SETELAH berbincang dengan Tan Sri Naim di kafe tadi, Airil membuat keputusan untuk berjumpa dengan Damia buat kali yang terakhir di wadnya. Dia mahu berjumpa untuk bertanyakan khabar, itu sahaja. Dalam masa yang sama, dia juga perlu bersedia dari segi mental dan fizikal kerana dia tahu bukan mudah untuk berbincang dengan Damia. Pasti berbakul-bakul makian yang akan dia terima nanti.
Airil menarik nafas perlahan dan tangannya sudah memegang pemegang pintu bersama semangat yang dikumpul dari tadi. Setelah itu, dia menolak pintu yang tidak ubah seperti sliding door itu dengan perlahan.
Namun begitu, dia dapati tiada sesiapa didalam wad tersebut. Laju sahaja Airil melangkah keluar untuk melihat nama yang tertulis pada papan tanda pada dinding wad itu. Dia mahu memastikan yang dia tidak tersalah wad.
"Betullah ni wad Nur Damia. Tapi, mana pula pergi minah seorang tu?" soal Airil.
Airil meletakkan beg sandangnya pada sebuah meja kopi yang tersedia bersama set sofa untuk para tetamu yang hadir. Kemudian, Airil melangkah kearah tandas dan seperti yang dia agak memang tiada sesiapa apabila pintu tidak berkunci serta tiada sesiapa didalamnya.
Apabila selesai memastikan memang tiada sesiapa didalam wad itu melainkan dirinya, Airil membuat keputusan untuk melabuhkan sahaja punggung dan menanti kehadiran Damia.
Dalam pada itu, sempat juga dia mereka beberapa alasan yang dirasakan bernas untuk diberikan kepada Damia sebentar lagi, "Damia, aku datang sebab nak tanya khabar kau."
"Bukan! Macam formal sangat. Padahal aku dengan dia kan tengah bergaduh?" tukas Airil. Laju sahaja tangannya menggaru kepala yang tidak gatal.
"Kau dengar sini, mulai hari ni memang aku dah tak nak tengok muka kau!" Airil memarahi katil kosong itu.
"Tapi, alasan apa aku nak bagi kalau dia tanya kenapa aku tak nak tengok muka dia?" soal Airil pada dirinya sendiri.
Airil putus asa. Dia melabuhkan punggungnya dan bersandar pada sofa yang lembut itu. Matanya tertancap pada siling wad yang putih bersih dan sangat menenangkan.
"Kenapa aku rasa sasau kalau tak nampak kau dekat kampus eh, Damia? Padahal kita berdua tengah bergaduh. Kau musuh aku, macam tu juga aku pada kau. Ish, serabut!" rungut Airil. Dia cuma mampu memejamkan matanya apabila dia sendiri pun tidak mampu menjawab soalan sendiri.
Setelah berperang dengan dirinya sendiri, Airil akhirnya terlelap. Dia langsung tidak sedarkan diri sehinggalah dia merasakan ada bayang-bayang yang melintasi pandangan matanya. Samar-samar sahaja namun tetap berjaya mengganggu tidurnya. Lantas, mata dipaksa juga untuk dibuka.
Kemudian secara drastik, tubuhnya terloncat dan bingkas bangkit apabila melihat wajah Damia begitu dekat dengan wajahnya.
Damia kelihatan begitu polos apabila melihat Airil bersikap sebegitu. Mukanya dipenuhi dengan begitu banyak persoalan serta tanda tanya. Sikap Damia tidak seperti Damia yang Airil sentiasa hadapi. Damia yang panas baran, Damia yang sinis dan Damia yang keras kepala.
Dihadapannya ketika ini cuma Damia yang polos, Damia yang berwajah pucat serta Damia yang berdiri tercegat laksana orang yang menghidap sakit tenat. Wajahnya kelihatan sungguh letih.
"Wuish, Damia! Terkejut aku!" Airil menjerit kecil. Damia turut sama terkejut dengan tangan yang mengusap dadanya perlahan.
"Okey, relaks." ujar Damia, sopan.
"Okey, first thing first aku cuma nak cakap yang aku baring sekejap sebab ingatkan kau lama lagi. Lepas tu, aku dah datang lama tapi aku turun pergi kafe sekejap. Aku datang sebab aku nak tanya khabar kau, tu saje. Fatin cakap kau dekat sini, sebab tu aku datang sini. Aku cuma nak bagitahu yang-" Airil tidak ubah seperti rapper ketika memberikan alasan dan hujahnya demi mengelak sebarang pertelingkahan dengan Damia.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...