PAPAN tanda yang jelas menunjukkan Unit Rawatan Rapi (ICU) menyapa pandangan Zahran. Selepas disoal-siasat, dia bertekad untuk menziarahi Nadhirah yang sudah tentulah ditempatkan di hospital berdekatan situ. Kawasan persekitarannya begitu tegang dan menakutkan dengan keadaan semua pesakit yang berselirat dengan wayar, tiub, mesin ventilator, defibrilator serta tiub intubasi pada pesakit.
Setelah mendapatkan ruangan yang menempatkan Nadhirah dari jururawat bertugas, Zahran ke arah ruangan yang ditetapkan dengan perasaan berdebar-debar.
Risau juga kalau Tan Sri Hasif dan Puan Sri Nabihah ada disitu, mahu di-pelangkungnya Zahran disitu juga sebab tidak menjaga anak perempuan mereka dengan baik.
Zahran tiba di sebuah ruangan persendirian setelah sibuk bermonolog dalam hati. Dia memegang pintu kaca itu untuk memerhatikan Nadhirah dengan lebih dekat.
Nadhirah dihadapannya sangat berbeza dengan Nadhirah yang sering gembira ketika bertemu dengannya. Dia amati gadis yang terbaring itu dengan penuh fokus.
Mata Nadhirah terpejam rapat. Mulutnya dimasukkan tiub intubasi. Hidung berselirat dengan tiub untuk membantunya bernafas. Mesin hayat disisi menunjukkan pergerakan jantung Nadhirah setiap minit dan saat.
"Diorang buat awak sampai macam ni sekali ke, Nad? Kenapa diorang usik awak yang tak ada kaitan dengan diorang? Sebab saya ke awak ada dekat situ?"
"Luka tu, luka kena bantai. Awak kena pukul teruk-teruk ni sebab saya ke? Kenapa diorang buat awak macam ni, Nad?"
Zahran menyoal berkali-kali. Melihatkan Nadhirah terbaring begitu membuatkan hatinya retak seribu. Selama ini dia tidak tahu akan keadaan sebenar Nadhirah. Dia tidak melihat Nadhirah depan mata.
Bila melihat sendiri, habis sakit hatinya. Hancur rasanya hati melihat gadis polos yang baik begitu dipukul sampai koma. Dia tahu angkara siapa. Dia tahu mesej itu dari siapa. Dia tahu semuanya, tapi dia terlalu takut untuk mengadu pada polis. Dia terlalu takut untuk libatkan polis. Dia takut Loy dan ahli kumpulannya akan pukul keluarganya dengan teruk seperti apa yang pernah terjadi pada adiknya.
Kerana ego, Nadhirah menjadi galang gantinya.
Lama Zahran berdiri dihadapan wad Nadhirah dan tidak lepas memerhatikan keadaan gadis itu. Kepalanya turut sama tidak berhenti dari memikirkan rancangan seterusnya.
"Kamu ni keluarga pesakit ke?" soal satu suara dari belakang Zahran.
Zahran melihat ada seorang doktor lelaki yang memakai tanda nama, Dr. Helmi. Zahran menebak dalam hati, mungkin doktor ini yang ditugaskan untuk merawat Nadhirah selama dia berada disini.
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
Dr. Helmi membentangkan kertas-kertas x-ray yang memaparkan keadaan kepala dan kecederaan yang dialami oleh Nadhirah. Mata Zahran begitu fokus membaca dan cuba untuk memahami meskipun dia gagal juga untuk faham segala bentuk gambar-gambar medikal itu.
"Boleh saya tahu kecederaan yang Nadhirah alami dan boleh doktor terangkan pasal gambar-gambar ni?" pinta Zahran. Jarinya tunjuk kearah gambar-gambar yang terbentang pada papan putih itu. Lampu yang terbuka menampakkan lagi bentuk-bentuk kepala itu.
"Apa yang saya boleh cakap, nasib baiklah pengawal peribadi pesakit berjaya bawa dia ke hospital dengan cepat. Tulang rusuknya mengalami keretakan dan sekiranya patah, ia dah menjadi masalah lagi pada paru-paru sebab takut mangsa tak boleh nak bernafas dengan baik. Patah saje tulang rusuk, ia berpotensi tinggi untuk menghimpit paru-paru. Ini akan menyebabkan keradangan pada organ tu." jelas Dr. Helmi panjang lebar.
Zahran mengamati gambar-gambar itu dengan fokus, "Boleh jadi, tulang retak ni sebab ditendang beramai-ramai ke?" dia tahu soalannya ini terlalu direct. Tapi, dia tidak tahu cara untuk bertanyakan melalui sudut medikal yang lebih saintifik.
Dr. Helmi membetulkan kacamatanya yang hampir melorot sampai ke hidung sebelum menyusun kata, "Sejujurnya, saya tak boleh nak kata apa sebab saya belum dapat lagi hasil siasatan polis tentang tu. Tapi, kebiasaannya kes tulang rusuk boleh retak ni ada kaitan dengan masalah lebih serius seperti kemalangan kereta, jatuh motor, kekerasan dan olahraga."
"Semua tu datang dari tekanan yang kuat, kan?"
"Betul." Dr. Helmi mengangguk mengiyakan.
"Ada kemungkinan yang pesakit bukan saje dipukul beramai-ramai. Boleh jadi juga... pesakit dipukul dengan objek keras atau dipijak menggunakan tenaga lelaki pada tekanan yang sangat kuat. Secara logiknya, kaki lelaki mampu memuatkan keretakan yang ada."
'Tenaga lelaki...?' bisik hati Zahran.
Setahun yang lalu, ketika adiknya menjadi mangsa pada kumpulan The Nameless. Adiknya turut menerima keretakan yang sama. Polis juga mengesahkan saiz retak itu memang sebesar kaki lelaki.
Ianya tidak lain dan tidak bukan...
Tok! Tok!
"Ya, masuk." arah Dr. Helmi.
Seorang jururawat masuk kedalam bilik Dr. Helmi bersama fail besar saiz A3. "Doktor, ini hasil x-ray untuk pesakit nama Nadhirah."
"Terima kasih." ucap Dr. Helmi dan jururawat tadi pergi meninggalkan mereka berdua didalam bilik itu sekali lagi. Suasana hening kerana Zahran berdebar-debar untuk menerima rumusan penuh tentang kecederaan yang ada pada Nadhirah. Jika benar keretakan yang ada pada Nadhirah itu sama seperti retak adiknya.
Dr. Helmi amati gambar itu dan dia bersedia untuk menerangkan pada Zahran, "Berdasarkan dari keputusan x-ray ni, retak yang ada pada tulang pesakit memang besar. Sebesar tapak kaki seseorang. Jadi, yakin untuk saya katakan... memang retak tu berpunca dari tekanan kaki manusia."
...memang benar Loy adalah puncanya!
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Fiction généraleTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...