SEJAK mengetahui Zahran kini sudah berpunya berdasarkan dari mesej yang Nadhirah lihat tempoh hari. Ditambah pula dengan keakraban yang semakin jelas terlihat diantara Zahran dan gadis bernama Alya itu, membuatkan Nadhirah mencipta jurang diantara dirinya dan Zahran.
Hatinya masih sayang. Dia masih rindukan Zahran, namun dia tidak boleh ego dan bertindak sesuka hati mengikut kehendaknya. Zahran adalah manusia biasa dan dia ada hak untuk hidup bebas macam orang lain. Bukan Nadhirah-lah orangnya untuk mengintip Zahran hampir dua puluh empat jam.
Namun, ikrar dan janji setia yang dia reka itu seakan-akan memakan dirinya sendiri apabila Asyraf memberitahunya bahawa Zahran dan Alya sudah bercadang untuk keluar bersama pada hujung minggu ini, bukan hujung minggu ini tetapi hari ini!
Bagaimana Asyraf boleh tahu semuanya? Caranya adalah dengan mengikuti jejak Zahran hari ini. Asyraf bertindak seperti seorang pengawal peribadi kepada majikannya. Dia bertindak mengikut tugas yang diberikan. Sejak mendengar luahan hati dari mulut Nadhirah tentang bagaimana dia cemburu akan Zahran dan Alya, memang Asyraf sentiasa memantau kegiatan mereka.
"Kenapa awak siasat dia? Saya tak suruh pun. Nanti bukan awak, tapi saya yang dia tuduh psikopat. Zahran tu bukan boleh. Sejak saya tuduh dia dulu, bukan main lagi bencikan saya. Saya sendiri pun buntu macam mana nak runtuhkan perasaan benci tu." luah Nadhirah.
"Sebab tu lah saya willingly untuk mengintip dia, Cik Muda. Dengan cara tu, kita boleh buktikan yang dia memang tak ada niat mencederakan Cik Muda masa kes dulu tu. Bukan tu saje, kita boleh buktikan yang dia tak bercinta dengan budak perempuan tu."
Begitulah intipati perbualan mereka setiap kali ada masa senggang.
"Cik Muda dah bersedia? Kita nak jadi agen 007 hari ni!" kata Asyraf. Dia sudah bersiap sedia dengan kacamata hitamnya. Tetapi, baju tuksedo itu langsung tidak berubah.
Nadhirah menggeleng, "Awak gila ke? Dahlah pakai tuksedo, bercermin mata hitam pula. Kalau orang tengok dua kali pun memang tak dapat cam awak ni nak pergi prom dance atau taman tema."
Asyraf terkulat-kulat seraya meraba tubuhnya, "Saya bukannya ada baju sekarang."
"Dah tu, awak ingat saya nak offer awak pakai baju papa saya? Nanti menggelebeh. Tak pasal-pasal orang salah anggap awak tu papa saya pula." bebel Nadhirah lagi. Sungguh cerewet orangnya.
"Dah tu, takkan saya nak perhati dari dalam kereta saje? Tak kenalah dengan kredibiliti saya sebagai pengawal peribadi Cik Muda." tukas Asyraf.
Nadhirah bersiap sedia dengan membetulkan tudung shawl satin berwarna krim. Dia memakai pakaian yang begitu santai hari ini, mengikut tema sungguh. Nadhirah memilih seluar berwarna putih dan dipadankan dengan blaus labuh paras lutut berwarna coklat krim. Sangat cantik!
"No. Today, you don't have to be my bodyguard. Hari ni saya bagi awak cuti. Saya nak jalankan misi ni dengan hasil tangan saya sendiri. Bersama idea saya sendiri. Biar semuanya nampak normal dan bukan set up semata-mata. Kalau kantoi pun, mungkin Zahran takkan syak apa-apa. Kalau awak ikut, nanti jatuh saham saya. Dahlah masa saya masih girlfriend dia dulu, dia cepat betul jealous dengan awak. Kalau awak ikut, lagi dia syak saya dah moved on dan awak boyfriend baru saya." mengingatkan kembali memori itu, senyuman di bibir Nadhirah laju sahaja melebar.
Zahran dulu memang kuat cemburu dengan Asyraf. Selalu sahaja dia berpesan kalau mereka keluar berdua, jangan bawa Asyraf. Terasa macam diduakan katanya. Selalu lelaki yang bermadu, tetapi ini rasa macam Nadhirah pula bermadu.
Agaknya Zahran ada perasaan tak dengan dia masa tu?
"Cik Muda tetap sukakan dia. Memori yang simple macam tu pun boleh usik Cik Muda." ucap Asyraf apabila perasan akan perubahan wajah Nadhirah.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Aktuelle LiteraturTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...