22 | Hujan Membawa Khabar Duka

2 1 0
                                    

HUJAN lebat membasahi bumi memberikan satu suasana hening yang sangat sukar untuk ditafsirkan sesiapa. Jika hujan turun ketika kita berada di rumah dan berteduh, perasaan yang hadir cumalah kesunyian yang susah untuk ditafsirkan.

Namun jika hujan turun disaat hati sedang dilanda masalah kemudian terpaksa menerima satu lagi khabar berita duka, perasaan apa yang patut ditonjolkan? Sudah tentu panik menjadi perasaan paling utama ketika itu, namun bersediakah kita untuk menerima khabar menyayat hati?

Begitulah hujan membawa khabar duka kepada sesetengah pihak.

"Berhenti dekat sini, Adi!" kata Fatin sambil menunjukkan arah lobi hospital yang tertulis dengan jelas Unit Kecemasan dan Trauma. Kemudian, Fatin turun disitu dengan pantas dan fikirannya pada ketika ini cuma fokus untuk mencari coach Hanafi.

"Fatin, aku pergi cari parking tau. Sekejap lagi aku masuk!" kata Adi.

Fatin memaling tubuhnya dan mengangguk laju sebagai tanda yang dia memahami akan kata-kata Adi itu. Sebaik sahaja Adi pergi, Fatin bergegas masuk kedalam bangunan hospital dengan hati yang berdebar-debar. Sungguh dia risau dengan kawan baiknya yang seorang itu.

Bau steril terdapat dimana-mana sahaja. Unit itu pula sangat padat dengan ramai lagi pesakit yang baru tiba. Tidak kira lagi dengan para waris yang hadir untuk mendapatkan khabar berita dari doktor-doktor. Semuanya berlaku dengan sangat pantas.

"Fatin!" suara Coach Hanafi yang memanggil nama Fatin menarik perhatiannya dengan pantas.

Fatin bergegas mendapatkan Coach Hanafi yang nampak sangat serabut dan comot. Mungkin panik dengan keadaan Damia ketika perlawanan tadi sampai tidak sempat untuk membetulkan bajunya. Dia seperti tidak terurus dengan beg Damia yang berada di kerusi sebelah untuk simpan tempat buat Fatin.

"Doktor dah keluar ke, coach?" soal Fatin.

"Belum. Saya terlalu panik sampai tak tahu nak buat apa. Fikiran saya kosong." kata Coach Hanafi dengan sekali nafas.

"Tak apa, coach. Cuba bertenang dan betulkan nafas tu. Coach bernafas dengan sangat laju mungkin sebab tu coach susah untuk bertenang. Insha Allah, Damia tak apa-apa." nasihat Fatin. Dia mencapai sebotol air mineral yang masih belum dibuka dalam beg sukan Damia sebelum diserahkan kepada Coach Hanafi.

Coach Hanafi tidak menjawab dan tangannya perlahan-lahan masuk kedalam beg sukan milik Damia. Ada sesuatu yang ingin dia serahkan pada Fatin. Sebotol ubat yang tertulis nama saintifik padanya diserahkan kepada Fatin.

Fatin mencapai botol ubat itu dan membaca preskripsinya.

"Benda ni memang dah ada dalam beg dia. Saya dah baca preskripnya. Ubat tu adalah ubat tidur yang dia consumed untuk jangka masa yang sangat lama. Saya dah agak dah ada benda yang dia simpan dari saya tapi dia tak nak bagitahu." luah Coach Hanafi. Ingin menangis rasanya apabila membaca preskripsi botol itu.

"Mana coach jumpa?" soal Fatin.

"Saya terkejar-kejar nak bawa dia ke hospital. Masa kelam-kabut ambil beg-beg, ubat tu terjatuh dari beg dia." jelas Coach Hanafi.

Fatin meraup mukanya apabila mendengar cerita dari Coach Hanafi itu. Secara tiba-tiba, layar fikiran Fatin mengimbas kembali perbualan antara dia dan Damia ketika di tempat kerjanya.

Through Our Metaphysics ✔Where stories live. Discover now