16 | Sebuah Sokongan

4 1 0
                                    

BUNYI dari mesin pencetak menghilangkan rasa bosan Damia. Dia meletakkan kepalanya atas mesin pencetak itu sementara menunggu kertas assignment-nya di cetak. Selepas mencetak, dia perlu ke bilik pensyarah untuk menghantar tugasannya ini atas meja sebelum masa yang telah ditetapkan.

Terlalu penat menanti, fokus Damia beralih arah pula pada Fatin yang fokus pada skrin telefonnya. Sekejap tadi wajahnya serius, kemudian bibirnya mengukir senyuman manis penuh bergula. Betul-betul dilamun cinta si Fatin ini.

"Kau chat dengan siapa? Bukan main happy lagi." tegur Damia. Dia bersandar pada mesin pencetak dengan penuh bergaya. Kaki disilang, tangan berpeluk tubuh.

Fatin yang sedar dirinya dipanggil Damia segera mengalihkan tumpuan. "Adi, dia mesej aku."

"Oh, dia nak apa?" soal Damia.

"Dia cuma bagitahu aku yang dia dah nak balik minggu ni! Aku rasa mungkin dia balik masa aku tengah pertandingan debat tu lah. Itu apa yang aku rasalah." kata Fatin. Kemudian, dia kembali fokus dengan skrin telefonnya. Lain betul emosi bila berbual dengan Adi, jika nak dibandingkan dengan Shauqi.

"Kalau betul dia balik masa kau tengah debat nanti, kau expect apa? Agak-agak kaulah kan, dia marah tak kalau dia tahu kau dah ada boyfriend? Iyalah, setahu aku dia memang dah suka dekat kau sejak kita dalam semester satu lagi." kata Damia.

Tepat dengan soalan yang diajukan itu, mesin pencetak pun berhenti dari mencetak kertasnya. Damia mencapai kesemua helaian kertas yang masih panas itu dan susun satu demi satu agar tidak tertinggal walau satu pun. Kalau cuai ini, memang depresi teruklah. Silap hari bulan, dia tidak akan boleh tidur untuk satu minggu. Punyalah penat dia buat, sekali lesap. Sakit otak wo!

Fatin menghela nafas perlahan sambil memerhatikan gambar dia dan Adi yang tersimpan dalam gallery telefon bimbitnya. Dia bukan tidak suka pada Adi cuma perasaan sukanya itu terbatas sebagai seorang kawan sahaja. Dia selesa ceritakan segalanya pada Adi tanpa rasa malu sebab dia selesa.

"Kalau aku cerita dekat dia, aku tak rasa dia akan marah. Lagipun, dia sendiri tahu yang aku memang tak pernah bagi harapan apa-apa pada dia. Aku layan kau dengan dia sama saje. Takkanlah aku tak boleh ada kawan lain jantina, kan? Susahlah kalau macam tu." desis Fatin.

Damia membawa kertas-kertasnya tadi menuju kearah tempat duduk mereka. Dia mencapai stapler dan diketap semuanya menjadi sebuah dokumen tebal.

"Aku faham kau. Cuma aku risau penerimaan dia sajelah. Kau pun tak cerita langsung dekat dia. Risau nanti dia fikir kau nak simpan rahsia dan tak anggap dia macam kawan. Takut nanti jadi masalah lain pula. Nanti end up, kau dengan dia bergaduh. Itu yang aku tak nak." kata Damia.

"Habis, kau nak aku buat apa?"

"Bagitahu terus teranglah."

"Macam mana kalau dia marah?"

"Hah, itulah masalahnya. Kalau kau anggap dia dan aku sama saje, sepatutnya kau bagitahu dia sama macam masa kau bagitahu aku pasal Shauqi tu. Masa kau bagitahu aku tu, kau tak ada pun fikir dua tiga kali kan? Samalah macam situasi sekarang ni. Kalau kau jaga hati Adi, sama saje macam kau tengah bagi harapan dekat dia. Takkan kau nak cakap 'aku tak nak bagitahu kau sebab takut kau marah'. Eh, dia bukan boyfriend kau tau. Kalau kau cakap macam tu, nampak macam kau tengah curang." bebel Damia, panjang lebar.

Fatin mengangguk perlahan mendengar nasihat Damia itu.

"Eh, kau bukan ada kelas ke pukul dua?" soal Damia.

Fatin pantas melihat jam di pergelangan tangannya. Dia menutup mulutnya apabila melihat jarum jam tepat menunjukkan jam 2:10 minit.

"Alamak! Aku pergi dululah. Jumpa kat rumah!" kata Fatin dan tergesa-gesa dia meninggalkan Damia di kedai buku itu.

Through Our Metaphysics ✔Where stories live. Discover now