SETIAP gambar yang tersimpan dalam telefonnya itu ditenung dengan sangat lama. Khusyuk betul cara Fatin memerhatikannya. Kadang-kala dia tersenyum nipis, kemudian pipi bertukar merah kerana kerap perhatikan wajah Shauqi yang tampan dalam gambar itu. Walaupun muka dah perit menahan pedas, namun ketampanan itu harus dikawal.
Ini adalah pertama kali dia mencintai seseorang dengan bersungguh-sungguh. Kenapa dia cakap dia mencintai Shauqi dengan bersungguh-sungguh? Sebabnya mudah sahaja. Kerana Shauqi turut menunjukkan sikap yang sama.
Dalam erti kata lain, dia tidak bertepuk sebelah tangan. Itu sangat membanggakan.
"Haish, teruk angau kau ni! Fokus-fokus! Debate kau nak dekat dah." getus Fatin. Dia mengusap perlahan skrin telefon bimbitnya sebelum meletakkan ia kembali keatas meja. Matanya fokus menatap skrin komputer yang penuh dengan aksara.
Dalam pada dirinya sibuk mengarang jawapan untuk berdebat nanti, matanya jatuh pada gambar dia dan neneknya yang cantik terletak dihujung meja. Dia mencapai bingkai itu untuk membuang rasa rindu sebelum tangan laju sahaja mendail nombor neneknya.
Setelah beberapa saat, panggilan itu berjawab juga.
"Assalamualaikum, nenek. Nenek apa khabar? Tak call Fatin pun nak tanya khabar?" seloroh Fatin.
Kedengaran suara nenek yang ketawa perlahan mendengar usikan cucunya, "Waalaikumusalam, nenek sihat saje. Tak ada benda penting, tak adalah nenek nak telefon. Kamu ni, tak tidur lagi ke? Kenapa tengah malam baru call?"
Fatin bangkit dari kerusinya dan beralih arah ke katil. Sunyi pula bilik ini bila Damia tidak balik lagi. Kemana sahajalah kawan bertuahnya itu?
"Fatin saje call sebab rindu. Lagipun, tak boleh tidurlah. Asyik teringat nak peluk nenek waktu tidur. Macam mana ni? Rasa macam nenek kena datang sinilah teman Fatin." usik Fatin lagi.
"Kalau kamu harapkan nenek untuk datang sekarang dengan tak ada kenderaan, memang raya tahun depanlah kita jumpa." balas nenek.
Nenek dan cucu, sama sahaja perangainya. Kuat mengusik masing-masing. Itu yang bila salah seorang tiada, bukan main rindu lagi.
"Apalah nenek ni." Fatin membalas bersama senyuman dibibir.
"Sibuk ketawa sampai nenek lupa nak tanya, Adi macam mana? Dia okey saje?" soal nenek.
Fatin tersentak apabila neneknya tiba-tiba sahaja memetik nama kawan baiknya atau lebih mudah disebut sebagai childhood friend. Kenal sejak dari kecil di kampung nenek dan masing-masing melekat sampai masuk universiti yang sama.
Lama sudah Fatin tidak mendengar khabar jejaka itu sejak dia melibatkan diri dalam program pertukaran pelajar ke Korea selama tiga bulan. Bukan dia tidak mahu bertanya khabar tapi bil telefon boleh naik mendadak dan mencekik darah kalau bergayut lama-lama.
Daripada bergayut dengan mamat itu, elok lagi dia bergayut dengan nenek.
"Fatin tak tahulah, nenek. Lama dah rasanya dia tak contact dengan Fatin. Dah jumpa girlfriend Korea lah tu." balas Fatin, bergurau.
"Ish kamu ni, dia sibuklah agaknya tu. Kalau dia tak ingat nak telefon, kamu sajelah yang sukarela telefon dia. Apa salahnya telefon kawan, bertanya khabar." pesan nenek.
"Sukarela apa, tak relalah Fatin nak telefon dia. Kalau orang tak ingat kita, kita mana boleh terhegeh-hegeh. Lagipun, cara nenek cakap macam dia terus tinggal dekat sana sampai tak nak balik. Dia bukannya lama dekat sana. Tiga bulan saje pun. Nanti nenek hadaplah muka jambu dia tu puas-puas." usik Fatin, tidak sudah.
"Nenek nak telefon dia, tapi bil naik nanti." balas nenek, selamba. Sama sahaja alasannya dengan Fatin.
"Kalau macam tu, kita tunggu sampai dia balik sajelah."
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...