33 | Pengkhianatan

7 1 0
                                    

HARI ini, Fatin mempunyai satu mocktrial yang diperlukan untuk memperkukuhkan lagi tekniknya dalam sesebuah perbicaraan sebagai bakal peguam suatu hari nanti. Mocktrial adalah sebuah perbicaraan olok-olok yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari fakulti undang-undang.

Fatin terlibat sekali lagi dengan ahli sepasukannya dalam pasukan debat tempoh hari. Ia agak kekok untuknya memandangkan masalah tempoh hari pun tidak selesai lagi. Kini, mereka bertemu semula.

Untuk menghilangkan rasa kekok disitu, lebih-lebih lagi apabila Irdina, Murni dan Alisa kerap memandangnya, Fatin mengalihkan pandangan pada telefonnya. Dia mencari nama Shauqi dan dihantar beberapa patah mesej.

Awak free hari ni?
Jom tengok saya buat mocktrial.
- Fatin

Lama Fatin menanti mesej dari Shauqi, namun hampa sekali bila tiada walau satu notifikasi pun yang muncul. Fatin mengeluh perlahan sambil tidak lepas memandang skrin telefonnya. Jauh dalam sudut hati, dia berharap sangat agar Shauqi berkata 'ya' untuk hadir temaninya disini.

Sebelum ini, Shauqi ada juga datang temani dia ketika latihan debat meskipun dia tidak hantar apa-apa mesej. Lain pula perangainya kali ini.

Ketika Fatin ralit memerhatikan skrin telefonnya, pipi Fatin tiba-tiba dikejutkan dengan satu benda sejuk. Terus sahaja kepalanya menoleh kearah benda sejuk tadi. Wajah Adi menyapa pandangannya.

"Oh, Adi? Kau buat apa dekat sini?" soal Fatin, sambil tangannya menyambut tin minuman itu.

"Saje datang, nak tengok kau buat perbicaraan. At least, aku boleh bayang kau masa jadi peguam nanti. Tak sabar nak tengok kau pakai jubah hitam tu. Mesti gempak!" puji Adi sambil menunjukkan thumbs up.

Fatin tersenyum nipis, "Lambat lagilah. Chambering pun aku belum buat lagi."

"Tak lama pun. Pejam, celik, pejam, celik saje kita dah habis dah. Eloklah kalau dapat berangan sekarang." kata Adi.

Fatin mengangguk perlahan. Dia bersetuju dengan apa yang Adi cakapkan itu. Pejam dan celik sahaja dia akan keluar dari universiti ini. Pejam dan celik juga, Shauqi telah lama menghiraukan dia. Menggantung dia tanpa sebab yang kukuh.

Adi perasan akan wajah murung Fatin itu. Dia meletakkan tin minumannya yang sudah tinggal separuh. "Kau tunggu boyfriend kau ke?"

Soalan Adi itu membuatkan bibir Fatin yang sedang tersenyum nipis itu terus pudar. Dia mengangguk perlahan, "Aku ada mesej dia. Tapi, dia tak balas apa-apa. Aku rasa dia sibuk." telefon Fatin yang menunjukkan mesej antara dia dan Shauqi ditunjukkan pada Adi sebagai bukti.

"Mungkin. Kau tak payahlah upset sangat. Kau dan dia sama-sama student terpuji and student contoh. Kalau kau sibuk, dia pun sama. Lagipun, aku ada nak tengok kau hari ni. Aku excited tau." kata Adi, cuba untuk tunjuk pada Fatin yang dia sentiasa ada untuk gadis itu.

Tidak boleh kah kalau Fatin lupakan Shauqi untuk sebentar?

"Thank you, Di. Kau jangan risau, kalau aku dah kahwin sekalipun... kau tetap kawan baik aku. Datanglah sesiapa dalam hidup aku, you have a special place in my heart." ucap Fatin dengan muka penuh ikhlas. Entah mengapa, pernyataan itu tidak mampu diterima oleh akal Adi.

"Kau ni, tak payahlah cakap macam tu. Kau bagi aku harapan tau tak? Dahlah, kau pergilah masuk court tu. Aku tunggu sini." kata Adi. Dia menolak bahu Fatin untuk bangun dari kerusi dan menapak masuk kedalam mahkamah olok-olok itu.

Fatin beralah sambil kaki perlahan-lahan masuk kedalam dewan perbicaraan meninggalkan Adi yang tersenyum dari kerusi para saksi yang hadir. Dia mengangkat penumbuknya tinggi sambil mulut berbisik sesuatu yang sangat jelas, 'Goodluck, Fatin!'

Through Our Metaphysics ✔Where stories live. Discover now