DAMIA berguling-guling atas katil dengan perasaan yang penuh kebosanan. Sudah beberapa hari dia mencari telefonnya namun tetap tidak ditemui dimana-mana. Dia malas nak bertanya pada sesiapa sebab hal kecil sahaja. Buat apa nak mengadu lebih-lebih.
Jangankan telefon, TV dia pun tiba-tiba dibuka oleh pihak hospital. Alasan mereka adalah untuk memberikan Damia ketenangan dalam proses baik pulih. Apa punya alasan tu?
Dia bukan malas nak keluar dari bilik tapi dalam keadaannya yang separuh kronik itu, kadang-kadang kakinya agak lemah untuk berjalan. Kebas pula tidak perlu dibincang, memang sakit yang amat. Nak pergi tandas pun perlu minta bantuan mamanya.
Damia cuba berdiri untuk membiasakan dirinya kemudian dia memegang kepala katil agar tidak terjatuh. Bibir mengukir senyuman apabila dia boleh bangun tanpa rasa sakit.
Mujurlah kakinya yang sakit itu akan muncul sekali-sekala sahaja. Tidaklah susah untuk berjalan dengan normal.
Lalu, Damia berjalan perlahan-lahan keluar dari wad tersebut. Dia hairan juga melihat pelawat dan pesakit yang berada disitu kerap memandangnya. Ada yang berbisik-bisik, ada juga yang bertindak tersenyum sambil membuat muka kekok.
"Apahal pandang-pandang ni? Tak pernah tengok orang berjalan ke?" getus Damia. Dia rasa sangat aneh apabila semua memandang dia seperti melihat hantu. Dia pula yang rasa takut dengan diri sendiri.
Kemudian, datang seorang wanita yang berada dalam likungan 50-an mendekati Damia. Dia memegang tangan Damia sambil berkata, "So, you are the daughter of MK Construction's CEO. How pretty you are."
"Saya bukan-" belum sempat Damia hendak berkata sesuatu, tubuhnya ditarik kedalam pelukan.
"I'm adore you so much as an athlete. Don't worry, everything will be okay. It's okay if you've been replaced by someone else. The sun always rise after rain." wanita tua itu masih memberi kata-kata semangat. Dia menepuk lengan Damia lembut sebelum meminta izin untuk pergi.
Damia masa terpinga-pinga. Dengan pantas, dia berjalan kearah ruang lobi utama yang menempatkan TV besar untuk para pesakit menonton berita atau rancangan disana. Berita penting dan baru sentiasa disiarkan pada waktu pagi. Memang tepat masanya untuk Damia menyiasat perkara yang terjadi.
Sampai sahaja dikawasan lobi, matanya fokus memandang skrin TV itu.
"Menurut Menteri Sukan, pasukan taekwondo kebangsaan telah disahkan lengkap dan akan bertanding pada XXX di peringkat acara kebangsaan. Sebelum beralih arah pada senarai bertanding ke peringkat antarabangsa." jelas pembaca berita itu.
Damia memegang dadanya. Dia terlampau terkejut sehingga tidak tertanggung rasa sakit itu. Ini bukan sakit dada yang kronik. Tapi, ini sakit dada berpunca dari sakit hati! Mengapa jurulatih-jurulatihnya membuat keputusan tanpa bertanya dengannya terlebih dahulu? Mengapa?!
Ketika Damia ingin kembali ke wadnya, dia nampak kelibat Fatin sedang berdiri statik bersama Adi. Mereka terkelu lidah apabila melihat wajah Damia yang semakin merah. Dadanya berombak menahan marah.
"Damia." panggil Fatin.
"Asal kau diam? Kau tau kan pasal benda ni?" marah Damia. Suaranya begitu kuat sehingga menarik perhatian orang sekeliling untuk menonton drama murahan mereka.
"Damia, jangan jerit-jerit dekat sini. Nanti orang tengok." ujar Adi.
"Kau diamlah! Kau pun sama saje!" marah Damia.
"Damia, aku nak cerita dengan kau tapi aku perlukan masa yang sesuai." kata Fatin. Dia hampir menangis apabila Damia memarahinya. Mereka tidak pernah bergaduh. Damia tidak pernah tinggi suara pada dia. Bila perkara terjadi seperti ini, ia sedikit sebanyak mengguris hatinya.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...