JIKA dulu The Nameless berjaya melepaskan diri ketika membelasah Zahirah dan berjaya melepaskan diri menggunakan kuasa yang ada pada keluarga Loy. Kini, tidak lagi. Loy dan ahli The Nameless yang terlibat tidak dapat lari apabila mereka menemui banyak bukti keatas apa yang terjadi kepada Nadhirah. Bukan sahaja Loy, malah Hana turut sama ditahan polis. Hana tidak berjaya dibebaskan kerana tidak mempunyai penjamin dan mempunyai bukti berniat untuk mencederakan Nadhirah atas masalah cemburu.
Jika Hana tidak lepas, lain pula ceritanya dengan Loy. Lelaki itu berjaya dibebaskan dengan bantuan dari ayahnya yang turut pemilik syarikat barangan sukan dan boleh dikira sebagai berharta serta mampu untuk membayar semua ikat jamin untuk membebaskan Loy. Malah, saman yang dihantar oleh MK Group turut sama dibayar.
Namun begitu, syarikat bapa Loy lingkup sepenuhnya kerana didakwa menyembunyikan kegiatan Loy yang menyeludup dadah serta jadikan syarikat itu sebagai pusat untuk money laundering. Lebih mengejutkan lagi apabila seluruh ahli keluarga tahu akan kegiatan Loy itu dan sedaya-upaya sembunyikan semuanya.
Hidup Loy musnah. Dia menyimpan dendam yang sangat dalam pada Zahran dan Nadhirah. Dia yakin kalau bukan kerana mulut Nadhirah, hidupnya tidak akan berubah sebanyak 360 darjah seperti ini.
Daripada dendam kepada Zahran, kini dendam tersebut beralih arah pula kepada Nadhirah. Sakit hatinya melihat wajah gembira Nadhirah.
Seperti mana dia menggunakan Nadhirah untuk mengugut Zahran dulu. Kini, dia akan gunakan cara yang sama.
Dari jauh, keretanya diparkir cantik dihadapan sebuah restoran. Loy menutup wajahnya dengan topeng muka beserta topi. Kemudian, dia memerhatikan Zahran yang sedang bekerja dengan begitu lama. Sinis matanya memerhatikan Zahran.
"Hai, kawan lama." ucap Loy.
Dia akan gunakan cara yang sama dimana demi mendapatkan Nadhirah berhadapan dengannya, Zahran perlu menjadi umpannya. Sasarannya kini telah diubah.
Dia perlu musnahkan hidup Nadhirah. Dia perlu.
▪️▪️▪️▪️▪️
perjurer1234_ liked your story
perjurer1234_ liked your photo
perjurer1234_ commented on your photos : slay bakal lawyer
perjurer1234_ commented on your photos : kau cantik macam biasa.
perjurer1234_ commented on your photos : stay active. i miss you a lot.
Fatin mengeluh perlahan apabila melihat kesemua notifikasi yang keluar dalam telefonnya sejak dua menjak ini. Pada awalnya, akaun Instagram yang sangat asing itu tidak mengganggu konsentrasinya. Tetapi, apabila ia kerap muncul dan ia sangat menimbulkan ketidakselesaan pada Fatin.
"Itu psikopat kut." Damia tiba-tiba mencelah. Dia melabuhkan punggungnya pada kerusi berhadapan dengan Fatin. Dia meletakkan air dan makanannya keatas meja. Begitu juga dengan air Fatin.
"Apa kau ni, janganlah takutkan aku." getus Fatin. Dia menyimpan semula telefonnya kedalam poket seluar dan fokus menikmati makanan yang baru sahaja dibeli di kafe kampus mereka.
Damia terkekeh-kekeh ketawa seraya membalas, "Aku gurau saje. Tak payahlah buat muka macam baru lepas rompak bank."
Fatin hanya diam setelah mendengar lawak Damia itu. Fikirannya terlalu berat memikirkan banyak perkara yang sedang terjadi. Lebih-lebih lagi keadaan neneknya yang semakin teruk kerana sakit lemah jantung yang dihidapinya. Kadang-kala, dia perlu pulang ke kampung untuk menjaga nenek di hospital. Dia memang merancang untuk berhenti belajar sahaja tapi neneknya beria-ria menegah. Katanya, kalau Fatin berhenti belajar dan nenek pun akan berhenti ikuti rawatan hospital. Cis, pandai pula nenek mengugut!
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Ficção GeralTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...