SEMUA mata terpaku pada jejaka yang sedang berjalan perlahan kedalam pusat latihan untuk para atlet taekwondo. Jejaka itu sangat tinggi dan kurus sahaja orangnya. Semua kenal dengan lelaki itu, dia adalah antara lelaki kacak yang diminati gadis-gadis di kampus ini. Ketinggiannya yang tidak kurang seperti seorang model, sememangnya menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihat.
"Wah, tu bukan Airil ke? Senior Sains Sukan?" soal satu suara.
"Iyalah, apa dia buat dekat sini?"
"Dia datang nak sukarela masuk jadi ahli taekwondo ke? Tapi, macam dah terlewat sangat saje. Sebab dia dah nak habis belajar kan? Mana ada senior yang tiba-tiba join pasukan kita masa dah nak habis belajar ni?"
"Kalau dia masuk sini, makin rajinlah aku datang berlatih!"
"Wah, semoga aku jadi mentor dia nanti. Mana tahu cinta berputik!"
Begitu gamat sekali seluruh pusat latihan itu dengan suara-suara atlet lelaki dan perempuan yang masih belum boleh bertenang setelah melihat kedatangan Airil ke dalam pusat latihan itu. Ada juga atlet perempuan yang sudah berangai-angan sampai ke bintang tentang kisah cinta Airil dan mereka yang entah nyata ataupun tidak.
Namun, di satu sudut yang lain, tiga orang manusia masih belum berpuas hati apabila senior seorang itu munculkan diri secara tiba-tiba. Selama ini, penglibatan Airil sekadar menjadi fasilitator untuk acara sukan di kampus sahaja. Bukan sebagai atlet yang perlu turun dan naik dari pejabat Coach Zaim.
"Tu bukan mamat yang serang aku haritu ke? Aku masih ingat rambut dan mata sinis dia tu." ujar Mimi. Dia berpeluk tubuh sambil mata tajam mencerlung Airil yang sudah lama masuk kedalam lif. Hatinya panas membara apabila teringat akan serangan secara tiba-tiba yang terjadi pada dia.
"Ya, hoodie tu adalah hoodie yang sama dengan lelaki yang serang kau tu." sahut Aiza.
"Dia datang sini nak mengadu pasal kau ke?" soal Azrul.
"Apesal nak mengadu pasal aku pula? Aku bukan buat hal dengan dia tau. Dia yang buat hal dengan aku. Sepatutnya aku yang mengadu dekat Unit Hal Ehwal Pelajar, biar dia kena kesalahan tatasusila. Suka hati saje nak sentuh anak dara orang." Mimi mendengus kasar.
"Yalah kan, kalau dia nak buat macam tu... aku rasa dah lama dah dia buat." Azrul mengangguk bersetuju dengan kata-kata Mimi.
Aiza membuat muka terkejut seolah-olah dia teringat akan sesuatu dan tangannya laju sahaja hinggap pada bahu Mimi dan Azrul serentak, "Oh! Korang ingat tak apa yang dia cakap masa dia serang Mimi tu?"
"Aku datang tak buat dengan kasar dengan korang. Aku malas nak bergaduh dekat sini sebab aku tak nak cemarkan diri aku dengan korang bertiga. Kalau korang nak tengok reputasi korang rosak sebagai atlet taekwondo yang bersikap seperti pelajar juvana. Silakan buat kecoh, kita tengok korang layak tak untuk ada dalam senarai atlet kebangsaan."
"Dan kau perempuan, jangan cuba-cuba nak kacau line aku atau kau akan terima padahnya."
"Haish! Dia nak caras aku dari pasukan kebangsaan tu!" Mimi sudah mula mendapat apa yang cuba Aiza sampaikan.
Azrul menganggukan kepala. Fikirannya turut melayang memikirkan siapa jejaka misteri yang dikenali sebagai Airil, senior mereka itu. Dia yakin, selain dari serangan di dewan tempoh hari, dia pasti pernah melihat wajah itu di tempat lain.
"Aku rasa, sebelum ni pun aku pernah nampak dia." kata Azrul.
"Maksud kau?" soal Aiza, ingin tahu.
Jejaka itu juga sering terlihat bersama Damia untuk beberapa minggu ini.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Ficción GeneralTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...