ASYRAF tidak berhenti merenung wajah selamba Nadhirah yang sedang ralit merenung kawasan kedai makan tempat Puan Fatimah bekerja. Matanya fokus memandang sambil jari-jemarinya bergerak seperti sedang mengira-ngira sesuatu. Kemudian, bibirnya bergerak juga seperti sedang mencatatkan sesuatu dalam kotak memorinya. Gigih jugalah Asyraf hendak melayan kerenah Nadhirah yang asyik menghendap keluarga Zahran.
Boleh dikatakan yang Nadhirah tidak pernah lupa untuk mengambil tahu tentang kehidupan Zahran yang terkini. Bukan sahaja keluarga Zahran menjadi intipannya, malah Zahran turut sama menjadi mangsa. Sekarang, mereka berdua sudah tahu dimana tempat Zahran bekerja sambilan.
"Fokus betul Cik Muda tengok keluarga Zahran?" usik Asyraf. Fokus betul dia melihat wajah Nadhirah yang berubah-rubah mengikut apa yang sedang dia fikirkan. Sudah tentulah Asyraf tidak dapat meneka apa yang sedang difikirkan oleh Cik Mudanya. Begitu berahsia, hanya dia sahaja yang tahu. Nadhirah berada dalam dunianya sendiri.
"Saya tengah tengok biasanya adik-adik Zahran pergi sekolah pukul berapa? Dan, biasanya Puan Fatimah datang bekerja pun pukul berapa?" Nadhirah menyoal bertubi-tubi. Matanya ralit memerhatikan Puan Fatimah yang sedang menyusun kuih-muih dalam bekas lutsinar yang bersaiz sederhana.
Asyraf menganggukan kepalanya, "Oh, sebab tu ke Cik Muda boleh terpacak dekat depan rumah Zahran seawal jam 5 pagi dan kemudian ekori Puan Fatimah dari rumah sampailah kedai makan ni? Sekarang ni, kita pun dah tahu adik-adik Zahran pergi sekolah tepat jam 6:30 pagi untuk kejar waktu bas awam yang lalu dikawasan sekolah mereka. Kita juga dah nampak Zahran keluar menghantar adik-adiknya sebelum dia sendiri pun ke tempat kerja." Asyraf memberikan ulasan ringkas tentang kegiatan mereka berdua selama beberapa hari ini.
Nadhirah tergamam apabila mendengar ulasan ringkas dari mulut pengawal peribadinya. "Saya fokus sampai macam tu sekali ke?"
Asyraf menjungkitkan bahunya, "Bolehlah."
Nadhirah mengeluh berat. Dia bersandar pada kerusi seraya memegang kepalanya yang berbalut tudung bawal berwarna hitam. Sungguh ringkas penampilannya demi mengelakkan dari menarik perhatian orang awam yang lalu-lalang. Begitu juga dengan keluarga Zahran.
"Kalau saya ni lelaki, orang mesti akan cop saya gila talak. Mana ada orang yang dah putus tapi masih terkejar-kejar bekas teman lelakinya? Saya rasa macam saya seorang saje yang buat perangai gila macam ni." dengus Nadhirah. Dia memejamkan matanya erat dengan Asyraf yang hanya mampu tersenyum nipis mendengar rungutan Nadhirah itu.
Asyraf terus sahaja bertanyakan soalan berkaitan Zahran memandangkan dia masih ingat yang Nadhirah pernah berjumpa Puan Fatimah dan berbincang sesuatu. Ketika itu, gelagat mereka tidak ubah seperti FBI. Mana tidaknya, Asyraf berubah gaya dari memakai sut tuksedo kepada seorang lelaki berbaju tshirt kosong dan seluar trek sukan seolah-olah baru sahaja selesai dari bersukan walaupun tidak keluar peluh. Nadhirah perlu berkelakuan seperti seorang perempuan tua yang bekerja di kafe universiti Zahran.
"Cik Muda pernah jumpa Puan Fatimah sebelum ni kan? Cik Muda tanya apa saje?" soal Asyraf.
Nadhirah berkerut kening. Cuba untuk mengingati intipati perbualan mereka.
"Saya? Erm, saya makcik kantin dekat kafe kampus anak puan. Saya selalu jumpa dengan Zahran dan tak sangka pula boleh jumpa mak dia dekat kedai ni." tipu Nadhirah.
"Oh, tinggal sini ke?" soal Puan Fatimah.
Nadhirah mengangguk laju, "Kira dekat jugalah rumah kami berdua."
Nadhirah merasakan perbualan mereka agak pelik. Iyalah, dia memperkenalkan dirinya kepada Puan Fatimah sebagai makcik kantin Zahran. Tapi, datang berjumpa macam sudah bersedia nak berkenalan dengan ahli keluarga Zahran. Entah apalah yang Puan Fatimah fikirkan apabila melihat seorang wanita yang memakai baju ringkas sepertinya bertanyakan tentang anaknya. Kalau dia lelaki, mungkin dia boleh dicop sebagai pedofilia. Seram.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Genel KurguTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...