"ABANG! Macam mana abang nak keluar ni? Macam mana abang boleh ada dekat dalam tu? Abang buat apa sampai kena masuk penjara?" soal Zahirah bertubi-tubi. Matanya berkaca-kaca ketika menyoal Zahran yang sedang tersenyum nipis. Mereka berdua terpisah diantara kaca yang kedap bunyi.
Puan Fatimah hanya diam tatkala memandang wajah anak lelakinya itu. Satu-satunya anak lelaki yang sulung dan menjadi harapan keluarga. Segalanya musnah dan fikirannya kosong ketika Zaim dan Iman menelefon dia tentang keadaan Zahran.
"Ibu okey? Kenapa ibu tak nak cakap dengan Zahran?" soal Zahran pada Puan Fatimah.
"Ibu kecewa ya?" soal Zahran, lirih. Dia memegang kaca itu untuk menghilangkan rasa rindunya pada Puan Fatimah. Lama dia tidak pulang ke rumah untuk bertemu mereka. Tiba-tiba, jadi macam ini pula.
Zahirah menyerahkan telefon itu kepada Puan Fatimah untuk ibunya berbual dengan Zahran, "Hati ibu mana yang tak kecewa, Zahran? Kamu ada masalah ke yang kamu tak boleh nak cakap pada ibu? Kalau kamu ada masalah, ibu boleh tolong."
Zahran menggeleng, "Zahran okey, ibu. Ada salah faham saje."
"Walaupun ibu tak tahu caranya, ibu tetap akan cari jalan untuk kamu keluar. Ibu janji. Masa tu, kamu kena janji dengan ibu yang kamu akan cerita semuanya pada ibu. Boleh?" pujuk Puan Fatimah. Airmatanya langsung tidak kuat untuk terus bertakung pada tubir mata. Dan, ianya jatuh juga.
Zahran hanya diam. Dia sendiri pun tidak tahu cara hendak bebaskan diri dari sini. Dia yang salah dari awal. Semua masalahnya dia pendam. Ketika masalah menjadi besar, dia perangkap Nadhirah untuk menjadi bank segeranya. Bila dah jadi macam ini, dia memang tiada jalan keluar dah.
Zahran tidak mahu bercakap lagi dengan ahli keluarganya. Dia memberi isyarat kepada Zaim dan Iman untuk hantar keluarganya tunggu diluar.
"Makcik, jom kita tunggu dekat luar? Saya dan Iman nak cakap sikit dengan Zahran." ujar Zaim sambil memegang bahu Puan Fatimah erat.
Zahran memandang wajah Zahirah dan beri isyarat untuk membawa Puan Fatimah keluar dari situ. Zahirah angguk memahami lalu membawa ibunya keluar dari situ. Tinggallah Zaim dan Iman yang duduk situ berhadapan dengan Zahran.
"Aku nak minta maaf sebab bekerjasama dengan polis." ucap Iman. Serba salah dia hendak memandang wajah Zahran.
"Samalah, aku pun nak minta maaf sebab bagitahu semua pasal kau dekat polis. Aku terlalu takut. Aku takut kalau polis tahan aku lagi lama kalau aku tak cerita perkara sebenar." tambah Zaim pula.
Zahran tersenyum manis, "Tak apalah. Aku bukan nak marah korang pun. Aku tahu aku salah dan aku terima semua tanpa dendam. Korang tak payahlah rasa bersalah."
"Terima kasih, Zahran." ucap Iman. Dia rasa nak menangis sebab rasa macam berdosa sangat. Lebih-lebih lagi bila melihat Puan Fatimah menangis tadi, dia pun turut sama rasa lemah sangat. Haih.
"Kau tau Nadhirah yang report kan? Aku janji aku akan merayu dekat Nadhirah untuk bebaskan kau. Aku yakin semua ni salah faham saje." kata Zaim.
Zahran yang merenung dua orang kawan baiknya dengan pandangan yang redup terus berubah wajah. Dia menggeleng laju, "Jangan! Kau jangan sesekali bagitahu pasal situasi keluarga aku dan aku sekali pun dekat dia! Aku tak nak!"
"Tapi, dia seorang saje yang boleh tolong kau! Dia gunakan kuasa MK untuk tangkap kau, Zahran!" gesa Zaim.
"Betul! Aku rasa dia lain sangat masa dia siasat pasal kau. Dia macam bukan Nadhirah yang biasa kita kenal tu. Mulut dia tu sentiasa mencarut. Lepas tu, dia selalu ugut nak bunuh orang yang terlibat dalam kes ni. Aku takut tengok dia masa tu. Mula-mula aku rasa kekuatan MK ni biasa-biasa saje, tapi bila tengok semua orang tunduk pada dia... fikiran aku terus fikir yang cuma dia saje boleh tolong kau." tambah Iman pula.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...