"CIK okey?" Asyraf menegur anak kepada majikannya itu. Nadhirah kelihatan begitu senyap. Dia tidak bercakap malah matanya fokus pada skrin telefon yang tiada apa notification pun masuk. Entah apalah yang dia tunggu. Asyraf pun bingung sendiri.
"Saya okey. Kalau awak nak balik dulu, pergilah. Nanti Puan Sri dan Tan Sri tak ada kenderaan pula nak balik rumah." Nadhirah cuba untuk menghalau pengawal peribadi itu pergi. Dia tidak mahu Asyraf nampak kelibat dia dan Zahran disitu.
Ini bukan kisah Romeo dan Juliet dimana cinta mereka terhalang ya. Puan Sri Nabihah dan Tan Sri Hasif tahu akan kewujudan Zahran. Mereka cukup tahu akan hubungan dia dan Zahran. Cuma, Nadhirah segan kalau Asyraf memerhatikan gelagat mereka.
"Tan Sri dan Puan Sri dah telefon Encik Zamri untuk ambil mereka disana. Mereka sendiri yang tugaskan saya untuk duduk disini. Teman cik keluar." balas Asyraf.
Nadhirah menganggukan kepalanya perlahan menandakan yang dia memahami akan kata-kata Asyraf.
"Nanti boyfriend saya datang, awak duduk sajelah dalam kereta. Saya ada benda nak cakap dengan dia. Saya segan nak bercakap depan awak sebab itu hal privasi saya." arah Nadhirah.
Asyraf mengangguk. Dia faham dan hormat akan permintaan gadis itu. "Kalau macam tu, saya akan tunggu sampai boyfriend cik tiba. Barulah saya masuk dalam kereta."
Nadhirah mengangguk. Dalam masa yang sama, Zahran hadir seperti yang dijanjikan walaupum lewat 30 minit. Tak apalah, janji dia sudi nak tunjuk muka disini. Daripada tak datang langsung, nanti Nadhirah yang makan hati.
"Erm, saya pergi dulu cik. Kalau ada apa-apa masalah, cik terus panggil saya." ujarnya.
Nadhirah tidak membalas dan tangannya bergerak-gerak menghalau Asyraf.
"Awak! Kenapa tunggu dekat taman ni?" soal Zahran. Dia memerhatikan sekelilingnya. Ish, apa kelas ajak date dekat sini? Apa dia ingat ini drama Korea ke? Haish, nama anak Tan Sri tapi macam sengkek sangat sahaja gayanya.
Nadhirah bangkit daripada bangku untuk menyapa Zahran.
"Awak kan suka tempat tersorok, jadi saya datang sini."
"Iyalah, memanglah saya suruh awak duduk tempat tersorok tapi bukanlah dekat tempat macam ni. Awak dan saya pun sama-sama pakai baju cantik, patutnya pergilah restoran mana-mana yang 5 bintang. Barulah kena dengan baju kita berdua." tanpa malu, Zahran menyatakan idea yang dirasakan bernas sangat itu.
"Sorry, nanti saya tempah date kita dekat tempat yang cantik eh? Saya tak sempat nak buat apa-apa sebab saya nak jumpa awak dengan cepat." balas Nadhirah. Entah kenapa dia yang harus berkata maaf sedangkan, itu bukan salah dia. Kenapa mulutnya begitu berat untuk pertahankan diri?
Adakah kerana kau tak nak hilang dia, Nad? desis hati kecil Nadhirah.
Zahran memandang kearah kereta Nadhirah yang berada dihujung taman. Kemudian, dia membetulkan kacamatanya seraya berkata...
"Ah, dia ikut awak lagi ke, sayang? What a stalker."
"Dia bukan stalker-lah. Dia cuma pengawal peribadi keluarga saya. Dia ikut sebab mama dan papa saya yang bagi arahan."
"Tsk, lain kali awak janganlah bawa dia. Saya sebagai kekasih awak ni rasa cemburu tau."
Nadhirah tersenyum nipis dan kepalanya mengangguk perlahan.
"Cut the crap, ada apa awak nak jumpa saya? Ada hal penting ke? Saya rasa saya tak minta duit lagi kut? Ke awak dah nak minta saya bayar semula?" soal Zahran bertubi-tubi.
"Bukan sebab tu. Ini sebab lain." pantas Nadhirah memotong.
"Oh, sebab apa?"
Nadhirah mengeluarkan telefonnya dan membuka aplikasi Instagram untuk mencari gambar yang ditemuinya tadi. Setelah jumpa, dia menghalakan gambar itu pada Zahran.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...