19 | Satu Misi

2 0 0
                                    

"ALHAMDULILLAH, izinkan saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia jua, dapat kita dipertemukan dan berkumpul di Majlis Sukan Negara sekali lagi setelah selesai dengan acara sebelumnya iaitu badminton, pada tengah hari yang penuh berbahagia ini kita akan menyaksikan acara taekwondo campuran." kata pengerusi majlis dengan penuh bersemangat.

Suasana hingar-bingar dengan suara para penonton yang hadir untuk menyokong universiti masing-masing. Di satu sudut yang lain, Damia sedang menstabilkan nafasnya untuk bersedia ketika namanya dipanggil.

"Saya tahu awak boleh buat, Damia. Saya ada dekat sini untuk sokong awak sentiasa." kata Coach Hanafi bersama senyuman lembut.

"Saya kena menang, coach. Atau Coach Zaim akan buang saya." keluh Damia. Itu sahaja benda yang sering bermain di benak fikirannya. Dia perlu menang untuk pertandingan lawan antara universiti untuk meyakinkan Coach Zaim yang dia masih mampu untuk berada dalam kumpulan kebangsaan.

Dia tidak mahu pengganti. Dia tidak mahu sesiapa menggantikan dia!

"Insha Allah, Damia. Awak seorang yang kuat semangat dan saya yakin awak boleh raih kepercayaan coach Zaim. Semoga berjaya!" ucap Coach Hanafi dengan penuh bersemangat.

"Terima kasih, coach. Coach jangan lupa untuk doakan saya tau." kata Damia.

Coach Hanafi mengangguk pantas sebagai tanda dia sentiasa menyokong Damia dan menjadi tulang belakangnya sentiasa. Coach Hanafi pun masih bujang dan tidak mempunyai kekasih hati jadi, Damia sudah seperti anaknya sendiri. Meskipun Damia seorang yang banyak ragamnya dan kadang-kadang pening hendak melayan, Coach Hanafi layankan sahaja kerana dia tahu gadis itu terlalu banyak memendam rasa.

Damia menoleh ke kerusi kosong yang berada disisinya. Kerusi itu sepatutnya diisi oleh Airil, kerana dia sudah berjanji untuk hadir melihat dia bertanding. Fatin tidak dapat menghadirkan diri kerana dia juga mempunyai pertandingan pada hari itu. 

Jauh dalam sudut hatinya, dia benar-benar mengharapkan untuk Airil datang bersama dengan Coach Hanafi. Sokongan dari dua orang manusia itu pun sudah cukup untuk menguatkan semangatnya. Tapi, kemana Airil pergi?

"Kamu cari siapa, Damia?" soal Coach Hanafi. Hairan juga dia melihat Damia yang tidak senang duduk. Sekejap dia pusing kekiri, kemudian kekanan. Tidak lama selepas itu, dia toleh pula ke belakang dan ke depan. Seperti ada sesuatu yang dia nantikan.

"Urm, saya tunggu kawan." balas Damia. Tangannya mencapai telefon bimbit untuk membuka aplikasi Whatsapp. Mana tahu Airil ada menghantarnya mesej.

"Siapa? Fatin tu ke? Bukan dia pun ada pertandingan ke hari ni?" soal Coach Hanafi, aneh.

Damia mengangguk, "Bukan Fatin, coach. Saya ada kawan lagi seorang. Tapi, dia tak datang pula. Mesej pun tak ada."

Coach Hanafi ketawa gaya bapa-bapa sebelum membalas, "Kawan yang kamu maksudkan tu, kawan lelaki ke? Boyfriend?"

Damia berkerut kening sambil cuba untuk menyembunyikan wajahnya yang bertukar merah apabila diusik begitu oleh jurulatih sendiri. Jauh pula jurulatih kesayangannya itu menyimpang pergi. Ada sahaja benda nak diusikkannya.

"Mana ada, coach." balas Damia.

"Ala, apa salahnya ada buah hati. Dapat boost semangat kamu lebih lagi. Betul tak?" usik Coach Hanafi.

Damia mencebik. Dia bangun dari duduknya untuk menyiapkan diri. Dia memakai pelindung kepala terlebih dahulu supaya tidak kelam-kabut sekiranya dipanggil dengan lebih awal. Bukan boleh jangka sangat dengan perangai sesetengah atlet yang tiba-tiba sahaja menarik diri atau jatuh sakit. Jadi, peserta seterusnya haruslah sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal.

Through Our Metaphysics ✔Where stories live. Discover now