29 | Firasat

2 1 0
                                    

FATIN, nenek dan Adi tiba di bilik wad Damia setelah selesai membeli buah tangan untuk gadis itu. Ketika mereka dalam perjalanan ke sini, mereka dapat mendengar ada sedikit perbalahan antara Damia dan individu didalam bilik itu berdasarkan dari cerita jururawat-jururawat tadi. Kedengaran seperti pergaduhan yang cukup intense.

"Kau nampak tak macam mana anak Tan Sri Naim tu buat perangai? Habis ditengkingnya mak dia tu. Kasihan aku tengok mak dia penat-penat bawa makanan sebab ingatkan dia tak suka makanan hospital. Kalau akulah, dah lama aku lahap semua. Untung ada mak baik macam tu."

"Kau tak tahu ke? Mak dia tu sebenarnya mak tiri saje. Tan Sri Naim kahwin baru lepas arwah isteri dia meninggal. Lama dah rasanya."

"Lah, mak tiri rupanya? Habis tu, isteri baru Tan Sri Naim mesti jahat kan? Sebab tu, Damia tu bukan main menyampah lagi. Ish, aku silap menilailah ni? Haih, apa nak jadilah. Semua benda nak harta."

Begitulah perbualan yang dia dengar dari mulut jururawat-jururawat tadi. Dia malas nak menyampuk tapi kalau ikutkan hati ini, mahu sahaja dia menampar mulut yang suka mengumpat itu. Kalau tidak tahu cerita seseorang, eloklah kalau berdiam diri dari bercakap benda yang tidak berfaedah dan kosong sahaja.

"Aunty ni tak faham bahasa ke? Keluarlah. Saya tak rasa nak makan pun. Makanan aunty hari tu, kalau tak sebab papa, ingat saya hadap?" getus Damia. Nasib baiklah dia tengah lemah sekarang ini, kalau tidak memang dah terbang dah mangkuk-mangkuk bekal yang Puan Azila bawa.

Pintu wad diketuk dari luar menandakan ada seseorang yang ingin masuk. Puan Azila segera membersihkan mangkuk-mangkuk tadi dan diletakkan semula keatas meja sisi hospital. Dia mempersilakan Fatin, Adi dan nenek untuk masuk.

"Assalamualaikum, kami ganggu ke?" soal Fatin.

Puan Azila menggeleng, "Tak, tak langsung. Masuklah dulu dan berbual. Aunty nak turun sekejap nak dapatkan apa-apa. Semua dah minum ke?"

Adi segera membalas apabila melihat Puan Azila kelam-kabut mencapai dompetnya dan ingin menapak keluar dari wad itu, "Tak payah susah-susah, aunty. Kami semua dah singgah minum tadi. Ini datang pun ada bawa macam-macam lagi."

Puan Azila tersenyum manis, "Oh, tak apalah. Aunty turun sekejap, pergi beli air mineral ke? Tak elok biar tetamu tak minum apa-apa sepanjang melawat kan? Sekejap ya."

Adi mengalah melihat kesungguhan Puan Azila itu. Dia sekadar menganggukan kepala sebagai tanda yang dia tiada masalah untuk Puan Azila pergi beli air dibawah.

Tangan tua nenek memegang perlahan tangan Damia yang bercucuk jarum itu, "Kamu okey? Nenek dah dengar semuanya dari Fatin. Insha Allah ada jalan penyelesaian untuk kamu, Damia. Anggap ini semua adalah hikmah dari Tuhan."

Damia mengangguk, "Damia tak tahu nak fikir apa dah. Damia clueless, tak tahu nak cakap apa. Nak berserah, macam tak elok. Nak nangis, macam menyesal apa yang dah jadi. Tak tahu nak fikir apa dah."

Fatin mengangguk memahami. Dia masih ingat bagaimana Puan Azila cerita padanya tentang keadaan Damia ketika dia sedar tempoh hari. Perkara pertama yang dia tanya adalah, "Coach Hanafi mana? Nak cakap dengan coach! Pertandingan tak habis lagi kan? Damia tak kalah lagi kan?"

Kemudian, Coach Hanafi jarang kembali ke hospital untuk melawat Damia. Pasti sibuk turun dan naik pejabat untuk berbincang tentang kedudukan Damia dalam pasukan kebangsaan. Sehingga kini, masih tiada apa-apa berita dan jawapan dari Coach Hanafi atau Fakulti Sains Sukan itu sendiri.

Mungkin kerana itulah, Damia kelihatan semakin serabut dan tidak bermaya. Dia pasti susah hati memikirkan nasibnya sebagai seorang atlet.

"Nenek tak faham apa yang kamu rasa tapi kamu jangan cepat mengalah ya? Umur kamu masih muda, kudrat tu masih kuat. Panjang lagi perjalanan dan ikhtiar yang ada untuk heal semula penyakit kamu ni." pesan nenek. Dia menggenggam tangan Damia dengan erat.

Through Our Metaphysics ✔Where stories live. Discover now