Institut Kanser Negara
Coach Hanafi sudah lama melangkah masuk sebaik sahaja menemui parkir kereta. Bergegas dia berlari masuk kedalam bangunan tersebut meninggalkan Airil berseorang dikawasan lobi hospital. Bukannya Coach Hanafi sengaja hendak meninggalkan Airil berseorangan disitu cuma Airil membuat keputusan mengambil masa sebelum masuk melawat.
Perlahan sahaja kakinya ketika menyusun langkah menuju masuk kedalam bangunan. Dari lobi sahaja dia sudah dapat melihat papan tanda yang jelas tertulis 'Radioterapi dan Onkologi'. Lambat terus pergerakan kaki Airil jadinya.
Dia membuat keputusan untuk duduk sahaja dikawasan lobi. Dia tahu hubungan diantara dia dan Tan Sri Naim tidaklah begitu baik dan dia tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan dikawasan wad Damia.
Tetapi, Tan Sri Naim seorang ayah yang matang. Dia yakin Tan Sri Naim bukanlah seperti yang dia sangkakan. Cuma, dia perlu memberi ruang kepada orang lain untuk melawat dan memerhatikan keadaan semasa Damia.
Walaupun Airil turut berasa risau, namun dia perlu mengawal kehendak hatinya ketika ini. Kehendak hati yang ingin melihat keadaan Damia.
Ketika Airil sedang duduk dan melayan dirinya sambil memerhatikan keadaan lobi hospital yang agak sibuk dengan pesakit serta kakitangan hospital, ada seseorang yang mengambil tempat disebelah Airil sambil memegang bahunya.
Airil yang terkejut dirinya disapa, pantas sahaja menoleh. Tadi dia dah terkejut sebab ada tangan yang berehat dibahunya, kali ini dia terkejut kuasa dua apabila melihat individu tersebut adalah Tan Sri Naim. Wajah tua itu kelihatan penat.
"Err, Assalamualaikum, tan sri! Saya datang bukan nak cari pasal atau timbulkan kekecohan dekat sini. Niat saya ikhlas, saya memang datang nak tengok Damia." laju sahaja mulut Airil bertutur. Kalau Eminem duduk dekat sebelah dia, Eminem pun boleh angkat bendera putih.
Tan Sri Naim tersenyum nipis melihat tingkah-laku Airil itu, "Saya tahu. Coach Hanafi ada beritahu saya yang kamu ikut sekali tapi duduk dekat lobi saje. Kenapa tak nak naik?"
Airil menggosok lehernya untuk menghilangkan rasa kekok, "Saya nak bagi ruang pada ahli keluarga dan orang penting saje."
"Kamu tak penting ke?" soal Tan Sri Naim.
Airil terdiam seribu bahasa seraya menggeleng laju. "Saya musuh Damia, tan sri. Saya sepatutnya tak layak pun ada dekat sini. Saya sendiri pun tak tahulah apahal saya menyibuk datang sini. Saya rasa saya macam tak sedar apa-apa. Tahu-tahu dah ada dekat sini."
Tan Sri Naim melihat keadaan Airil yang sangat serabut itu. Matanya jatuh pula pada sepasang kasut Airil yang dipakai secara terbalik. Kaki sebelah kanan menyarung kasut belah kiri, begitulah sebaliknya. Jelas dimatanya bagaimana Airil turut sama bergegas datang ke sini mengikut Coach Hanafi.
"Musuh yang sebenar takkan sanggup pakai kasut terbalik semata-mata nak tengok keadaan musuh dia, kan?" soal Tan Sri Naim.
Airil melihat keadaan kasutnya dan dia hanya mampu tersenyum kelat. Aduh, malu sikit!
"Damia macam mana, tan sri?" soal Airil.
Tan Sri Naim menghela nafas berat seraya berkata, "Currently in critical phase. Dia dah tak boleh gerakkan kaki dia. Saya pun tak tahu nak fikir apa dah. Sampai sekarang dia masih belum sedarkan diri. Macam tu sajelah. Kaku."
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...