BELUM sampai tempoh 24 jam pun lagi, tapi satu lagi berita baru sudah menghiasi website atas talian milik syarikat-syarikat penerbitan dan sosial media. Isu yang semakin hangat seperti pisang goreng panas itu membuatkan ia tersebar dengan sangat pantas. Dimana-mana sahaja mereka dapat lihat netizen-netizen membahaskan isu yang sama.
Adik Beradik Tiri Berniat Untuk Merampas Hak Mutlak Damia Naim Sebagai Pewaris MK Construction.
Panas rasanya hati Afiqah dan Afina yang membaca isu-isu itu. Kerana isu yang sangat panas ini, Afiqah terpaksa mengambil cuti untuk menguruskan segalanya bersama Afina, Fatin dan Adi. Damia yang berada di hospital akan dijaga oleh Puan Azila.
Tan Sri Naim yang berada di syarikat pula ligat menjalan siasatan bersama pihak polis keatas semua stafnya. Seorang peguam keluarga telah diarahkan untuk menfailkan saman keatas syarikat-syarikat penerbitan yang melanggar arahannya tempoh hari.
Keadaan sangat huru-hara untuk keluarga mereka. Tiada walau satu hari pun yang digunakan untuk berehat. Mereka perlu pastikan Damia tidak tahu tentang masalah ini. Mereka tidak mahu Damia merasa tertekan.
"Cuba perhatikan tarikh pada setiap websites, blogs dan surat khabar. Kemudian, catatkan satu persatu dalam buku nota. Lepas tu, baru kita bandingkan which websites yang pertama sebarkan tentang ni." kata Afiqah.
Afina berfungsi untuk mencari satu persatu tarikh dalam semua laman web. Fatin pula berfungsi untuk mencatat segala maklumat dan Adi yang berada dalam Fakulti Komunikasi sentiasa dekat dengan syarikat penerbitan serta akhbar agar dapat memudahkan proses para pelajar jurusan itu menjalankan praktikal akan bertanggungjawab untuk menelefon semua syarikat itu.
"Itu saje yang Fina dapat." kata Afina.
Fatin sedang menyusun tarikh dan waktu website itu menyebarkan maklumat. Setiap websites sentiasa merekodkan masa terakhir mereka menghantar kolum mereka dan ini memudahkan kerja mereka berempat untuk menjejaki page mana yang pertama sebarkan.
"Dapat! Website Media Explosion yang pertama sebarkan berita tu around tengah malam." ujar Fatin.
Adi mengangguk pantas. Dia mencari nombor Haniza yang berada dalam fakulti yang sama dan didail sepantas kilat.
"Assalamualaikum, Haniza. Aku nak minta tolong boleh?" soal Adi. Mujurlah dia ingat akan jadual Haniza yang bertugas di konti penyiaran mereka pada petang itu. Jadi, mudahlah untuk dia meminta bantuan.
"Waalaikumusalam, kau nak aku tolong apa?" soal Haniza.
"Erm, aku nak minta nombor telefon syarikat Media Explosion boleh? Kita ada nombor telefon diorang kan?" soal Adi.
Haniza mendekati rak yang menyimpan fail-fail syarikat penyiaran, penerbitan dan akhbar. Dia meneliti setiap nama sebelum keluarkan fail yang dicari dari tempatnya.
"Yep, ada. Baik, nombor diorang 03 - 7777 XXXX. Dapat kan?" soal Haniza.
Adi tersenyum manis, "Dapat! Terima kasih!"
Kemudian, tibalah giliran Afiqah yang sentiasa mempunyai imej paling garang diantara mereka. Berbekalkan suara yang garau dan tegas, proses gertak, ugut dan kekerasan diserahkan sepenuhnya kepada wanita berusia 28 tahun itu. Seram juga mereka lihat gaya Afiqah yang berseluar slack hitam, kemeja kasual dan duduk terkangkang seperti lelaki.
Risau mereka pula yang kena belasah nanti. Haish, tolonglah jangan!
Setelah mendail nombor tersebut, Afiqah melekapkan telefon itu ke telinganya. Dia masukkan tangan kirinya kedalam poket dan kaki bersilang dimana kaki kiri terletak diatas peha kaki kanan. Ini bukan duduk bersilang gaya kepit, tapi terkangkang juga. Haih.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Ficción GeneralTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...