62 | Keliru

3 2 0
                                    

MATA Fatin sembap selepas menangis semalaman. Memandangkan hari ini memang Fatin tiada kelas, maka dia cuma berada dirumah sepanjang hari. Mujurlah dia memang tiada kelas, mudah juga hendak menyembunyikan matanya yang serupa mata panda itu. Kalau dia pergi juga, memang akan menimbulkan kontroversi kepada semua pelajar. Nanti ada pula gosip timbul mengatakan Fatin didera rakan serumah pula.

Damia tidak bercakap dengan Fatin hanya untuk memberikan kawan baiknya itu ruang menenangkan dirinya. Bukan dia tidak melihat bagaimana patah hatinya Fatin. Pulang sahaja daripada berdebat dengan Shauqi, Fatin menangis sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Tidur pun dia menangis. Makan pun bersulamkan airmata. Serupa orang yang kematian orang tersayang sudah gayanya.

Damia yang dari tadi duduk di meja makan kerana sibuk menyiapkan kerjanya sudah beralih arah kearah kawasan sofa. Dia melabuhkan punggung disebelah Fatin sambil tangannya memegang bahu Fatin.

"Kau okey?" soal Damia. Sudah lama rasanya dia memberi masa untuk Fatin bertenang. Dia merasakan sekarang adalah masa yang terbaik.

"Bolehlah." balas Fatin, mendatar. Matanya asyik melekat pada skrin TV. Damia tahu mata Fatin sahaja yang seolah-olah menonton TV, hakikatnya fikiran Fatin sudah melayang jauh mengingatkan kata-kata Shauqi semalam.

Damia mengusap perlahan bahu Fatin, "Aku tak faham perasaan kau sekarang ni. Jadi, aku tak boleh nak cakap yang aku faham. Tapi, apa aku boleh cakap cuma aku harap kau bersabar. Aku nak tolong kau tapi kau yang tak nak aku masuk campur. Sebab tu aku tak nak nampak macam biadap dan menyibuk hal kau. Jadi, aku boleh sokong kau macam ni saje. Kalau kau tak halang aku, memang aku dah rasa nak lempang saje si Shauqi tu. Tak pun, pakai saje teknik taekwondo aku untuk belasah dia."

Fatin menggeleng, "Baguslah tu kau tak masuk campur. Aku nak selesaikan masalah aku dengan cara aku sendiri. Aku tak nak mengharapkan orang sekeliling aku. Ini masalah aku dengan Shauqi, bukan kau. Aku cuma harap kau dapat sokong aku dari belakang saje. Itu dah memadai."

Damia tersenyum nipis, "Dia kalah pun dah cukup memuaskan hati dah. Aku tahu mesti dia dah kena dengan Tan Sri Iman punya. Kau sendiri tahu setiap gerak-geri Shauqi memang akan dipantau oleh papa dia. Jadi kalau ada saje benda tak kena, memang dia akan kena hukum. Itu apa yang aku dapat agak daripada hubungan 'bapa dan anak' antara Shauqi dan Tan Sri Iman tu. Aku tahu dia sentiasa kena hukum berdasarkan dari apa yang dia cakap semalam. Cuma aku tak tahu hukuman jenis apa yang dia dapat. Apa yang pasti, dia patut dapat."

"Salah aku ke kalau dia kena dera dengan papa dia?" soal Fatin, secara tiba-tiba.

Damia menggeleng, "Itukan masalah antara dia dan papa dia. Kau cuma asbab dan mangsa keadaan saje."

Fatin hanya diam. Banyak perkara yang bermain dalam benak fikirannya. Walaupun Shauqi sudah menghamburkan begitu banyak perkataan yang menyakitkan hati, namun Fatin tetap rasa bersalah. Mengapa mesti dia bersikap seperti orang bodoh ketika berhadapan dengan Shauqi?

"Kau rasa bersalah, kan?" tebak Damia.

Fatin hanya diam.

"Kenapa kau nak rasa bersalah pada orang yang menyakitkan hati kau? Shauqi dah buat macam-macam dekat kau. Dia dah rosakkan imej kau depan kawan-kawan kau. Dan apa yang paling penting, setiap apa yang dia terima dari Tan Sri Iman adalah apa yang dia layak dapat. Itukan namanya kifarah, Fatin. Orang macam dia ada pilihan untuk jernihkan keadaan dengan tak buat cara bodoh. Dia boleh pulihkan keadaan tanpa perlu mainkan hati kau. Dia boleh berbaik dengan papa dia tanpa perlu libatkan kau sebagai watak tambahan dalam cerita dia. Dia boleh saje buat semua tu." kata Damia, panjang lebar.

"Aku tak tahu nak fikir apa. Aku... clueless." kata Fatin.

Damia menghela nafas berat, "Fatin, kau kawan baik aku. Aku dah kenal kau terlampau lama. Aku tahu kau ada belas ihsan yang tinggi tapi orang tu bukan Shauqi. Aku tahu dia first love kau tapi, kalau dia sayangkan kau dengan ikhlas... dia takkan mainkan kau. Kau tau tu kan?"

Through Our Metaphysics ✔Where stories live. Discover now