84 | For a Forgiveness II

9 2 0
                                    

BERLARI-LARI Airil ketika masuk kedalam bangunan hospital. Airmatanya yang merembes keluar membasahi pipi langsung tidak diendahkan. Rasa penatnya kerana berlari-lari dari terminal bas sehingga kini langsung dia tidak ambil kisah juga. Ritma jantungnya berdegup laju. Macam nak pecah.

Apabila dirinya tiba diaras yang menempatkan wad Damia. Secara drastik, langkah kaki Airil bertukar perlahan. Seiring dengan keinginannya, dia mahukan masa berhenti bergerak dan diputar kembali.

Lambat-lambat Airil berjalan sehinggalah dia nampak kelibat semua orang yang rapat dengan Damia. Masing-masing duduk dikerusi yang disediakan bersama surah yassin ditangan mereka. Puan Azila menangis tidak berhenti bersama mulutnya terkumat-kamit membaca surah. Fatin juga begitu sambil tunduk merenung lantai.

Kenapa semua jadi macam ni?

Tan Sri Naim yang perasan akan kehadiran Airil perlahan-lahan mendapatkan lelaki itu. Kemudian, dia memeluk Airil dengan erat. Tangannya mengusap belakang Airil perlahan-lahan untuk menenangkannya.

"Tolong cakap dekat saya tu semua prank saje, tan sri. Please..." rayu Airil. Airmatanya membanjiri pipinya lagi.

Tan Sri Naim tidak membalas. Pelukannya semakin erat.

Tadi cuma airmata. Kini, suara Airil pula keluar. Tangisannya semakin berlagu. "Saya bawa medal untuk dia. Dia dah janji nak tengok... saya."

"Dia dah janji nak survive. Dia dah setuju nak jadi isteri saya. Dia dah janji." Airil berkata.

Fatin yang mendengar kata-kata Airil semakin lebat airmatanya keluar. Dia yang memang setia disitu menanti Damia pun boleh jatuh terduduk apabila mendengar berita itu. Inikan pula Airil yang sibuk dengan pertandingan dan tidak tahu apa-apa berita tentang Damia.

Tan Sri Naim masih diam. Dia tidak akan bersuara, dia akan menenangkan Airil dan membiarkan lelaki itu meluahkan semua yang ingin dia katakan.

"Pihak hospital nak bawa Damia ke bilik mayat nanti. Mereka beri peluang pada kita untuk tengok dia. Pergilah." kata Tan Sri Naim.

Airil berjalan masuk kedalam wad Damia yang sunyi itu setelah disuruh oleh Tan Sri Naim. Suasana sunyi menyapa wajah Airil.

Kalau dulu, Airil pasti akan disambut dengan senyuman dari Damia. Gadis itu akan tersenyum sambil menyuruh dia duduk disisinya. Mereka akan bercerita tentang banyak benda. Airil lah manusia yang paling banyak berceloteh.

Kini, tiada lagi Damia.

Dihadapannya kini adalah Damia yang terbaring kaku. Bibirnya pucat. Kepalanya berbalut. Tangan...

Airil menyarungkan sarung tangan seperti biasa dan memegang tangan Damia.

Seperti yang dia jangka, sejuk.

Memegang tangan yang sejuk itu, membuatkan hati Airil diruntun rasa sedih. Dia terduduk disisi katil Damia. Tidak sanggup dia hendak melihat wajah kosong Damia.

"Damia..." panggil Airil.

"Kau simpan sajelah angan-angan kau tu. Anggap sajelah salam perkenalan masa dekat majlis tu, cuma accident saje. Aku tak berminat nak kumpul kawan atau kenal dengan sesiapa."

"Okey macam ni. Hujung bulan ni, aku ada pertandingan. Jadi, memang aku akan kerap dekat pusat latihan. Kalau kau ada masa, kau datanglah."

"Apasal kau diam? Kau mengaku benda tu kan? Guna cara kotor untuk masuk kebangsaan. Pengecut!"

"Kau ni kan, sebelum aku tumbuk muka kau sampai tak boleh senyum sampai bila-bila, baik kau jalan saje sekarang. Aku tengah sengsara ni!"

"She's dying, bro. Brain tumor, stage four."

"...Saya nak mati dah pun, coach."

Airil memang tidak terkata. Airmata yang merembes keluar menjadi bukti pedihnya hati Airil untuk menerima kepergian kekasih hatinya.

"Sampai hati kau mungkir janji dengan aku, Damia. Aku bawa medal kau. Aku menang untuk kau." teresak-esak Airil menangis.

Airil merenung wajah Damia sepuasnya untuk menghilangkan rasa rindu. Lama masa diberikan kepada Airil sebelum doktor dan jururawat hadir untuk mengambil mayat Damia.

▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎

Pengebumian berjalan dengan lancar. Majlis tahlil yang bertempat dirumah keluarga Damia sudah selesai. Sahabat handai datang untuk memberikan penghormatan terakhir sebelum kembali ke rumah masing-masing.

Ketika Airil datang ke rumah Damia, dia dapat lihat bagaimana dinding-dinding dirumah itu ada yang ditinggalkan kosong. Tepat seperti jangkaannya, memang tempat kosong itu sepatutnya ada gambar Damia. Namun, atas arahan Tan Sri Naim, semua gambar itu diturunkan untuk sementara waktu demi memberi laluan kepada majlis tahlil dan mengurangkan kesedihan dalam hati setiap orang yang melihat gambar si mati.

Jika dulu Tan Sri Naim agak tidak terurus ketika kematian arwah isterinya, kini tidak lagi. Tan Sri Naim masih lagi bersedih dengan kehilangan arwah Damia, namun kesedihan itu berjaya dikawal. Cuma, tidak tahulah kalau bersendirian kan? Iyalah, kalau sendiri ini memang mustahil kita dapat mengawal perasaan sedih. Mesti teringat sahaja selalu.

Airil dapat lihat wajah-wajah ahli taekwondo yang dikenalinya seperti Mimi, Aiza dan Azrul. Mereka bertiga nampak sahaja macam tidak sukakan Damia. Tapi, bila Damia dikhianati Airil... bermati-matian mereka marah dan melawan. Siap kantoikan pada Damia lagi. Hari ini, terbukti kebaikan mereka apabila masing-masing menangis tanpa henti apabila membacakan surah yassin buat Damia. Mimi lah paling teruk. Tersedu-sedu. Kasihan pula kalau dilihat.

Setelah mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada ahli keluarga Damia serta menyerahkan sejumlah wang, Airil beredar daripada rumah itu.

Dia tiada mood untuk menaiki GrabCar mahupun bas. Dia mahu hirup udara segar pada waktu malam sambil melapangkan fikirannya.

Sepanjang perjalanannya, Airil hanya diam. Kaki terus berjalan. Wajah kekal beku.

Hati? Kekal rindukan Damia.

"Yalah, surat tu." bisik Airil.

Langkah kaki Airil terhenti. Surat Damia yang dilipat kecil terselit didalam dompetnya.

Kemudian, Airil mengambil tempat di kaki jalan. Dia melabuhkan punggung pada kaki jalan itu dan tangan mengeluarkan surat kecil itu. Agak berkedut sedikit memandangkan berhari-hari dia tidak membaca surat itu lagi. Sibuk melayan perasaan dan membantu keluarga Damia menguruskan majlis pengebumian dan tahlil.

Surat kecil itu dibuka.

Lama dia memerhatikan aksara-aksara pada kertas itu. Jika beberapa hari lepas dia akan menangis hiba sampai bengkak-bengkak mata ketika teringatkan Damia, kini dia mampu mengawalnya. Sepatutnya dia menangis membaca surat itu, tapi bibirnya mengukir senyuman manis.

To my dear rival and soulmate Airil,

I like the way you make me feel, even when you are not around.

I'm fine, Thank you. I love you.

Airil tersenyum nipis, "The letter is so Damia."

Dia menyimpan kembali surat kecil itu kedalam dompetnya. Kemudian, Airil bangkit dari duduknya dan membersihkan seluar baju melayu-nya yang kotor terkena tanah serta daun-daun kering yang melekat.

Airil menghela nafas perlahan. Matanya merenung langit malam yang bertabur bintang. Semua berkelip-kelip.

I love you too, Damia.

Bak kata Dr. Strange, I love you in every universe.

▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎

Through Our Metaphysics ✔Where stories live. Discover now