dengan sangat laju apabila melihat tiada tindak balas dari Damia.
Dia dapat menghidu bau minyak cap kapak pada kepala Damia. Bukan itu sahaja, hidung Damia turut sama comot dengan darah yang masih lagi pekat.
"Kenapa makin teruk ni, Damia?" Fatin menyoal bersama deraian airmata yang tidak berhenti mengalir dikedua-dua belah pipinya. Dia risau melihat keadaan Damia yang memang dirasakan semakin lemah. Cuma, dia tidak tahu yang keadaan Damia akan bertukar menjadi teruk begini.
Pantas sahaja Fatin mencapai telefon bimbitnya untuk menelefon ambulans. Fatin tidak mampu untuk mengangkat tubuh Damia yang sudah rebah. Dia pun jauh lebih kurus berbanding Damia dan membuatkan dia agak sukar untuk melakukan semuanya sendiri. Setelah menelefon ambulans dari hospital yang berhampiran, Fatin segera siapkan Damia dengan tudung sarungnya dan siapkan juga barang-barang mereka untuk dibawa ke hospital. Untuk keluarga Damia pula, dia akan telefon setelah dia tiba disana nanti.
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
Airil sangat fokus dengan kelasnya pada hari ini. Dia perlu kekalkan momentum untuk berlawan dengan Damia nanti. Setiap saat dan minit, Airil tidak pernah terleka dari mempelajari ilmu baru agar dia dapat mengaplikasikan semuanya ketika berlawan dengan Damia. Dia perlu menang cabaran ini demi untuk kembalikan apa yang dia pernah hilang dulu. Dia perlu berani melawan gadis itu.
Bercakap tentang gadis itu, Airil langsung tidak melihat Damia dimana-mana untuk tiga hari berturut-turut. Dia agak musykil dan membayangkan Damia sedang dalam proses tarik diri. Tetapi, tidak mungkinlah Damia terfikir untuk menarik diri sedangkan cabaran ini juga direka olehnya. Dia sendiri yang beria-ria untuk berlawan dan mendapatkan semula maruahnya. Tidak mungkin semudah itu Damia mengalah.
'Terjadi apa-apa ke dekat dia?' Airil menyoal dengan hatinya. Dalam pada dirinya sibuk berteka-teki, mata Airil juga tidak kurang hebatnya mencari kelibat Damia didalam kelas. Kadang-kala matanya melilau ke luar kelas mencari kelibat gadis itu yang mungkin ada berlegar-legar diluar kelasnya.
Setelah puas memastikan yang Damia memang tiada disekitarnya, Airil membuat keputusan untuk mencarinya sendiri di Whatsapp.
Ketika menekan nama Damia pada aplikasi Whatsapp itu, jari-jemari Airil tidak dapat meneruskannya. Dia dapat merasakan ego yang terbina dalam hati menghalang dia dari meneruskan pelan asal iaitu bertanyakan khabar Damia. Dia tidak mahu terlihat seperti seseorang yang sangat mengambil berat akan keadaan seseorang. Musuh sendiri pula. Logik, kah?
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Ficción GeneralTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...