"TADAA!"
Nadhirah semangat mendepakan tangannya mempersembahkan pasar malam yang telah dibuka seawal 12 tengah hari dan beroperasi sehingga 10 malam. Tapi, kehadiran mereka bukan untuk lepak sampai larut malam. Cukup buat apa yang diinginkan oleh Nadhirah dan mereka akan pulang.
"Apa benda awak ni? Pasar malam saje kut. Tak payahlah overexcited." ujar Zahran. Dia sudah tergaru-garu lehernya sebab tidak selesa dengan keadaan pasar yang ramai orang dan sudah tentu banyak sampah atas jalan tar itu.
"Mestilah saya kena overexcited. Saya ni jarang tau dapat pergi tempat-tempat macam ni. Bila dapat pergi, memang saya nak buat macam-macam dekat sini. Banyak plan yang saya dah susun untuk kita berdua." kata Nadhirah.
Niatnya untuk buat semua ini cuma satu. Nadhirah mahukan keakraban dekat Zahran. Entah kenapa sejak dua menjak ini, mereka berdua kerap bertengkar kerana benda yang sudah lali Nadhirah lalui. Stres barangkali.
"Kalau awak dah susun macam-macam kat sini, then keep it to yourself. Awak enjoy-lah seorang diri, saya nak baliklah." kata Zahran. Dia dah monyok macam budak 3 tahun tak dapat gula-gula.
"Ala awak, sekali ni saje!" kata Nadhirah. Dia menunjukkan jari telunjuknya pada muka Zahran.
Zahran mengeluh berat sambil matanya sibuk memerhatikan suasana sekeliling pasar itu untuk memastikan yang ia aman dari segala macam marabahaya serta mata-mata orang yang tidak patut.
"Hah, iyalah. Jom." balas Zahran.
Nadhirah tersenyum manis. Kemudian, mereka berdua masuk kedalam kawasan pasar malam yang sememangnya padat dengan ramai orang. Terdapat banyak bahagian untuk dikunjungi. Semestinya, bahagian makanan basah dan mentah, bahagian makanan dan minuman serta bahagian aksesori. Bahagia sungguh nampaknya Nadhirah.
"Kita makan laksa, nak tak?" soal Nadhirah kepada Zahran.
"Dekat kampus tu berlambak laksa kut." balas Zahran.
"Laksa kampus tak sedap, tawar. Saya nak rasa ni laksa Johor ni. Macam sedap saje. Tengok rupa pun habis air liur saya terkeluar-keluar." seloroh Nadhirah.
Zahran hanya ketawa mendengar celoteh Nadhirah. Macam tidak percaya pula gadis yang kehidupannya laksana puteri diraja yang sentiasa diekori oleh pengawal peribadi psiko seperti Asyraf itu mempunyai sikap humor yang lain macam ini. Tidak pernah dibuat dek perempuan.
"Hah, iyalah." balas Zahran.
"Awak tak nak apa-apa ke? Saya belanja semua." kata Nadhirah.
"Mestilah saya nak juga. Saya nak kepak ayam madu dengan coconut milkshake. Pergh, sedap sehingga menjilat tangan wo!" kata Zahran. Dia siap mencium ibu jarinya konon sedap sangatlah itu. Padahal, masuk tekak pun belum lagi.
"Jom!" Nadhirah bersorak dengan penuh riang.
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
"So, abang rasa apa benda saje yang rosak dalam ni? Ada banyak ke kena baiki?" soal Damia. Dia mencangkung disamping mekanik yang gigih mencari punca kerosakan kpada besi buruk kebanggaan seorang Damia ini.
"Pemutus litar terpelanting atau fiud terputus disebabkan oleh lebihan beban. Itu apa yang saya boleh tengoklah berdasarkan dari enjin motor awak tak mahu hidup ni." jelas mekanik itu lagi. Berpeluh-peluh dia mencangkung tanpa henti.
"Jadinya, saya nak kena kurangkan bebanlah ni?" soal Damia.
Damia memang jenis yang tidak faham langsung bab-bab motor ini. Apa-apa hal jadi memang dia cari bengkel sahajalah untuk merawat motornya. Tiada masalah dia nak belajar jadi mekanik pula. Jadi atlet pun terumbang-ambing, jadi sila lupakan.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...