"AH, sakitlah!" getus Zahran sambil tangannya cuba sedaya-upaya untuk melindungi bibirnya yang pedih setelah dituang iodin.
"Kau pergi mana sampai bengkak-bengkak bibir ni? Setahu aku, kau pergi dating semalam dengan buah hati kesayangan kau tu. Tapi, balik dah macam baru lepas kena belasah samseng ni kenapa?" soal Zaim. Dia menekap iodin pada hujung bibir Zahran dengan lembut.
"Iyalah. Orang pergi dating, kalau balik saje mesti muka angau. Kau punya style pergi dating pula macam mana? Balik dengan muka lebam. Pergi dating ke wrestling?" seloroh Iman. Dia tidak jadi menatap skrin komputer dan mata pula fokus memerhatikan Zahran.
"Bisinglah korang ni. Kalau tak nak tolong letakkan ubat ni, cakap sajelah." ujar Zahran. Dia dah panas punggung sebab asyik diusik. Mahu sahaja dia berangkat keluar dari bilik. Tapi, kaki pula buat hal.
"Janganlah marah, aku tanya saje sebab aku risau." kata Zaim. Dia masukkan kapas yang kotor dengan cecair iodin warna kuning keemasan itu kedalam tong sampah.
Zahran tidak membalas dan perlahan-lahan dia mengangkat kakinya keatas katil. Tubuh direbahkan dan mata dipejam untuk merasa tenang buat seketika.
"Memang patut pun kita risau, Im. Balik-balik dah tersadai depan pintu bilik kita dengan muka calar-balar macam ni, memang cuaklah aku semalam. Ini pun aku tak tahulah macam mana dia boleh lepas dari pengawal asrama kita ni." sampuk Iman.
"Aku kan pakai hoodie. Pandailah aku nak sorok muka aku." kata Zahran.
"Persoalan yang satu dah berjawab. Persoalan kedua adalah, kenapa muka kau lebam-lebam macam ni? Siapa buat weh?" soal Zaim. Iman yang berada disisi turut sama menganggukan kepalanya.
"Aku jatuh longkang." balas Zahran, selamba.
Iman mencebik usai mendengar alasan yang mudah ditebak dari Zahran itu, "Jatuh longkang abah engkau. Orang kalau jatuh longkang, paling teruk pun muka dia calar sikit saje tau sebab terkena dekat batu. Kalau teruk pun, koyak sikit. Tapi koyak yang memang berpunca dari jatuhlah. Kau punya kes ini, bukan jatuh. Ini macam kena belasah tau."
Zaim mengangguk setuju, "Ha'ah, aku setuju. Mata kau bengkak sampai biru-biru. Baik kau jujur dengan kitorang. Kau bergaduh kan? Kalini dengan siapa pula?"
"Aku tak tau pula budak lelaki pun ada yang kaki membawang macam korang berdua ni. Dahlah, semak kepala aku dengar." balas Zahran. Dia sudah berura-ura ingin keluar dari bilik sehinggalah matanya laju sahaja menangkap kelibat Nadhirah yang sedang berdiri dihadapan bangunan asrama lelaki.
'Aduh, dia dekat bawah pula. Ni kalau aku turun, mahu dia soal aku macam polis pencen. Ish!' getus Zahran.
Zaim dan Iman yang perasan Zahran ingin berlalu keluar dari bilik bertukar aneh apabila kawan mereka itu tiba-tiba bertukar angin untuk kembali baring semula. Laju sahaja Iman meninjau ke luar tingkap dan tepat seperti yang dia jangka, Nadhirah adalah punca mengapa Zahran tak jadi turun.
"Erm... aku nak tidur. Kau pergilah lepak mana-mana. Duduk sini nanti sibuk menyibuk hal aku." ujar Zahran.
"Nad kat bawahlah. Kau tak nak jumpa dia? Aku rasa dia datang sebab nak jumpa kau." kata Iman.
Zahran mengeluh seraya membalas, "Kau turun. Kau cakap dekat dia, aku tak balik asrama. Pastu, pandai-pandailah kau reka ayat nak sorok aku. Jangan kau pandai-pandai bagitahu pasal keadaan aku."
Zaim dan Iman saling memandang wajah satu sama lain. Mata dikecilkan sebelum bersetuju untuk mewakilkan Zahran bertemu Nadhirah.
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...