SHAUQI dan Fatin jalan beriringan menuju pintu keluar balai polis. Semuanya sudah dijelaskan oleh Shauqi dan kronologi baru telah ditambah laporan untuk kes Tan Sri Iman. Setelah dirasakan selesai semuanya, mereka berdua mengucapkan terima kasih kepada Inspektor Emier sebelum beredar pergi.
Sepanjang perjalanan mereka keluar dari balai polis, Fatin tidak lepas dari memandang wajah Shauqi. Lelaki itu tidak mahu berbicara dengannya, bahkan memandang wajah Fatin pun dia tidak mahu. Mata hanya fokus menekur lantai balai itu.
Setelah kaki masing-masing memijak lantai lobi balai, terus sahaja kaki Fatin berhenti berjalan. "Saya simpati dengan apa yang jadi pada keluarga awak." ujar Fatin dengan berani.
Shauqi turut sama berhenti. Dia memang tidak mahu memandang wajah Fatin, kerana yang bersisa adalah perasaan kasihan dan bersalah. Dia rasa berdosa dengan Fatin. Apabila Fatin bersuara dulu, Shauqi turut sama memberanikan diri untuk berkomunikasi dengan Fatin seperti biasa.
"Tak apa, aku pun nak ucap takziah untuk arwah nenek kau. Aku rasa bersalah sangat sampai nak tengok muka kau pun aku tak mampu." jujur Shauqi berkata.
Mereka berdua berdiri berhadapan antara satu sama lain. Shauqi memandang wajah Fatin dan begitulah sebaliknya. Kesal memenuhi ruang mata Shauqi.
"Benda dah jadi. Dah lepas dah pun. Takkan saya nak meroyan dekat sini, kan?" kata Fatin. Mulut sahaja kata begitu, hati sudah berbakul-bakul sumpah seranah dihadiahkan buat doktor yang memperlakukan arwah neneknya begitu.
"Kalau aku tahu, aku takkan provok papa aku untuk buat kau macam tu. Aku minta maaf." tutur Shauqi.
Fatin menggeleng perlahan, "Saya faham, Shauqi. Awak- maksud saya, kita berdua mangsa keadaan. Awak tersepit dengan keluarga awak, saya tersepit dengan dendam merapu Tan Sri Iman. Kita sama-sama kena himpit dengan benda yang sepatutnya tak ada kaitan pun dengan kita."
"Aku tak tahu papa boleh buat sejauh tu. Aku tahu papa aku jahat dan kuat berdendam. Aku cuma bayangkan yang dia cuma nak musnahkan hidup kau, bukan libatkan nyawa keluarga kau. Aku tak sangka papa macam tu." luah Shauqi lagi. Perasaan bersalah semakin menghimpit jiwa Shauqi.
"Tak apalah, benda dah lepas kan. Mungkin papa awak berdendam dengan saya tapi keputusan perpindahan jantung tu terletak dalam tangan doktor yang bertugas tu. Kalau dia berperikemanusiaan dan tak fikirkan duit rasuah semata-mata, saya yakin dia takkan terima arahan dari papa awak dan takkan korbankan nenek saya. Dalam hal ni, doktor tulah yang paling bersalah. Dia ada pilihan untuk tolak dan berfikir dengan waras, tapi dia memilih untuk tak berfikir pakai otak. Dia korbankan nenek saya kerana duit. Seolah-olah, kepala dia cuma fikir 'bukannya keluarga aku pun. Lantaklah nak hidup ke nak mati, janji aku dapat duit'. Dia korbankan nyawa orang sama saje macam menyusahkan diri sendiri. Buktinya, duit pun dia tak dapat. Malah, mungkin berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup. He deserves that and I'm happy for it." panjang lebar Fatin berbicara.
"Kau tak sedih, ke?" soal Shauqi.
"Nak sedih buat apa? Saya dah buat macam-macam dengan arwah nenek dulu. Saya tak pernah derhaka dengan dia, malah saya yang jaga dia. Itu dah cukup memadai untuk saya. Lagipun, saya faham takdir Allah yang satu ni... sebenarnya asbab saje. Kalau dah kata ajal nenek saya dah sampai, dia akan tetap pergi juga macam mana pun. Lama sangat arwah nenek terseksa dengan ubat-ubat tu. Dengan rawatan yang menyakitkan lagi. Walaupun sedih tu masih bersisa, sekurang-kurangnya saya tau nenek saya dah tak sakit dah." positif sungguh Fatin berkata-kata.
"How I wish I can be a positive person like you." ujar Shauqi.
"Awak pun boleh, Shauqi. Mulakan hidup baru dengan mama awak. Buatlah semua benda yang awak tak pernah buat dengan dia. Luangkan masa, bercerita dan semuanya! Lagipun awak beruntung, awak masih ada mama awak dan awak hidup senang. Lepas apa yang dah jadi... saya yakin MK Foundation akan dapat pada awak." kata Fatin.
Shauqi menggeleng, tangannya disilangkan ke dada.
"Aku tak ambil kut syarikat tu. Kau tahu aku tak minat, kan?"
"Oh, habis tu? Nak serah dekat orang lain macam tu saje ke?"
"Aku bagi dekat mama aku kut. Dia pun dah dapat kepercayaan dari Tan Sri Hasif dan Tan Sri Naim. Mengikut dari budi bicara, mama aku layak saje." kata Shauqi.
Fatin mengangguk perlahan, "So, awak balik ni sebab awak nak uruskan lagi kes ni?"
Shauqi membalas dengan anggukan, "Ha'ah. Aku kutip bukti lisan dan bertulis dari mama aku. Kemudian balik ke sini semula untuk selesaikan semuanya. Tambah lagi, kes ni ada kaitan dengan kau sebab tu aku rasa dia tak habis lagi. Tapi dengan penerangan lengkap aku tadi, aku rasa papa dipenjara seumur hidup setimpal dengan semua kesalahan dia. Tentang kes arwah nenek kau, aku akan buat permohonan maaf secara terbuka pada media dan bayar wang pampasan semula pada kau." kata Shauqi.
Fatin mengangguk, memang itu yang sepatutnya dilakukan oleh pihak defendan setelah diakui bersalah.
"Terima kasih sebab berfikir secara matang." kata Fatin, ikhlas.
Jeda. Mereka berdua hanya mampu tergaru-garu kepala.
"Lepas ni, awak balik Amsterdam? Apa perancangan lepas ni?" soal Fatin.
"Ha'ah, aku memang dah planned nak balik Amsterdam lepas selesai urusan dekat sini. Aku mungkin akan tangguhkan pengajian untuk sementara waktu sebab nak luangkan masa dengan mama aku lama-lama sikit. Tengoklah, mungkin masa aku sambung nanti... kau dah graduate kut." seloroh Shauqi.
Fatin tersenyum manis. Lama juga. Adalah tidak sampai setahun pun Fatin akan menamatkan pengajiannya. Mungkin, Shauqi ingin tangguhkan pengajiannya selama setahun lebih.
"Okeylah, saya balik dulu. Hati-hati fly tu. Kirim salam dekat puan sri, ya. Assalamualaikum." Fatin mengundurkan diri terlebih dahulu. Dia melambaikan tangannya pada Shauqi.
"Insha Allah, kau pun hati-hati balik." kata Shauqi. Dia menghantar Fatin berlalu pergi dengan pandangan mata sahaja. Tangan turut sama melambai.
Itu adalah lambaian terakhir dari Shauqi buat Fatin. Begitu sahaja kisah mereka tamat.
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Fiksi UmumTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...