UNTUK rancangan final ini, Fatin dan Adi akan ke Fakulti Komunikasi untuk bertanya pada semua pelajar yang bertugas dibilik penyiaran tiga atau empat hari lepas berdasarkan dari apa yang diberitahu Naimah. Kemudian, mereka akan tangkap gambar bukti panggilan dan hantarkan pada Afina dan Afiqah yang bersedia di bangunan MK Construction.
"Korang ada jadual bertugas?" soal Fatin.
Adi mengangguk dan tangannya laju mencari nama pelajar yang bertugas tiga dan empat hari lepas pada waktu yang sama iaitu tengah malam. Biasanya, pelajar fakulti komunikasi akan stay up untuk sementara waktu bagi menyiapkan skrip penyiaran pada esok hari.
"The only student yang bertugas dua hari tu, cuma Azam saje." kata Adi.
Fatin agak keliru kerana dia sendiri pun tidak pernah kenal walau seorang pun kawan sefakulti Adi. "Habis tu, dia ada tak dalam bilik ni?" soal Fatin. Matanya laju meninjau untuk mencari gerangan yang dikatakan meskipun dia tidak tahu mana satu.
Adi mencari kelibat Azam dan bibirnya mengukirkan senyuman manis apabila jejaka bertubuh comel dan berkaca mata bulat ala-ala Nobita dalam siri Doraemon itu sedang ligat membuat kerja dimejanya. Sebagai ahli kelab penyiaran, memang itulah jadual mereka.
"Azam!" sapa Adi.
Azam membetulkan kacamatanya, "Oh kau rupanya, Di. Apehal kau datang sini? Bukan kata kau tak datang sebab ada hal ke?"
"Aku tengah ada hallah ni. Aku nak tanya sikitlah." kata Adi. Fatin yang berada disebelah Adi mengangguk perlahan sebagai tanda dia mengiyakan kata-kata Adi. Ewah, dah macam soulmates.
"Oh, tanyalah."
"Kau ada bertugas masa tiga dan empat hari lepas kan?"
Azam mengangguk, "Ya, ada. Kenapa?"
"Ada sesiapa yang mencurigakan datang jumpa kau untuk minta sesuatu?" soal Adi.
Azam berkerut kening, cuba untuk mengingati siapa yang dia temui untuk beberapa hari lepas, "Oh, ada! Senior student year-3 tak silap aku. Dia datang dekat bilik penyiaran dan minta nombor syarikat penerbitan dan penyiaran. Dalam banyak-banyak tu, dia ambil satu nombor saje." balas Azam, panjang lebar.
"Erm, dia ada telefon kau lagi tak untuk minta bantuan apa-apa? Atau, dia ada minta kau laporkan pada dia berkaitan hal penting? Tak mungkin dia datang cuma sekali saje." soal Adi, bertubi-tubi.
"Dia ada minta untuk kami saling tukar nombor telefon sebab katanya dia ada hal dengan syarikat penyiaran tu. Berminat nak share tentang sukan katanya. Biasalah, student nak rebut markah koko. Memang macam-macam cara dia buat. Tapi, aku tak expect student Sains Sukan pun berminat nak hantar artikel. Wah." puji Azam.
"Pelajar Sains Sukan? Lelaki ke perempuan?" soal Adi.
"Lelaki." balas Azam, polos.
"Apa nama dia?" Adi menyoal lagi.
"Erm, nama dia-"
"-Airil? Kan?" Fatin menyampuk.
Adi dan Azam berpandangan antara satu sama lain dengan muka yang terkejut. "Macam mana kau tahu?" soal Adi.
"Itu lelaki yang rapat dengan Damia. Dia dalam 3rd year 2nd semester which means, dia adalah senior kitorang. Dia memang selalu lepak dengan Damia lepas habis kuliah. Damia selalu ajar dia teknik taekwondo sebab katanya dia dibuli." kata Fatin. Nafasnya tidak teratur, dia sangat terkejut.
Azam tergelak, "Kena buli macam mana? Nampak sangat senior kita tu menipu. Dia dalam golongan yang kacak bergaya, berkawan dengan Shauqi. What kind of bullsh*t is that? Kalau dia gemuk macam aku, bolehlah dia sembang dia kena buli. Nampak sangatlah dia dah menipu korang juga."
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Fiction généraleTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...