"SERIUS?"
Fatin tidak menyedari yang suaranya sudah melepasi oktaf bunyi. Laju sahaja dia menutup mulutnya dan membawa dirinya keluar dari dewan kuliah. Laju sahaja kakinya berlari keluar. Bibirnya mengoyak senyuman yang sangat lebar.
"Ya, Cik Fatin. Nenek awak dapat jantung bateri itu setelah setahun lama menanti. Nanti, awak datang sini untuk tandatangan surat kebenaran pembedahan ye." ujar doktor yang merawat nenek Fatin itu.
"Ya Allah, terima kasih doktor! Terima kasih sangat-sangat! Nanti saya datang sana secepat mungkin!" Fatin berkata.
"Baik, Cik Fatin. Tahniah ye." setelah itu panggilan diputuskan.
Begitu lebar senyuman Fatin apabila mendengar berita tersebut. Lama sungguh dia menanti kehadiran jantung bateri yang sangat mahal itu. Jika bukan kerana Damia yang sudi menjadi penjamin serta individu yang membayar wang deposit pembedahan kepada hospital, memang Fatin yakin yang penyakit neneknya tidak akan dapat diubati.
Kalau nak mengharapkan gajinya yang bekerja sambilan di 7-Eleven itu, alamatnya dua puluh tahun lagi baru neneknya dapat jantung baru.
Terasa bahagia sampai tidak mampu untuk mengawal senyumannya. Dia yang teringatkan Damia, laju sahaja membuat keputusan untuk ke hospital.
"Kena pergi hospital! Kena bagitahu Damia!" jerit Fatin. Kakinya laju sahaja berlari kearah pondok pengawal untuk memanggil GrabCar, membawanya ke hospital untuk bertemu dengan Damia. Tidak sabar rasanya hendak cerita semua pada Damia. Kalau Damia buka mata, pasti seronok hendak bercerita lebih lagi.
Kini, sudah hampir sebulan berlalu.
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
Sebulan berlalu sejak apa yang telah terjadi pada Damia. Selama sebulan juga, Damia kekal terbaring tanpa siapa pun tahu bila dia akan membuka matanya. Kata doktor, dia berada dalam keadaan koma kerana darah beku sudah mula membengkak dan melumpuhkan segala sendinya. Namun, Damia ada harapan untuk buka mata. Dia ada, cuma bukan sekarang.
Cuma ada sesuatu yang mengganggu Airil, dia risau akan tempoh Damia tidak sedarkan diri akan mengakibatkan gadis itu menghadapi hilang ingatan jangka pendek macam dulu. Sedih rasa hati. Ini kalau terjadi lagi, dia takut hospital ini akan banjir dengan airmatanya. Susah pula nanti.
Selama tempoh itu juga, Airil tidak pernah lepas dari melawat Damia. Tan Sri Naim cakna tentang itu dan tidak pernah walau sekalipun menegah. Malah, dia lagi suka kalau Airil datang untuk memberi Damia sokongan. Oleh itu, Tan Sri Naim akan pastikan tiada sesiapa yang melawat sama waktu dengan Airil. Biarlah Airil dengan dunianya sendiri. Dengan masa dia dan Damia sahaja.
Ummi dan abahnya pun dah hafal akan jadual Airil sekarang. Habis sahaja kelas, laju kaki itu menuju ke hospital. Kadang-kadang, Airil mengambil peluang untuk tidur disana. Ummi pula akan menyiapkan bekal untuk Airil, abah pula membantu Airil siapkan baju. Tidak lama pun. Cuma dua hari satu malam. Kemudian, dia akan ulang benda yang sama.
Tidak bosan. Malah, Airil rasa lebih dekat dengan Damia dengan cara begitu.
Airil tiba dikawasan lobi hospital menaiki GrabCar. Kemudian, laju sahaja kakinya dibawa menuju ke aras dimana wad Damia terletak.
Setelah lif sampai di aras yang Airil tekan, dia berjalan dengan penuh semangat kearah wad Damia.
Pintu dibuka. Kaki melangkah masuk. Keadaan wad sunyi sepi seperti biasa. Hari bekerja, ditambah pula dengan waktu tengah hari begini memang siapalah yang nak datang melawat pada waktu begini. Semestinya cuma dia. Kalau bukan dia, mesti Fatin. Dua muka itu sahajalah yang kerap datang, kalau Damia tahu mesti dia mengeluh bosan. Muka sama sahaja yang melawat dia.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
Fiksi UmumTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...