SUASANA didalam dewan kuliah begitu gamat dengan para pelajar dari fakulti bisnes, fakulti undang-undang dan pasukan bola keranjang. Semuanya hadir untuk memberikan sokongan padu kepada dua orang peserta yang berlawan dimana cuma mereka sahaja yang faham akan niat mereka pada hari itu. Pelajar yang hadir cuma muncul untuk berpihak kepada pelajar yang mereka yakini akan menang.
Modern Nation State Can Be Prosper By Applying Caliphate System
Pensyarah dari fakulti kulinari dilantik sebagai pengerusi majlis pada hari itu. Semua itu dilakukan demi untuk mengelakkan sebarang isu berat sebelah mahupun rasuah-merasuah. Sudah diyakini, Fatin mahupun Shauqi langsung tidak mengenali pensyarah tersebut.
"Selamat petang saya ucapkan kepada semua pelajar yang sudi mencemar duli dalam majlis ini. Pada hari ini, kita bakal menyaksikan sebuah pertandingan debat mini yang diadakan untuk mengasah bakat bakal ahli politik dalam diri pelajar-pelajar. Berada disebelah kanan saya adalah pihak kerajaan dimana duduknya Tengku Shauqi Tan Sri Iman dari Fakulti Bisnes. Manakala disebelah kiri saya, berdiri dengan gahnya sebagai wakil pihak pembangkang iaitu Nur Fatin Adeena dari Fakulti Undang-Undang. Berikan tepukan!"
Gamat dalam dewan kuliah dengan sorakan dari semua pelajar serta pensyarah yang ingin tahu keadaan yang berlaku. Mereka tidak dapat menghalang sebarang aktiviti sekiranya ia dibawah arahan Tan Sri Iman. Malah, ini adalah satu pertandingan ilmiah untuk menambah ilmu serta pengalaman dalam diri pelajar.
Peluang yang baik.
"Tanpa melengahkan masa, biar saya terangkan sedikit arahan dan peraturan untuk debat mini ini. Debat ini akan berlangsung selama 30 minit. Tidak begitu lama kerana kita sedang menggunakan masa rehat majoriti para pelajar dan pensyarah. Dan, tajuk telah diberikan satu hari lebih awal untuk siapkan semua lakaran idea serta jawapan yang bakal dibidas." jelas pensyarah kulinari itu lagi.
Shauqi hanya tersenyum nipis apabila semuanya berpihak pada dirinya. Bukan sahaja dia berada dipihak kerajaan, malah tajuk juga seakan-akan memberi kemenangan kepada Shauqi. Begitu yakin sekali dia berkata dengan dirinya sendiri.
Adi menggigit kukunya apabila mendengar kata-kata juri itu. Dia cukup risau akan keadaan Fatin walaupun dia tahu Fatin sangat bijak orangnya.
"Janganlah gigit kuku!" marah Damia dan menepuk tangan Adi menggunakan bekas pensilnya.
"Aku takutlah." Adi membalas.
"Kita kan kawan baik Fatin. Kita tahu dia lebih dari orang lain." balas Damia.
"Tapi, points dan kedudukan dia langsung tak menyebelahi dia. Kau tak rasa ke dia akan kalah? Aku syak si Shauqi ni main orang dalam ni. Sebab tu dia nampak happy saje. Jom report-lah, Damia." menggelabah Adi dibuatnya.
"Kau nak menggelabah sangat ni apahal? Fatin sentiasa dapat gelaran pedebat terbaik, kau tahu tu. Aku yakin dia boleh fikir dengan waras. Dia takkan campur adukkan dendam, cinta dan maruah dalam masa yang sama. Lagipun, dia bagus. Bagus lagi dari aku." puji Damia, bangga.
Adi mengganguk perlahan. Betul cakap Damia. Fatin bijak. Dia mungkin tidak mampu untuk melawan Shauqi menggunakan kuasa. Tetapi, dia mampu counter Shauqi menggunakan kelebihannya dalam berdebat. Dia bijak. Gunakan kelemahan Shauqi untuk kalahkan jejaka itu.
Bijak.
"5 minit awal akan diberikan kepada kedua-dua pihak untuk menyatakan idea masing-masing. 15 minit yang seterusnya akan diberikan untuk kedua-dua belah pihak membidas points masing-masing. Akhir sekali, 5 minit terakhir akan diberikan secara percuma untuk pihak pembangkang dan kerajaan merebut bagi merumuskan points mereka. Dan, kedua-dua belah pihak perlu menjawab soalan dan tak boleh biarkan soalan tergantung. Jika itu berlaku, maka automatik... debat mini ini akan dihentikan dan points dari mana-mana pihak akan dipindahkan ke points pihak lawan. Take note and goodluck." pensyarah tersebut memberi kata akhir sebeum berundur diri untuk memberi ruang kepada Fatin dan Shauqi memulakan sidang mereka.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...