PINTU kereta Volkswagen ditutup dengan penuh berhati-hati. Dengan penuh rawaknya, Alya berjalan menuju kearah pintu rumah tersebut. Dia membetul-betulkan rambutnya yang ditatarias khas semata-mata kerana perjumpaan khas diadakannya sendiri itu. Tidak berhenti tangannya membetulkan baju agar tidak berkedut dan nampak kemas sahaja pada mata keluarga Zahran nanti. Ya, keluarga Zahran. Alya ke rumah Zahran tanpa memberitahu lelaki itu sebab dia tahu mesti Zahran tidak akan membenarkan dia untuk datang. Dia yakin.
Tok! Tok! Tok!
Pintu diketuk dan dirinya bersedia untuk diterima oleh keluarga Zahran sebagai tetamu.
Tidak sampai beberapa saat, pintu kayu itu terbuka dan terpacullah wajah Zahirah dibalik daun pintu. Terpinga-pinga gadis itu dibuatnya apabila ada seorang gadis begitu bergaya pemakaiannya tiba-tiba sahaja terpacak dihadapan rumah. Dia ada buat permohonan untuk masuk ke rancangan Dewi Remaja, kah?
"Hurm, cik salah rumah ya?" itu soalan pertama yang diajukan oleh Zahirah kepada Alya.
Pantas sahaja Alya menggeleng kepala laju, "Tak, tak. Saya kawan Zahran. Saje datang nak melawat keluarga abang senior."
Daripada keliru, kini Zahirah bertukar aneh pula. Berkerut-kerut terus dahinya apabila mendengar gadis muda dihadapannya kini membahasakan abangnya sebagai abang senior. Heh, zaman bila ini? Bila pulalah Zahran ada adik perempuan lagi seorang? Tidak tahu pula dia yang Zahran dah letih nak melayan Zahirah.
"Erm, masuklah." Zahirah menjemput dengan perasaan yang separuh malu dan separuh ragu-ragu. Malu kerana dirumah ini tiada Puan Fatimah mahupun Zahran, jadi tiada sesiapa yang boleh melayan tetamu kehormat ini. Ragu-ragu kerana risau ini adalah satu rompakan. Cis, kuat overthinking. Inilah jadinya.
Alya tersenyum manis dan laju sahaja kakinya menanggalkan kasut tumit tinggi itu lalu membuntuti langkah Zahirah membawanya masuk kedalam rumah kecil itu.
Zahirah tersipu-sipu malu hendak mempersilakan Alya untuk duduk. Maklumlah, rumah pun satu tingkat sahaja. Kecil pula. Melihatkan dari jenis kereta yang dipakai Alya, memang dia yakin Alya bukanlah orang biasa-biasa. Silap hari bulan, saiz rumah mereka ini bersamaan dengan saiz tandas rumah Alya. Fuh!
Zahirah membawa Alya menuju ke kawasan ruang tamu yang mempunyai set sofa kayu, bersama meja kopi yang sudah lusuh. Televisyen pun sangat kecil dan model lama. Mereka tiada Astro mahupun Unifi ataupun WIFI. Cuma berpandukan antena TV sahaja. Kalau hujan, memang menangislah kena betulkan banyak kali. Mahu tercabut ketiak membetulkan antena hampir satu jam lamanya.
"Maaflah. Rumah kami tak mewah sangat. Cukuplah nak duduk lima orang." seloroh Zahirah.
Alya tersenyum, "Tak apa! Saya okey saje! Tak ada masalah pun!"
Zahirah mengangguk, "Duduklah dulu. Saya pergi siapkan air sekejap."
"Tak payahlah susah-susah. Saje datang melawat." Alya berkata. Serba salah pula bila melihat Zahirah bergegas lari kearah dapur yang tidak jauh sangat dari ruang tamu. Ini kalau nak minta ambilkan makanan masa tonton TV pun lagi syok!
"Alahai, tak ada apa sangat pun. Setakat biskut-biskut dan air teh tak ada rasa bolehlah. Saya tak adalah pandai masak sangat." Zahirah membalas.
Alya mengangguk tanda faham. Dia pun bukannya bagus sangat, semua pembantu rumah yang buat. Kira baguslah Zahirah rajin layan tetamu perangai macam dia ni, ha. Beradab sungguh, pandai Puan Fatimah mendidik anak perempuannya.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Fiksi UmumTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...