"DAMIA, nak balik rumah sewa boleh? Lama sangat Damia tinggalkan Fatin sorang-sorang dekat sana." ujar Damia. Lama sudah dia tinggal bersama keluarganya untuk tempoh pemulihan. Walaupun, tiada apa yang pulih sangat pun.
Afiqah dan Afina hanya memandang wajah Tan Sri Naim untuk mendengar jawapan. Puan Azila turut sama merenung wajah suaminya.
Tan Sri Naim menganggukan kepalanya. Dia tidak pernah menghalang tindakan anak-anaknya asalkan ia tidak melanggar protokol keluarga atau memberi kesan yang teruk pada mereka, semuanya okey sahaja pada Tan Sri Naim.
"Pergilah. Tapi, kamu bercadang untuk masuk belajar dalam masa terdekat ke?" soal Tan Sri Naim.
Damia mengangguk, "Damia tak nak tangguh pengajian. So, it's better if I continue my study very soon."
Tan Sri Naim mengangguk setuju, "Kalau kau ada apa-apa masalah, cerita sajelah dengan kitorang." ujar Afiqah sambil melemparkan senyuman manis.
"Betul, kitorang boleh tolong lagi. Mana tahu, kitorang boleh tolong tinju mamat yang buat hal dekat kau tu." kata Afina pula, siap berlakon seolah-olah dia mengepit kepala Airil dicelah ketiaknya dan dipukul-pukul kepala itu dengan kasar.
Damia tersenyum melihat gelagat keluarganya, "Kamu janganlah fikir sangat ya tentang apa yang dah jadi? Mama yakin ada hikmah untuk kamu."
Damia hanya tersenyum nipis, "Cannot promise for that one-lah, mama. An eye for an eye. Orang yang buat tu layak dapat hukuman."
Tan Sri Naim menghela nafas berat. Afiqah dan Afina hanya mendengar sahaja perbincangan itu. Mereka bertiga tidak ikut ke majlis doa selamat dan mesyuarat tempoh hari, jadi mereka tidak tahu apa jalan penyelesaian yang dicapai oleh Tan Sri Naim.
"Papa setuju dengan tu. If sue them can be the only option, I will send you supports." ujar Tan Sri Naim. Dia menghirup teh panas yang terhidang lama diatas meja makan.
"Isn't too harsh?" soal Puan Azila, serba-salah.
Afiqah hanya diam walaupun dalam diam, dia cukup setuju dengan kata-kata Puan Azila itu. Dia tahu dan kenal sangat dengan perangai Damia yang kuat menyimpan dendam. Kalau dia kata dia nak buat, maka dia akan tuntut kata-katanya. Damia dan Tan Sri Naim sama naik bila sampai bab saman-menyaman.
"Tak ada yang harsh bila ada yang buat hal dengan keluarga kita." kata Tan Sri Naim sambil melemparkan segaris senyuman. Puan Azila tidak membalas apa-apa. Dia tak mahu membantah kerana dia tahu Tan Sri Naim tidak akan mendengarnya.
"Papa tahu pasal siapa orang dalam MK yang buka mulut pasal Damia kan?" soal Damia.
Afina dan Afiqah memandang wajah Tan Sri Naim pula. Dah macam main badminton pula sebab saling pass antara satu sama lain.
"Tahu. Shauqi, anak Tan Sri Iman." jawab Tan Sri Naim. Fokus mereka beralih arah pula kepada Damia.
"Can you let me handle it? " rayu Damia.
"Buatlah, Damia. I'm not going to intervene in your business. Papa seboleh-bolehnya tak nak ada masalah antara CEO. Papa nak bekerja dengan aman dan tak nak cari musuh. Walaupun, papa agak sakit hati bila dapat tahu tentang tu." jujur Tan Sri Naim berkata.
Damia menjawab, "Papa, the truth is... Shauqi has nothing to do with it. He was just dumb to leaked my secret to others. The actual wrongdoer using it as a weapon to take me down. That's the fact."
"Kalau itulah cerita sebenar, habis tu kenapa kamu nak ambil alih masalah Shauqi ni?" soal Tan Sri Naim.
"For someone's purpose." balas Damia. Fikirannya melayang memikirkan Fatin. Dia tidak mahu kaitkan Shauqi dalam halnya, kerana secara faktanya, Shauqi memang tiada kaitan. Dia cuma terlepas cakap. Namun, itu tidak bermakna dia akan biarkan sahaja kesalahan Shauqi itu berlalu pergi. Dia bukannya malaikat dan dia juga bukan kawan Shauqi. Mereka cuma kenalan biasa. Shauqi berhak terima hukuman dari Fatin.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Aktuelle LiteraturTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...