HARI pertama Damia ke kampus dan kali ini, pandangan mereka sangat berbeza. Ada yang tidak berani mendekati, ada juga yang cuba nasib untuk dikenali sebagai kawannya. Biasalah manusia. Ada pangkat dan identiti, memang semua nak dekat. Bila susah, hilang! Bosan.
Sudah beberapa hari Damia menyimpan amarahnya yang dikumpul ketika tempoh cuti sakitnya. Banyak perkara yang terjadi termasuklah dirinya yang diganti dengan Airil. Kini, segala bukti yang diberikan oleh Mimi boleh dikaitkan dengan penjelasan Fatin serta Adi.
Dia begitu percayakan lelaki yang baru dia kenali, lebih dari musuhnya. Mimi mungkin musuh yang memang bersungguh-sungguh untuk merampas kedudukannya tapi, Mimi tidak sekeji Airil untuk merampas dengan cara memburukkan orang lain.
Dia dungu kerana menolak untuk percaya dengan rakaman video yang dikirim Mimi. Perubahan sikap Airil yang drastik. Tidak hadir ke pertandingan serta menghilangkan diri dari dijejaki. Lelaki itu benar-benar memancing kemarahannya.
Setelah lama berjalan, Damia tiba juga dihadapan pusat latihan. Sebelum masuk, dia berhenti dihadapan sebuah papan kenyataan yang menunjukkan senarai nama atlet tetap yang akan ke peringkat kebangsaan.
Seramai 20 orang atlet taekwondo itu, terselit nama Airil di tangga paling atas. Tangga yang menjadi tempat istimewa untuk nama Damia.
Bukan setakat Airil, malah penyakitnya juga menghalang dia dari meneruskan impiannya. Segalanya musnah mencium tanah.
Damia mengeluh perlahan. Dia menghapus segala rasa marah dan bawa dirinya kembali fokus pada misi utama. Baju disingsing sampai ke lengan. Kemudian, dia membuat sedikit workout dengan berlari setempat. Kasutnya dicabut dan diletakkan diluar.
Dia masuk dengan wajah dingin. Suasana pusat latihan yang tadinya gamat dengan suara para atlet sedang berlatih bertukar senyap seperti berada di kawasan tanah perkuburan apabila Damia berjalan masuk.
"Itu bukan Damia ke?"
"Dia dah sihat?"
"Wah, ada perang nak berlakulah!"
Begitulah antara bisikan-bisikan yang dapat Damia dengari. Namun, fokusnya cuma satu iaitu kelibat lelaki yang sedang membelakanginya kala ini. Berbeza sungguh Airil dari sebelum ini.
Tiada lagi baju masuk dalam seluar seperti budak darjah satu baru masuk sekolah. Tiada lagi tubuh bongkok dan dihadapannya ini, terdapat lelaki sedang berdiri tegak dengan normal.
Tanpa memanggil, bersuara mahupun memberi amaran, Damia melayangkan satu tendangan pada betis Airil. Lelaki kurus kering itu terduduk jatuh sambil tangan pantas memegang betisnya yang terasa pedih.
"Ish, apa masalah kau ni?" kepala ditoleh kearah gerangan yang berani menendangnya itu. Wajah bengis itu bertukar kosong sebelum tersenyum sinis.
"Seronok rampas tempat orang?" sindir Damia.
Airil kembali berdiri meskipun kakinya terasa agak pedih, "Wow, long time no see Cik Damia. I thought you've already give up memandangkan kau ada apa tu...? Apa ke namanya?" soal Airil, berpura-pura tidak mengingati sesuatu.
Damia tidak membalas apa-apa, jauh sekali melatah. Seronok dia melihat drama king dihadapannya ini.
"Oh yeah, you have a big company. A successor, huh? Kalau kau dah tahu kau ada syarikat besar macam tu, kau patut fokus pada satu-satu benda. Bukan tamak, nak caras rezeki orang lain." sindir Airil. Dia berjalan kearah Damia dengan begitu rapat namun Damia tetap tidak berganjak.
Damia ketawa terbahak-bahak, "Kau cakap apa? Caras rezeki orang lain? Siapa yang tak malu guna cara kotor, buat background check menggunakan orang dalam MK dan jatuhkan orang menggunakan publisiti murahan? For your information, aku dapat masuk dalam pasukan ni melalui keupayaan aku.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Narrativa generaleTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...