BANGUNAN MK Construction dipenuhi dengan para wartawan yang sedang berkampung dihadapan bangunan syarikat gah itu. Masing-masing tidak henti-henti memerhatikan pintu bangunan itu untuk terbuka dan memperlihatkan wajah yang ingin mereka temuramah. Peluh yang menitik didahi masing-masing diseka pantas. Gigih mereka mencatat nota dan bersedia dengan kamera.
Sementara itu, dalam bangunan juga tidak begitu aman. Para staf merasa begitu terancam untuk keluar dan tunjukkan wajah masing-masing. Kadang-kala mata mereka gatal juga ingin meninjau situasi gamat yang berada diluar bangunan.
Afiqah yang bekerja dibahagian akauntan langsung tidak mampu untuk fokus dengan kerjanya. Otak, hati dan mata memaksa diri itu untuk membaca artikel yang terbebas keluar dalam sosial media dan seluruh pelosok internet.
Anak Kandung CEO MK Construction Didedahkan!
Young Athlete, Damia Naim Is A Successor of MK Construction!
Damia Naim's Declining Performance Stems From Her Problems with MK Construction.
MK Construction Punca Damia Naim Merosot?
Suratkhabar dari pelbagai syarikat penerbitan itu dicampak keatas meja. Kacamata halus yang dipakai untuk membaca dengan jelas itu diletakkan keatas meja.
Matanya sinis memandang semua yang tertera atas akhbar itu. Suratkhabar itu kemudiannya digenggam dengan erat.
Setahu dia, tiada walau seorang pun yang tahu akan perkara ini melainkan orang dalam MK. Dia yakin dan pasti dengan andaiannya bahawa ada orang dalam yang cuba untuk bongkarkan identiti anaknya atas dasar busuk hati. Jika berniat untuk jatuhkan syarikatnya, memang mustahil sekali. MK Construction tidak pernah memberi masalah pada sesiapa.
Telefon yang berada disudut kanannya ditekan, "Filzah, tolong panggil Afiqah untuk masuk."
"Baik, Tan Sri." balas Filzah iaitu setiausahanya.
Tidak sampai beberapa minit, Afiqah muncul dengan mengetuk pintu terlebih dahulu. Setelah diberi kebenaran untuk masuk, barulah dia menapak masuk. Biarpun Tan Sri Naim adalah keluarganya, biarlah dia kekalkan perasaan hormat dan protokol rasmi agar tidak disalaherti oleh staf yang lain.
"Ada apa Tan Sri panggil saya?" soal Afiqah.
Tan Sri Naim mengurut kepalanya yang letih dan terasa sangat pening usai melihat tajuk didada-dada akhbar. Boleh naik mendadak darah tingginya.
"You don't have to call me Tan Sri right now. Papa have a lot to ask you for favors." kata Tan Sri Naim. Dia bangkit dari kerusinya dan mempersilakan Afiqah untuk duduk disalah sebuah kerusi.
"Oh, papa nak Fiqah buat apa? Ini mesti ada kaitan dengan news tu kan? Agaknya, Damia dah tahu ke eh?" soal Afiqah, risau.
"Itulah yang papa risau ni. Dia tu belum sihat lagi, tiba-tiba jadi macam ni pula. Papa terkejut juga benda peribadi macam ni boleh terbongkar sampai media tahu. Lagipun, kalau Damia tahu, mesti dia mengamuk dengan papa. Padahal kami baru saje nak baik." luah Tan Sri Naim.
"Tak apa, papa. Papa jangan risau. Fiqah akan cari siapa yang bongkarkan semua ni. Apa yang paling penting kita kena cari dulu syarikat penerbitan mana yang sebarkan tentang berita ni, kemudian kita akan soal siasat dia untuk beritahu tentang culprit sebenar yang laporkan pasal hal ni. It will lead us to the true culprit of this case." jelas Afiqah.
Tan Sri Naim mengangguk, "Kamu nak buat hari ni ke?"
"Yep, Fiqah akan cari juga orangnya hari ni. Buat masa sekarang ni, Fiqah akan minta tolong Fina dan Fatin untuk pantau Damia." kata Afiqah.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...