SEPERTI hari-hari biasa yang lain, Shauqi kini menyibukkan dirinya dengan jadual yang telah disusun oleh papanya. Selesai sahaja kelas pada waktu pagi, pengawal peribadi keluarga mereka akan datang ke kampus untuk mengambil Shauqi pulang ke pejabat MK Foundation. Bermulalah hari Shauqi sebagai pemangku Tan Sri Iman kelak dimana dia perlu bersedia untuk menggalas semuanya setelah Tan Sri Iman meletakkan jawatan.
Shauqi mengeluh perlahan apabila dia selesai membaca kesemua fail yang berkaitan dengan yayasan. Modus operandi yayasan, program-program yang diadakan untuk penerima biasiswa dan tajaan. Jiwanya bukan disini dan sudah tentulah dia merasa bosan baca kesemua perihal tentang bisnes.
Shauqi beruntung kerana dia dapat melepaskan lelahnya dan bertenang untuk seketika waktu sementara Tan Sri Iman sudah lama keluar dari pejabat kerana mempunyai urusan lain yang perlu diselesaikan. Tan Sri Iman meninggalkan Shauqi bersendirian dengan harapan Shauqi dapat menghabiskan segala ulangkajinya disitu.
Shauqi menghilangkan perasaan bosannya dengan cara berjalan-jalan dalam pejabat Tan Sri Iman. Setiap sudut pejabat Tan Sri Iman hanya dipenuhi dengan gambarnya sendiri. Cuma satu sahaja gambar mereka sekeluarga, itupun digunakan hanya untuk mengaburi mata-mata wartawan yang datang untuk menemu-bual papanya.
Shauqi teruskan berjalan sehinggalah dia tiba di almari yang menyimpan fail maklumat penerima biasiswa. Laju sahaja tangan Shauqi mencapai salah satu fail yang tertulis 'Nama Penerima Biasiswa Tahun 20XX'.
Fail tersebut dibawa menuju ke meja kopi tempat dia mengulangkaji fail-fail yang lain tadi.
Niat Shauqi cuma satu. Dia cuma mahu mencari nama Fatin. Dan, yep dah dapat!
Nama : Nur Fatin Adeena binti Ramli
Umur : 19 tahun
Jurusan Asasi/Matrikulasi/STPM/Diploma : Asasi Undang-Undang, Pusat Asasi Universiti XXXX
Jurusan Ijazah Sarjana Muda : Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian), Universiti XXXXUPSR (Sekolah Kebangsaan Muadzam Shah) : 5A
PT3 (SMK Muadzam Shah) : 10A+
SPM (MRSM Tun Ghafar Baba) : 9A+
Asasi/Matrikulasi/STPM/Diploma : Semester 1 (3.95), Semester 2 (3.97)Shauqi terbatuk-batuk kecil apabila melihat pencapaian Fatin yang sangat membanggakan.
"Dean's list lah mat." bisik Shauqi.
"Patutlah aku boleh kalah. SPM aku pun mampu 6A saje, yang lain semua campur-campur gred. Tak adalah sampai semua A+. Bukan memang tak adalah, memang tak ada pun." kata Shauqi. Dia membelek lagi fail yang mempunyai maklumat Fatin.
Anugerah Kecemerlangan Terbaik Subjek Bahasa Melayu PT3
100%
Anugerah Kecemerlangan Terbaik Subjek Matematik PT3
100%
Anugerah Kecemerlangan Terbaik Subjek Sains PT3
99%Anugerah Kecemerlangan Terbaik Subjek Bahasa Melayu SPM
100%
Anugerah Kecemerlangan Terbaik Subjek Bahasa Inggeris SPM
100%
Anugerah Kecemerlangan Terbaik Subjek Matematik SPM
100%
Anugerah Kecemerlangan Terbaik Subjek Matematik Tambahan SPM
97%
Anugerah Kecemerlangan Terbaik Subjek Fizik SPM
100%"Memang A dia punya sorang saje. Pandai tahap apa pun aku tak tahulah. Mak kau telan apa masa mengandungkan kau ni." seloroh Shauqi.
Shauqi mengeluh berat. Dia kembali menutup fail maklumat tentang Fatin. Berpinar matanya melihat rekod Fatin yang baginya terlalu sukar untuk dia gapai. Mungkin kerana itulah Tan Sri Iman begitu insecure-kan Fatin.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Ficción GeneralTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...