Assalamualaikum, hari ini kelas dibatalkan sebab saya ada mesyuarat bersama dengan pensyarah yang membuat lawatan ke universiti kita. Ambil masa ini untuk siapkan assignments ya?
- Dr. AliffDAMIA mengeluh perlahan usai melihat mesej yang diterima dari group chat kelas. Nak gembira macam tak kena langsung sebab dia dah sampai dan dia tiada transport untuk balik semula. Kalau nak sedih, dia dah pun terlanjur sampai disini. Dengan motornya yang masih terbengkalai ditempat yang sama. Memang terbantut langsung niat nak berehat-rehat dirumah.
Damia membuka aplikasi online banking untuk melihat baki duitnya dalam simpanan.
Nur Damia binti Naim
RM 3,000"Ini mana cukup. Baru baiki enjin, bengkel dah sebat sampai RM1000. Dengan duit kolej lagi nak bayar. Duit buku baru lagi tak payah cakaplah." bebel Damia. Bersama keluhan berat, Damia memasukkan semula telefonnya kedalam poket seluar.
"Nah." tin minuman Oligo diletakkan betul-betul dihadapannya.
Damia pantas berpaling untuk melihat gerangan yang meletakkan tin minuman dihadapannya ini. Wajah Airil terpampang tepat dihadapan matanya.
"Oh, kau rupanya." kata Damia, malas.
"Saya tak sangka boleh jumpa awak dekat sini. Padahal, bangunan ni besar kut." kata Airil.
Damia tersenyum sinis, "Kalau kau gatal, memanglah senang jumpa aku."
Damia bukan jual mahal tapi memang dia langsung tidak berminat hendak berkenalan dengan sesiapa. Bagilah lelaki muka sekacak Lee Jong Suk, kalau dia tak berkenan, jawapannya tetap sama. Dia tak mahu.
Ketika malam majlis Hari Menghargai itu berlangsung, mereka tidak banyak bercakap pun. Atau lebih mudah, Airil yang banyak buka mulut tentang dirinya. Damia lebih suka untuk meluangkan masa dengan telefon bimbitnya. Bukan chatting dengan sesiapa, tapi sibuk main Subway Surfers.
"Saya ikhlas lah nak jumpa awak, Damia. Lagipun, kelas saya dekat sini saje. Tak sangka pula kelas awak pun berlangsung dekat sini. Ceh, macam jodoh pun ada." ujar Airil, secara rawak.
Damia membuat mimik muka penuh menjijikkan, "Jodoh hangguk kau. Tak ada siapa nak berjodoh dengan kau."
"Awak ni jual mahal betullah. Macam mana nak ada boyfriend? Lagisatu, dalam hidup ni, kita mesti ada orang untuk kita bergantung harap tau. Macam perempuan yang perlukan lelaki ketika mereka dalam bahaya?" ujar Airil.
"Aku dah cukup kuatlah nak lindungi diri aku sendiri. Aku tak perlukan hamba Allah bernama lelaki. Terima kasih sajelah atas hujah kau tu." Damia membalas dengan penuh dingin. Air Oligo yang Airil belanja langsung tidak disentuh, malas.
Damia masukkan tangan kedalam poket. Matanya masih fokus kearah bangunan kafe yang tidak jauh terletak dari fakulti mereka. Niat dihati memang nak gerak sahaja daripada duduk melepak dengan lelaki yang entah mana-mana ini, tapi kalau duduk dekat kafe pun nak buat apa? Dahlah panas.
"Sebab tu saya berminat nak kenal dengan awak." ujar Airil secara tiba-tiba.
Mata Damia merenung wajah Airil dengan emosi yang kosong, "Bukan ke kau dah cakap pasal ni masa malam tu?"
"Malam tu, saya tak cakap habis lagi kenapa saya minat awak." kata Airil.
Damia tidak berkutik. Segala apa yang Airil katakan dibiar berlalu bak angin lalu.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Fiksi UmumTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...