"KAU cakap apa? Kau ajak dia keluar? Dia okey kali ni?" soal Adi, bertubi-tubi. Kotak yang berisi roti-roti diletakkan keatas lantai. Memandangkan petang itu, dia tiada kelas atau apa-apa aktiviti. Dia membuat keputusan untuk membantu Fatin di tempat kerjanya.
"Dia tak adalah kata dia okey. Dia pun tak balas mesej aku. Cuma, aku ingat... aku nak jumpa dia mengejut dekat dewan tempat dia selalu berlatih tu. Mana tahu, kali ni dia happy bila tengok aku datang buat surprise?" kata Fatin. Dia tersenyum nipis.
Adi menunduk, "Betullah, kalau orang dah kemaruk cinta tu... perangai bangkai pun boleh bau bunga ros." sinis sahaja Adi berkata apabila dia melihat cara Fatin yang begitu mempercayai Shauqi seratus peratus.
Fatin berkerut mendengar kata sinis yang dilemparkan Adi itu, "Kau kenapa ni? Siapa sakitkan hati kau?"
"Aku teringat drama Korea semalam." balas Adi, malas.
"Tiba-tiba? Apa tajuk dia?" soal Fatin, keliru.
Adi mengangguk, "Ha'ah, tajuk dia Ghosting." Adi main sebut sahaja apa yang terlintas dalam fikiran dan mengharap agar Fatin memahami kata-katanya.
Fatin mengangguk memahami kata-kata Adi itu. Dia kembali menyambung kerjanya. Dia sudah berniat untuk pulang awal sedikit petang ini memandangkan dia ada rancangan bersama Shauqi. Lebih tepat lagi, dia ada rancangan untuk Shauqi. Lama sudah rasanya dia tidak meluangkan masa bersama kekasihnya itu.
"By the way, kau nak ajak dia pergi mana?" soal Adi.
"Kenapa kau nak tahu? Itu rahsia kitorang." balas Fatin sebelum keningnya kembali bertaut dan menyoal.
"Kejap, kau tak berniat nak ikut kitorang pergi dating, kan? Kalau kau ada niat tu, batalkan sajelah. What a stalker." kata Fatin. Kotak roti yang sudah kosong tadi dipukul perlahan ke lengan Adi.
"Eew, banyak lagi benda aku nak buat daripada tengok kau bercinta dengan dia. Dia tu tak adalah handsome mana. Buat sakit mata saje tengok dia. Aku lagi handsome dari dia tau." kata Adi.
"Tak handsome dekat mata kau, tapi handsome dekat mata aku." Fatin mengerdipkan matanya berkali-kali kearah Adi.
"Urgh, geli betul. Dahlah, kau kerjalah betul-betul ya. Jangan berangan muka mamat buasir tu dekat mana-mana. Aku nak balik." kata Adi. Dia mencapai beg nya yang berada dalam kaunter dan melangkah keluar dari kedai runcit 7-Eleven itu.
Fatin berkerut kening, "Kau panggil boyfriend aku buasir? Bertuah betul. Tapi, kenapa buasir?"
Persoalan Fatin tadi hilang begitu sahaja apabila Adi masuk secara tiba-tiba, "Kau jangan pandai-pandai berhujan lagi walaupun kau tengah frust. Bawa payung, nah!" payung kecil bercorak polka dot dengan terselit jenama Mr. DIY diberikan kepada Fatin.
"Ish, apesal pula aku nak frust. Lagipun, hari ni tak tunjuk apa-apa tanda hujan pun. Ambillah balik." balas Fatin. Payung itu diserahkan semula.
"Kau takkan boleh agaklah bila hujan, kau bukan pengkaji cuaca. Dahlah, apa-apa pun jangan lupa pakai tu. Buat penat saje aku purchase dekat Mr. DIY untuk limited edition design tu, kalau kau tak nak pakai." kata Adi. Sekali lagi meninggalkan Fatin bersendirian dalam kedai.
"Okey." balas Fatin perlahan. Payung bercorak fancy itu dipandang sambil tersenyum.
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
Fatin menanti diluar dewan dengan perasaan yang tidak sabar. Dia dapat merasakan yang hubungan mereka semakin jarak apabila berlaku salah faham tempoh hari dan Shauqi mungkin rasa Fatin cuba untuk meletakkan semua kesalahan pada dirinya. Mungkin kerana itu, Shauqi semakin berjauh hati.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...