26 | Erti Menghargai

2 1 0
                                    

Terus melangkah melupakanmu,
Belah hati perhatikan sikapmu,
Jalan pikiranmu buatku ragu,
Tak mungkin ini tetap bertahan..

ADI bermain-main dengan pen ditangan sambil fikiran menerawang memikirkan apa yang dikatakan oleh Fatin tempoh hari. Beberapa hari sudah berlalu dan dia masih belum dapat move on dari setiap bait bicara Fatin. Setiap kali dia berseorangan, lagu 'Menghapus Jejakmu' nyanyian Noah sering berputar dalam senarai lagu miliknya. Itulah yang paling sesuai untuk masa kini.

"Aku dah ada boyfriend."

"Oh...hah?!"

"Apa dia?" soal Adi, masih tidak percaya.

"Aku dah ada boyfriend."

"Ish, aku taulah kau dah ada boyfriend. Maksud aku, siapa? Siapa dia?" soal Adi.

"Erm, kau kenallah. Dia boleh tahan famous jugalah dekat kampus tu. Nama dia, Shauqi. Anak kepada pengerusi MK Foundation. Aku rasa kau mesti kenal dia kan?" soal Fatin. Dia tidak mahu berahsia lagi dengan Adi. Biarlah malam ini, semuanya dia beritahu. Dia tidak mahu menanggung masalah akan datang antara dia dan Adi. Cukuplah masalah yang wujud antara pasukan debat dan dia buat masa sekarang.

"Oh, mamat tu." kata Adi. Dia bermain-main dengan straw air kotak sambil fikiran menerawang jauh ke langit.

"Kenapa dengan dia?" soal Fatin. Hairan agaknya apabila mendengar jawapan Adi itu.

Adi menggeleng perlahan seraya mengukirkan senyuman manis, "Sesuailah kau dengan dia. Kau cantik, dia handsome. Kau bakal peguam, dia semestinya atlet dan bakal CEO untuk syarikat ayah dia tu. Congratulations then."

"Kita still boleh kawan." kata Fatin. Tidak mahu Adi berjauh hati pula bila mendengar luahannya ini.

Adi tersenyum manis, "Obviously kita kena kawan. Kalau kau kahwin dengan dia sekalipun, kau kena kawan dengan aku. Kalau dia buat masalah dengan kau, aku nak tinju-tinju dia. Lepas tu, kalau dia buat kau menangis, aku nak kerat dia buat sup tulang!"

Fatin menelan liur, "Kau marah dia ke kau marah aku ni?"

"Marah dialah! Marah kau buat apa." balas Adi.

Adi mengeluh berat apabila sampai ke hari ini pun dia masih belum boleh untuk lupakan perkara itu. Dia masih belum boleh menerima hakikat satu-satunya crush dia dari semester 1 itu akhirnya menemui seseorang disaat dia menjalani program pertukaran pelajar. 

Ah, yang kau nak patah hati sangat ini pun dah kenapa? Dia bukannya kau punya. Dia sendiri pun tidak pernah bagi apa-apa harapan. Yang bagi harapan pada kau adalah diri kau sendiri. Kemudian, harapan yang kau letak dalam hati itu menjadi jerat pada diri sendiri. Shouldn't you congratulate her?

I did actually, hati dan otak Adi bagai berperang antara satu sama lain.

"Adi." panggil pensyarah yang berada dihadapan.

Adi pantas sedar dari alam bawah sedar yang direkanya sendiri itu. "Ya, prof?"

"Boleh tak awak terangkan sikit pada kelas tentang watak kodi?" soal pensyarah itu. 

Ah, pasti pensyarah tengah menerangkan peranan setiap watak dan perwatakan dalam sesebuah cerita. Tapi, dia boleh bantai termenung pula. Hah, jawablah.

Dalam pada Adi sibuk menyelak helaian dalam buku notanya untuk mencari jawapan kepada soalan itu, terus sahaja dia teringat akan diri sendiri. Situasinya kini adalah jawapan persoalan itu. Dirinya adalah watak kodi.

"Watak kodi bermaksud watak yang tidak berperanan dalam sesebuah cerita, ada kalanya hanya disebut oleh sebarang watak dalam sesuatu peristiwa.​ Sebagai contoh, kalau saya muncul ditengah-tengah cerita seseorang ketika dia dilamun cinta. Saya adalah watak kodi tu. Watak yang wujud cuma untuk mengisi kekosongan dalam cerita. Watak yang tidak akan kemana-mana. Watak yang kekal ditempatnya sahaja." kata Adi, lancar.

Through Our Metaphysics ✔Where stories live. Discover now