"HARI ni saya nak balik jalan kaki. Tolong bagitahu tan sri, ya? Saya tak keluar lama pun. Dalam beberapa jam saje, tapi yang pasti bukan sampai malam. Saya cuma nak jalan-jalan. Tu saje." Shauqi berkata kepada pengawal peribadinya dalam talian sebelum pengawal peribadi itu nanti tiba tepat masa pulangnya nanti.
Dia pun bukannya hendak pergi jauh. Dia cuma mahu berjalan-jalan menghirup udara yang tidak berapa nak segar ini, sekadar untuk tenangkan fikirannya.
Mengingatkan kembali tindakannya yang bertemu dengan kawan-kawan Fatin pada hari ini benar-benar memberikan sedikit kelegaan padanya. Dia tidak minta pun balasan terima kasih dari mulut Fatin. Dia cuma mahukan ketenangan daripada rasa bersalah yang bersarang dalam dadanya.
"You good, Shauqi? Yes, I am! Kau dah buat kerja yang bagus! Yep, betullah tu!" bebel Shauqi sendiri. Dia menepuk-nepuk bahunya untuk memberi semangat. Sebab kalau bukan diri sendiri, siapa lagi nak bagi, kan?
"Shauqi." panggil seseorang dari belakangnya.
Laju sahaja dia berpaling.
Matanya disajikan dengan Zahran dan Airil yang berdiri dihadapannya ketika ini.
"Korang buat apa dekat sini? Zahran, kau dah masuk belajar ke? Kenapa ada beg dekat belakang kau?" soal Shauqi.
Airil dan Zahran tidak membalas apa-apa. Cuma Airil yang bertindak dengan berkata, "Ada benda kitorang nak tanya dengan kau. Penting."
Shauqi termenung seketika memandang dua pasang mata dihadapannya ketika ini.
▪️▪️▪️▪️▪️
Korea's Cuisine
Restoran yang menyajikan makanan dari Korea itu menjadi pilihan kepada tiga sekawan itu untuk meraikan kejayaan Fatin setelah berjaya dalam pertandingan mocktrial pagi tadi. Bertambah lagi semangat apabila masalah Fatin sedikit sebanyak sudah mula terangkat dari bahunya.
"Perut aku dah lapar!" keluh Damia. Dia asyik merenung kearah kaunter yang menunjukkan nombor giliran mereka untuk mengambil makanan. Maklumlah, makanan Korea memang mengambil masa sedikit untuk disiapkan. Mereka juga tahu Fatin sukakan makanan Korea, kerana itu jugalah mereka bersetuju untuk meraikan Fatin disitu.
"Tak lama dah ni. Lagi satu atau dua nombor, pastu sampailah nombor kita." pujuk Fatin. Dia tersengih-sengih melihat muka Damia yang tidak sabar agaknya hendak menjamah makanan. Dari pagi agaknya tidak makan lagi.
"Lama juga tu." balas Damia.
Fatin tersenyum nipis dan dalam masa yang sama matanya jatuh pada wajah Adi yang kelihatan agak sugul. Sebenarnya, pagi tadi memang Adi elok sahaja. Boleh ketawa dan tersenyum. Entah mengapa sejak bertemu dengan Shauqi di dewan dan kawan-jawab sefakultinya, Adi terus sahaja berubah emosi.
"Kau okey ke, Di?" soal Fatin.
"Okey, okey saje." balas Adi, laju.
"Kalau kau okey, tak adalah muka kau macam tertelan apam basi." gurau Damia. Adi hanya mencebik mendengar usikan Damia yang terlalu rawak itu.
"Ha'ah, betul! Kau ada benda nak cakap ke?" Fatin menyokong kata-kata Damia.
Adi mengeluh berat apabila dipaksa sebegitu. Dia cukup faham akan sikap dua sekawan itu yang sememangnya tidak akan melepaskan dia dengan begitu mudah. Buktinya, mereka berdua boleh merenung wajah Adi seolah-olah Adi itu adalah makhluk halus disitu.
"Ceritalah dengan aku sekali." pujuk Damia.
Kedua-dua tangannya dipegang erat. "Kau nak berbaik ke dengan Shauqi?"
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Ficțiune generalăTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...