KESEMUA kertas fotografik x-ray yang terpampang dihadapan mata Tan Sri Naim dipandang dengan hati yang retak seribu. Perkara yang dia tidak ingin berlaku setelah apa yang terjadi pada arwah isterinya, kini berulang kembali. Mimpi ngeri yang menjadi titik bermulanya jurang perpisahan antara dia dan Damia kembali menghantui dirinya untuk kali yang kedua.
"Saya assumed Tan Sri tahu tentang keadaan pesakit?" soal Dr. Farhan. Dia sudah dapat mengagak jawapan dan pengesahan kepada soalannya apabila melihat wajah Tan Sri Naim yang berubah sebanyak 360 darjah apabila kertas x-ray itu ditunjukkan.
Dr. Farhan kembali bertanyakan soalan, "Maaf bertanya tapi, boleh saya tahu adakah penyakit ini berdasarkan genetik atau memang Tan Sri dah tahu dia menghidap ketumbuhan pada otak walaupun bukan kerana genetik?"
"Arwah isteri saya, mama dia meninggal sebab sakit yang sama. Saya tahu dan aware yang Damia mungkin mewarisi sakit ni tapi saya tak tahu semuda ni." balas Tan Sri Naim. Puan Azila yang berada disisinya sejak tadi hanya fokus memandang kertas x-ray itu. Haih, sudah cukup menyedihkan dia kehilangan isteri pertamanya. Kini, Damia iaitu satu-satunya peninggalan arwah pada Tan Sri Naim juga menghidap sakit yang sama.
Dr. Farhan menganggukan kepala apabila mendengar penerangan dari Tan Sri Naim, "Saya juga ada menerima sebotol ubat tidur dari pensyarah yang bawa pesakit ke sini. Apa yang saya boleh rumuskan disini adalah, pesakit memang dah lama suffered dengan sakit ni. Sebab, untuk pesakit yang tak tahu mereka hidap ketumbuhan otak ni cenderung untuk beli ubat tidur. Mereka susah tidur dalam keadaan sakit kepala yang kronik, jadi bagi mereka ubat tidur satu-satunya jalan penyelesaian."
"Anak saya dalam tahap yang macam mana ya, doktor?" soal Tan Sri Naim, gemuruh.
"Berdasarkan dari laporan yang saya terima dari pensyarah dan kawan serumahnya, pesakit pernah mengalami sakit kepala yang kronik hingga membawa kepada kesukaran untuk tidur, demam panas yang berpanjangan, sendinya dah mulai lemah..."
Tan Sri Naim yang mendengar hanya mampu memegang kepalanya. Cara Dr. Farhan bercakap memang menunjukkan yang anaknya sudah merasai hampir semua tanda-tanda. Tidak sanggup rasanya dia hendak mendengar lagi.
"...dan kekejangan. Berdasarkan dari tanda-tanda yang saya sebut tadi, pesakit telah menghidap ketumbuhan atau kanser otak jenis meningioma tahap 3 dimana kanser tu dikategorikan sebagai ganas serta pertumbuhan dan penyebarannya sangat cepat." kata Dr. Farhan.
"Kalau saya nak minta jalankan pembedahan, boleh kan? Setahu saya, kanser ni boleh dicegah dengan pembedahan. Betul kan, doktor?" Tan Sri Naim begitu eager untuk mencari jalan penyelesaian kepada sakit yang menimpa Damia. Hati bapanya tidak mampu lagi kehilangan darah dagingnya sendiri. Dia tidak mahu kehilangan harta arwah isterinya.
"Pembedahan memang boleh dilakukan. Tapi, hasilnya tetap 50-50 seperti yang kita dapat lihat bagaimana ketumbuhan tu dah membesar dalam jaring kepala pesakit. Kalau kita nak teruskan, saya boleh cakap ia sangat berisiko. Dengan saiznya yang dah besar, kita cuma boleh buang dalam 30% sahaja sebab tak nak sentuh area kepala pesakit lagi. Ketumbuhan yang tertinggal itu berkemungkinan besar akan tumbuh semula. Dan pesakit perlu jalani kemoterapi sekali lagi." jelas Dr. Farhan, panjang lebar.
Tan Sri Naim menutup wajahnya. Puan Azila yang berada disisi mengusap belakang Tan Sri Naim perlahan untuk meredakan kegelisahan.
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
Adi hanya melihat Fatin yang sedang memegang tangan Damia erat. Sudah beberapa jam dia berada disitu tanpa berehat walau sekejap. Selesai sahaja pertandingannya siang tadi, dia langsung tidak tukar baju dan mandi sampai malam ini. Adi faham sangat. Siapalah yang nak balik ke rumah dalam keadaan tiada teman? Nanti buat hati makin sayu sahaja sebab tiada sesiapa dirumah.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...