ASYRAF berhenti agak jauh dari kawasan rumah keluarga Zahran. Nadhirah yang berada didalam kereta hanya termenung memerhatikan keadaan keluarga Zahran yang boleh dikatakan agak daif. Rumah teres satu tingkat yang agak lusuh dengan cat yang comot. Begitu banyak barang tidak berguna berhampiran perkarangan rumah mereka.
Untuk seketika, dia teringat akan perbualan antara dia dan kawan-kawan Zahran yang sempat menemuinya semalam.
"Atas urusan apa lagi korang nak jumpa saya ni? Saya dengan kawan baik korang tu dah tak ada apa-apa dah." dengus Nadhirah. Dia berjalan laju keluar dari bangunan fakulti dan menuju kearah kafe untuk membeli makanan tengahari.
"Kami tahu, Nad. Kami faham yang awak takkan boleh nak maafkan Zahran atas apa yang dia dah buat. Tapi, kami betul-betul merayu pada awak untuk gugurkan saman dan tuduhan keatas Zahran tu. Kami rasa bersalah sangat sebab bagi jawapan jujur pada soal-siasat tu sebenarnya. Tapi, nak buat macam mana kalau itu apa yang kami saksikan sepanjang kami dengan dia." ujar Zaim.
Iman mengangguk laju, "Dalam hal ni, awak sorang saje yang boleh tolong dia. Before this pun, memang kami ada minta dia minta maaf dengan awak tapi dia tak nak sebab dia ego. Kami tahu dia ego. Tapi, kami berdua kasihankan keluarga dia. Dia ada ramai adik-beradik, mak dia ibu tunggal. Zahran adalah tulang belakang keluarga tu. Tolonglah bebaskan dia, Nad."
"Atas alasan apa saya nak kena bebaskan dia? Dia ada banyak sangat tuduhan. Terpalit dengan dadah, gangsterism, ugutan dan penipuan. Banyak sangat benda dia buat sampai saya tak tahu cara nak tolong dia." kata Nadhirah.
Zaim dan Iman terkejut mendengar tuduhan Nadhirah itu, "Nad, walaupun Zahran tu dah buat jahat pada awak tapi janganlah sampai tuduh dia ambil dadah pula. Dia takkan sampai tahap itulah! Kami kenal dia. Seteruk mana pun hidup dia, dia takkan libatkan diri dia dengan benda teruk macam tu. Ini fitnah namanya."
Iman mengangguk mendengar kata-kata Zahran. Asalnya nak minta tolong tapi difitnah pula. Tak jadi terus nak minta tolong, "Terima kasih sajelah, Nad. Benci betul awak dengan Zahran. Awak kena ingat sikit, bila awak anxiety, depression dan alami mental disorders... Zahran yang ada selalu dengan awak."
Nadhirah terkesima mendengar kata-kata Iman itu. Ya, Zahran sering berada disisinya ketika dia alami anxiety kerana kesunyian yang melampau. Tegarkah dia untuk membiarkan jejaka itu terperangkap dalam penjara tanpa sebarang bantuan? Jika benar dia benci, itu bukanlah kerana dia benar-benar benci. Tapi, lebih kepada terkilan.
"Sorry sebab terlanjur cakap tapi saya tengah marah." ucap Nadhirah.
"Tak apa, saya faham." ucap Zaim.
"Awak sudi tak nak tolong Zahran?" soal Iman.
"Apa alamat rumah keluarga dia?" itu yang paling penting. Kerana sepanjang dia bercinta dengan Zahran, tidak pernah walau sekalipun Zahran menceritakan tentang kisah hidupnya atau keluarganya. Semuanya adalah privasi dan rahsia.
"Cik Nadhirah nak keluar ke? Pergi jumpa dengan mak Zahran?" soal Asyraf. Lama dia perhatikan Nadhirah yang masih tercegat disitu tanpa sebarang tindakan.
Nadhirah mengeluh berat. Matanya tidak lepas dari memandang Puan Fatimah yang kerap memegang pinggangnya. Baru menyapu beberapa minit, dia pasti akan membetulkan pinggangnya. Nadhirah boleh teka betapa payahnya hidup begitu. Menjaga anak yang ramai, tinggal dirumah yang kecil dan mengharapkan sumber pendapatan yang kecil. Sungguh perit tapi Puan Fatimah memang kuat.
Nadhirah menarik nafas perlahan seraya menjawab, "Jom pergi balai. Saya ada urusan dengan Zahran."
"Baik, Cik Nadhirah." balas Asyraf. Dia membetulkan tali pinggang keledarnya dan kereta Mercedez Benz itu meluncur laju membelah jalan menuju ke balai polis.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...